RUU Antilompat Parti tetap dibentang, ada wakil rakyat minta dikecualikan RUU

parlimen 111

RUU Antilompat Parti kini menjadi topik penting di Parlimen lantaran insiden ketidakstabilan politik beberapa ketika lalu. RUU ni diharapkan mengekang atau sekurangnya mengawal tindak tanduk ‘katak-katak politik’ ni. Ia jugak turut diharapkan akan kurangkan isu angka sokongan sepertimana yang pernah berlaku dulu.

Minggu lalu, laporan media kata RUU tersebut mungkin tak jadi dibentang. Jadi pada sidang khas Dewan Rakyat yang berlangsung pada Isnin lalu, kerajaan bentangkan cadangan pindaan perlembagaan yang difikirkan lebih utama demi memantapkan RUU Antilompat Parti. Kami ringkaskan perbincangan diorang di Dewan Rakyat…

dewan rakyat perlimen ke 14
Via Berita Harian

Kerajaan cadang tambah fasal dalam Perkara 10 Perlembagaan, tiada sesi undi

Pada Isnin lalu, kerajaan hanya bentangkan pindaan perlembagaan untuk RUU Antilompat Parti. Sebelum ni kerajaan menjelaskan, pindaan perlembagaan perlu dibuat dahulu khususnya berkenaan hak berpersatuan wakil-wakil rakyat ni. RUU tu dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Pembentangan pada hari tu lebih tertumpu pada persoalan sama ada kerajaan nak tambah fasal 3A dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

“Fasal 3A – Meskipun dengan perenggan (c) Fasal (2) dan Fasal (3), sekatan terhadap hak berpersatuan dalam perenggan (c) Fasal (1) berkaitan keahlian dalam parti politik ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri juga boleh dikenakan oleh undang-undang persekutuan.”- seperti yang dilaporkan Malaysiakini

ruu lompatparti
Via Harian Metro

Wan Junaidi kata, perkara ni takkan diundi pada hari tersebut sebab masih ada perkara yang perlukan pertimbangan lanjut oleh jawatankuasa pilihan khas Parlimen. Dalam ucapannya, Wan Junaidi maklumkan bahawa PM Ismail Sabri dah buat mesyuarat saat akhir dengan kepimpinan PH. Diorang dah bersetuju tentang 3 perkara:

  • Takrifan ‘lompat’ kena jelas dinyatakan dalam RUU pada hari Isnin tu.
  • Mansuhkan Perkara 48 (6) berkenaan hilangnya kelayakan untuk tempoh lima tahun individu yang letak jawatan sebagai ahli parlimen untuk kembali memegang jawatan itu, perlu dimansuhkan.
  • Bincangkan semula pasal RUU yang khusus untuk halang wakil rakyat daripada bertukar parti.

Susulan pertemuan tu, Majlis Presiden PH kata PM Ismail Sabri akan panggil satu lagi sidang khas Dewan rakyat sebelum akhir Mei ni. Sidang khas tu akan sentuh pindaan perlembagaan yang diperlukan serta RUU khusus bagi isu wakil rakyat yang melompat. Pihak diorang pun dah nyatakan pendirian kepada kerajaan bahawa sebarang pindaan terhadap Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan kena diperhalusi. Yang perlu dipinda tu adalah Perkara 48(6).

Perkara 48(6) menyentuh pasal hilangnya kelayakan untuk tempoh lima tahun individu yang letak jawatan sebagai ahli parlimen untuk kembali menyandang jawatan tersebut. Bagi PH, perkara ni perlu dimansuhkan sekaligus memberi peluang kepada individu yang letak jawatan jadi ahli parlimen untuk kembali menyandang jawatan tersebut.

Beberapa wakil rakyat minta pengecualian, Azalina kata pindaan Perkara 10 tu bahaya

Muhyiddin kata, wakil rakyat tak sepatutnya hilang kerusi secara automaik kalau diorang dipecat dari parti. Secara tak langsung, ni akan membuatkan nasib seseorang wakil rakyat tu ditentukan bukan lagi pada dirinya… tetapi pada kepimpinan parti, takut disalahgunakan pulak demi menekan seseorang ahli parlimen. Begitu jugak halnya kalau seseorang ahli parlimen tu dah sabit kesalahan – diorang tak boleh hilang kerusi sehingga semua saluran undang-undang diselesaikan.

Baginya, lebih baik mansuhkan Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966. Seksyen ni menetapkan bahawa sebarang keputusan parti tak boleh dicabar oleh mana-mana mahkamah atas sebarang alasan. Lebih baik semak semula dan beri ruang keadilan kepada seseorang ahli parlimen sebelum terpaksa kosongkan kerusi.

“(Sekiranya undang-undang antilompat parti) dibentangkan, saya cadangkan kita semak semula Seksyen 18C. Kita patut benarkan seorang ahli parlimen mendapatkan keadilan di mahkamah sebelum mengosongkan kerusi,”- seperti yang dilaporkan Malaysiakini

Namun ni nampaknya tertakluk buat situasi wakil rakyat yang ada keanggotaan parti. Macam mana pulak dengan ahli parlimen yang menang kerusi sebagai calon bebas? Larry Sng (PBM-Julau) kata calon bebas tak seharusnya tertakluk kepada undang-undang antilompat parti. Memandangkan calon bebas ni biasanya akan cenderung sokong parti (namun bukan anggota parti tersebut), maka ni akan mengugat hak keberpersatuan seseorang ahli parlimen.

“Mereka sepatutnya dikecualikan kerana mandat adalah daripada rakyat. Mereka menang atas kredibiliti mereka sendiri, bukan daripada parti. Mereka tidak menggunakan logo parti, slogan atau naratifnya, dan tidak mendapat pembiayaan daripada parti,”- seperti yang dilaporkan Malaysiakini

Lebih banyak persoalan ditimbulkan, seperti dalam situasi yang mana calon bertanding menang pilihan raya atas tiket logo parti lain pula. Yang lebih menarik dan perlu dijawab adalah situasi dimana Parlimen tergantung. Bagi Steven Choong (PBM-Tebrau), Perkara 54(1) Perlembagaan pun kena dipinda. Dalam Perkara 54, ada sebut tentang kekosongan luar jangka.

“Perlukah kita meminta beberapa ahli parlimen mengosongkan kerusi mereka bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil bagi menyelesaikan ‘Parlimen tergantung’? Bagaimana jika pilihan raya kecil masih menyebabkan ‘Parlimen tergantung’? – seperti yang dilaporkan Malaysiakini

Satu lagi cadangannya adalah membuang sistem ‘first-past-the-post’. Bagi kami, ni boleh dikupas lagi dalam suatu perbincangan yang lain kelak. Berbalik kembali pada RUU Antilompat Parti ni, Azalina pulak berpendapat bahawa pindaan Perkara 10 ‘bahaya’ dan boleh membawa kepada krisis perlembagaan.

“Meminda Artikel 10 tanpa undang-undang Antilompat yang ditakrifkan dengan ketat akan menjadi terlalu luas dan berbahaya.

Selain itu, undang-undang sebegitu kemudiannya boleh dicabar atas alasan perlembagaan.

“Mengapa tak turut pinda Perkara 48(6) pada Isnin ini untuk elak potensi krisis perlembagaan pada masa depan?” – seperti yang dipetik Malaysia menerusi ciapan Azalina di Twitter

azalina twitter
Via Sinar Harian

Sebelum ni, dia pernah cadangkan pilihan raya pecat bagi mengatasi lompat parti. Namun begitu, pandangan ni tak diterima kerajaan. Secara asasnya, konsep pilihan raya pecat ni membenarkan rakyatnya sendiri pecat wakil rakyat tersebut sekiranya diorang tak percaya lagi dengan kredibiliti wakil rakyat diorang. Tetapi memandangkan kerajaan lebih memilih untuk mengehadkan atau mengawal kebebasan ahli parlimen dalam isu keanggotaan parti… ia membangkitkan banyak persoalan lain dan penelitian khusus kerana banyak membabitkan pindaan Perlembagaan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *