Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
F1
Politik

Syed Saddiq kata anak muda kena terlibat dengan politik, bukan ORANG TUA yang nak kuasa

By Subeditor
June 29, 2020 4 Min Read
Comments Off on Syed Saddiq kata anak muda kena terlibat dengan politik, bukan ORANG TUA yang nak kuasa

Keterlibatan anak muda dalam politik bukanlah satu perbincangan yang asing, ia telah dibahaskan dalam banyak acara keilmuan atau secara tak formal. Kita perlu mengakui – peranan anak muda dalam politik penting untuk mendatangkan idea-idea yang segar dan terbaru. Desakan supaya lebih banyak anak muda terlibat di dalam politik bukanlah bermaksud – orang-orang tua di dalam politik tu dah tak relevan. Kerjasama di antara generasi yang berbeza sepatutnya berlaku, supaya ia akan menghasilkan keputusan yang inklusif.

Syed Saddiq kata anak muda kena terlibat dengan politik, bukan hanya perebutan kuasa “orang tua”

Semalam Syed Saddiq kata Malaysia memerlukan lebih ramai anak muda dalam politik, bukannya orang tua yang berebut kuasa. Dalam ciapan tu, Syed Saddiq turut memetik nama Yeo Bee Yin, dengan menyatakan bahawa bekas Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim itu adalah bukti bahawa wanita muda yang boleh melakukan banyak perkara hebat sekiranya diberi peluang untuk memimpin.

Muar & Bakri, united.@yeobeeyin is living proof that a Young woman, when given the chance to lead, can do amazing things!

It was a pleasure working with her in cabinet.

We need more Youths in Politics, not oldies fighting for power.

Berkhidmat untuk memimpin?? pic.twitter.com/g4AJVgDsq9

— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) June 28, 2020

“@yeobeeyin is living proof that a young woman, when given the chance to lead, can do amazing things! It was a pleasure working with her in cabinet. We need more Youths in Politics, not oldies fighting for power,” – Syed Saddiq, melalui Twitternya

Ciapan tu menerima ratusan komen dan lebih 1,700 tanda suka selepas sejam disiarkan, dengan kebanyakan komen bersetuju dengan Syed Saddiq tentang kuasa generasi muda yang patut diberikan perhatian. Ia juga menimbulkan tanda tanya dengan persoalan – adakah Syed Saddiq sedang bercakap tentang mentor politiknya? Dr Mahathir. Seperti yang kita tahu, Dr Mahathir sejak beberapa minggu ini sedang berusaha untuk jadi perdana menteri sekali lagi.

Respons awam yang melalui Twitter milik Syed Saddiq ni menunjukkan ramai rakyat Malaysia yang mengharapkan “politik baru” – politik yang bebas dari cengkaman orang-orang tua yang sesetengah daripada mereka sudah tak relevan dengan perkembangan semasa. Kita dapat lihat di seluruh dunia, pemimpin-pemimpin muda, seperti Perdana Menteri New Zealand dan Kanada – mampu untuk mengendalikan krisis dan memandu negara ke arah yang lebih baik.

Bukan keterlibatan anak muda dalam politik je yang perlu dibincangkan, tapi peranan diorang pun kena bincang

Dengan penurunan had mengundi ke usia 18 tahun, ia adalah logikal untuk mengalakkan lebih ramai anak muda terlibat dengan politik. Sejak beberapa minggu lepas, sekumpulan anak muda telah menjalankan aktiviti Parlimen Digital – untuk menghimpunan anak muda, dan berbahas dalam talian berkaitan isu-isu penting negara. Dalam erti kata lain, mereka menjadi “YB” dan akan bersidang menggunakan teknologi.

Bagi kami, ia umpama mengatakan kepada ahli politik sebenar – inilah caranya anda patut bersidang ketika pandemik. Untuk mereka yang terlepas kapal, Parlimen kita dah beberapa kali ditangguhkan dengan alasan pandemik Covid-19, padahal perbincangan di Parlimen cukup penting, terutamanya dalam fasa kita cuba pulih dari kesan pandemik yang menyaksikan ramai yang kehilangan punca pendapatan.

Cuma, dalam mengajak anak muda menceburi bidang politik, penting untuk kita berbincang tentang peranan anak muda dalam politik. Walaupun menceburi politik tidak semestinya memasuki parti politik, tapi parti politik adalah platform utama yang ada untuk anak muda berjinak-jinak dengan dunia politik. Kalau kita perasan, kebanyakan parti politik yang ada di Malaysia didominasi oleh mereka yang dah berumur. Contoh paling simple, tengoklah Ketua Pemuda UMNO, umurnya dah melebihi 40 tahun kot.

Tahniah! Anda adalah presiden parti yang baru. Via Giphy

Budaya “perlu tua baru bijak” atau “perlu tua barulah berada di atas” adalah budaya yang menyebabkan Malaysia ketandusan pemimpin-pemimpin muda yang boleh diharapkan. Dengan perkembangan teknologi dan dunia yang semakin hilang “sempadan”, peranan anak muda dalam kerajaan amat penting. Idea-idea segar anak muda sering dilihat asing oleh orang-orang tua, kerana perbezaan generasi. Akhirnya anak muda yang tahu idea-idea mereka sukar diterima akan kecewa, dan meninggalkan politik.

Sebab itu kita boleh perasan, ramai anak muda “dipergunakan” dalam politik. Kalau kita tengok orang-orang bangang yang pergi bergaduh atau buat kecoh semasa kempen politik – siapa lagi kalau bukan orang muda yang dipergunakan. Kita tak mahu keterlibatan anak muda yang macam ni, kita mahu lebih banyak keterlibatan yang bagi impak yang positif.

Menjadi muda sahaja bukan tiket untuk jadi ahli politik bagus, ia perlukan peribadi dan akal

Sekali lagi kami nak kata, gesaan untuk libatkan anak muda dalam politik bukanlah bermaksud kewujudan orang-orang tua dalam politik tu tak diperlukan. Diorang ada pengalaman dan ia penting untuk memandu perjalanan politik anak muda. Untuk anak muda, jadi muda je tak cukup. Anak muda yang mahu menceburi bidang politik perlu memenuhkan dadanya dengan ilmu dan bijak dalam mengatur strategi politik.

Selalunya orang muda yang terlalu vokal atau berpotensi besar akan wujudkan musuh politik yang merasa tergugat dengan kehadiran mereka. Keadaan ini akan menyebabkan karier politiknya berisiko untuk “terbunuh”.

Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
F1
Previous

Pelajar yang dibuli sehingga trauma tuntut saman sebanyak RM2 juta

F1
Next

LIMA kisah gunung yang popular di Malaysia, kebanyakan cerita berkaitan hal mistik

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme