Beberapa bulan lagi genap dua tahun Pakatan Harapan memenangi PRU14, dan dalam masa setahun setengah ni – macam-macam isu yang berlaku. Rakyat selalu persoalkan kemampuan pelbagai menteri dalam menjalankan tugas diorang. Apakan tidaknya – ramai menteri yang sebenarnya baru dalam arena politik. Diorang kena belajar dua benda dalam masa yang sama – pertama untuk jadi ahli politik dan kedua untuk menguruskan kementerian.
Benda ni tak senang, sebab tu banyak menteri kuat merepek. Sikap segelintir menteri yang suka merepek dan ‘bodoh sombong’ ni sebabkan rakyat rasa mereka perlu diganti. Ada dua media yang kami perasan dah buat tinjaun berkenaan menteri mana yang dianggap mangkuk dan perlu digantikan.
Untuk The Malaysian Insight, Dr Maszlee perlu ditukar, namun lain pula di SOLIDARITAS
Kami takde data tentang siapa audiens TMI, dan methodologi ‘survey online’ ni sering datang dengan beberapa kecacatan. Contohnya, orang boleh mengundi beberapa kali dengan menukar IP. Tambahan lagi – data mentah undian online ini lebih mudah dimanipulasi berbanding data fizikal seperti – borang, rakaman suara etc. Apa-apa pun, dalam tinjauan pendapat selama lapan jam mengenai menteri yang difikirkan oleh pembaca The Malaysian Insight wajar digugurkan dari jemaah menteri, Maszlee Malik dapat undian tertinggi 12,034 undi.
Undian tu diikuti Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy dengan 11,634 undi. Sebab apa senarai-senarai menteri ni tak popular, bukan isi penting yang kami nak bincangkan dalam artikel ni. Setiap menteri ada isunya yang tersendiri, dan banyak kali juga diorang gagal untuk jawab persoalan-persoalan penting dengan baik. Barangkali sebab tu orang undi untuk diorang disingkirkan dari Kabinet.
Untuk bawa pandangan yang berbeza pula, salah sebuah website yang dinamakan SOLIDARITAS juga telah melakukan ‘survey online’ untuk melihat pandangan awam berkenaan Kabinet. Kami tak pasti method pungutan suara untuk TMI dan SOLIDARITAS ni; satu responden boleh buat berapa undi. Apa-apa pun, ini dapatan dari SOLIDARITAS.
Kalau kita lihat ada perbezaan yang ketara di antara kedua-dua pilihan responden TMI dan SOLIDARITAS. Faktor keputusan undian seperti ini amat dipengaruhi oleh ‘audiens’ kedua-dua platform.
Memandangkan sudah ada calon-calon yang diganti, kami jalankan SURVEY untuk mencari pengganti…
Memandangkan calon-calon menteri yang nak ditukar dah ada melalui survey yang kami bincangkan tadi, elok rasa kalau kita tengok pandangan orang ramai tentang siapa yang patut menggantikan menteri-menteri yang tak perform. Secara umumnya, cara termudah untuk buat survey ni – kami letak MP Pakatan Harapan yang takde jawatan. Diorang ni selalu disebut backbencher.
Sebenarnya, calon menteri tu boleh je datang dari ahli Senator kat Dewan Negara. Cuma, untuk mudahkan survey ringkas ni – kami ambik MP backbencher je. Supaya senang sikit korang pilih nanti. Oh ya, kami saja je letak TG Haji Hadi – memandangkan ramai betul peminat dia kat ORANGKATA. Jangan marah ye.