Jadi Seniman Negara tu menyenangkan? Ini kata A. Samad Said

Aaaaaa
Jadi Seniman Negara tu menyenangkan? Ini kata A. Samad Said

Baru-baru ni, Prof Dr Siti Zainon Ismail diumumkan sebagai penerima Anugerah Sastera Negara dan membawa gelaran Sasterawan Negara ke-14. Perkara tu diumumkan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dalam satu sidang media. Lantikan tu dibuat selepas panel bersetuju dengan nasihat Sasterawan Negara lain.

Sasterawan Negara. Via The Rakyat Post

Hari ni kami tak akan cover cerita pasal Dr Siti Zainon, kami ada terjumpa satu artikel yang diterbitkan oleh Utusan tentang salah satu Sasterawan Negara yang terkenal; A. Samad Said.

Orang mahu Pak Samad lunakkan bahasa, menolak karya kerana ‘kasar’…

Masalah birokrasi dan politik dalam sastera adalah antara dua isu serius yang diperjuangkan oleh Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said, selain masalah royalti ketika dia mula-mula lancarkan ‘Mogok Seni’ pada 23 Julai 1989.

Sampai macam ni sekali nasib Sasterawan Negara? Via Utusan

Wan Hamzah Awang (Wahba) yang mewawancara Pak Samad bertajuk ‘Samad Said Hurai Sebab Sebenar Mogok Seni’ dalam Mastika Januari 1990 kata; sebagai Sasterawan Negara dia sewajarnya diberi layanan yang setaraf dengan anugerah diberi walaupun tak pernah meminta sebarang keistimewaan.

“Ramai orang fikir, sebagai Sasterawan Negara saya akan menerima banyak keistimewaan. Sebenarnya tidak. Ada beberapa insiden di mana hasil-hasil ciptaan saya ditolak dengan diberikan berbagai-bagai alasan. Mereka mendakwa dalam karya-karya saya itu terdapat kata-kata yang tidak manis. Tetapi karya ini sebenarnya telah terbit dulu. Mereka minta saya baiki, ubah perkataan dan ayat-ayat yang mereka tafsirkan kurang manis itu,” – A. Samad Said, seperti yang dilaporkan Utusan

Via Berita Harian

Orang yang menolak karya Pak Samad selalu minta dia lunakkan ayat, jinakkan kata-kata untuk disesuaikan dengan situasi dan keadaan masyarakat diceritakan dalam karya-karya tu. Kalau masyarakat yang diceritakan tu hidup di dunia yang kotor maka dialog-dialog mereka tentunya agak keras dan kurang manis. Bila disuruh rombak ia sudah bertentangan dengan hati nurani seorang penulis.

Menjadi penulis bukanlah mudah. Via Giphy

 

Macam tu jugaklah yang terjadi dengan antologi puisi terbaru Pak Samad yang ditolak atas sebab ada kata-kata yang kurang manis. Antologi puisi tu mengandungi 24 buah puisi yang dia cipta sepanjang dekad 1980-an, sudah berulang kali dibaca dalam majlis-majlis puisi dan sudah diterima oleh masyarakat umum.

“Dan bila hendak diterbitkan ditolak dengan berbagai alasan. Hal ini terjadi selepas saya diberikan anugerah Sasterawan Negara. Apa you (kamu) rasa kalau you (kamu) menerima nasib yang sama seperti saya?” – A. Samad Said, dipetik dari Utusan

Media luar hargai bakat Pak Samad, tapi tidak media di negara sendiri…

Pak Samad tak pernah kata karya-karyanya tak boleh dibaiki dan diubah. Ia boleh dilakukan melalui perundingan dua pihak. Takkanlah kerana ada dua tiga patah perkataan yang tak sesuai pihak yang menolak nak jahanamkan semua karya tu. Benda ni yang menyedihkan Pak Samad.

“Skrip drama saya juga pernah ditolak oleh RTM. Drama bersiri yang didasarkan dari novel La­ngit Petang yang Johan Jaaffar olah skripnya juga ditolak dengan macam-macam alasan. Mereka suruh buat begitu, buat begini, betulkan itu be­tulkan ini,” – A. Samad Said, depetik dari Utusan

Benda ni mereka sanggup lakukan kepada orang yang bergelar Sasterawan Negara. Sedangkan SBC Singapura tulis surat kepada Pak Samad untuk minta skrip drama. Mereka mahu buat drama dari novel pertama Pak Samad, iaitu novel bertajuk Salina. Ini yang buat Pak Samad sedih, media di luar menjemput, menghargai kebolehannya, tapi media di dalam ne­geri menolak.

Via Kosmo

Apabila ditanya oleh wartawan Utusan, sejak menulis selama 40 tahun dan menghasilkan puluhan karya seperti novel, cerpen dan puisi adakah karyanya pernah dijadikan buku teks di sekolah-sekolah, Pak Samad hanya menggeleng-gelengkan kepala sambil berkata: “Tidak ada!”.

Tapi tak silap kami, ada beberapa puisinya dimasukkan dalam buku puisi subjek Bahasa Melayu. Editor kami ingat sebuah puisi yang bertajuk Seuntai Kata Untuk Dirasa. Puisi ini ditujukan kepada seorang pemuisi yang tengah ‘riuh’. Menurut editor kami; pelajar di Sabah belajar tentang puisi ini ketika di tingkatan dua.

Cuba lihat pada buku-buku yang tersusun rapi. Via WHT

Pak Samad akui memang ada karyanya yang termuat dalam antologi bersama yang diterbitkan untuk dijadikan buku teks di sekolah-sekolah tapi buku khusus memang tidak ada. Begitu juga sesetengah universiti ada menggunakan buku Pak Sa­mad tetapi untuk kursus-kursus tertentu sahaja. Hahh, macam editor kami katalah; ada puisi je, bukan buku khusus.

Bukan tak berfungsi, tapi fungsi mahu dikebumikan…

Keadaan ni buatkan Pak Samad sedih. Kita selalu dengar orang mempersoalkan peranan yang dimainkan oleh Sasterawan Negara, melalui artikel ni kita boleh nampak; diorang bukan tak mahu berfungsi, cuma ruang-ruang yang ada selalunya ditutup rapat. Semoga benda ni dapat diperbaiki oleh kerajaan semasa, begitu juga syarikat media; mereka seharusnya menghargai karya emas Sasterawan Negara.

“Pengiktirafan sahaja tidak membawa you (kamu) ke mana-mana. Apa erti mereka bagi saya Sasterawan Negara, mereka kata novel-novel saya baik tetapi malangnya novel-novel saya tak dipilih untuk bacaan di sekolah-sekolah,” keluh Pak Samad, seperti yang dilaporkan Utusan

 

Artikel ini diambil dan disunting daripada artikel yang bertajuk “Apa erti saya Sasterawan Negara”, yang diterbitkan oleh Utusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top