Archbishop Kuala Lumpur ambil pandangan Mufti Wilayah, seru kuatkan perpaduan

F1
Archbishop Kuala Lumpur ambil pandangan Mufti Wilayah, seru kuatkan perpaduan

Kita selalu dengar yang Islam adalah agama yang mempromosikan keamanan dan kepelbagaian. Sebagai umat Islam; kita wajib menghormati orang lain, walaupun diorang memiliki perbezaan kepercayaan dengan kita. Hari ni kami nak bawak satu pandangan daripada seorang paderi pulak, korang jangan gelabah dulu.

Kami bukan nak bawak perbincangan teologi kat sini, cuma nak bincang soal moral dan keharmonian kaum. Topik yang umum dan tak salah kalau kita tengok apa pandangan diorang tentang topik keharmonian kaum ni.

Pemimpin agama diingatkan supaya sentiasa mengutamakan perpaduan kaum…

Arcbishop Kuala Lumpur, Julian Leow Beng Kim lahirkan harapan untuk pemimpin agama sentiasa lakukan seruan untuk memperkuatkan ikatan dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Peranan pemimpin agama dalam masyarakat penting, diorang ada pengaruh yang besar terhadap pengikut. Jika diorang ada kecenderungan untuk berlaku ekstrem, dah tentu pengikutnya akan buat benda yang sama.

S1
Julian Leow Beng Kim. Via Alchetron

“Ia akan menjadi hari yang menyedihkan dalam sejarah Malaysia apabila kita tak boleh mengucapkan ‘Merry Christmas’ kepada orang Kristian atau ‘Selamat Hari Deepavali’ kepada Hindu atau Wesak kepada Buddha. Kami berharap pemikiran yang harmoni dapat diterapkan dalam kalangan pemimpin agama untuk mempromosikan persahabatan dalam kalangan rakyat Malaysia dan tidak memecahbelahkan kita,” katanya.

Leow kata keharmonian agama adalah landasan bagi Malaysia yang makmur, dan mesti dipelihara dan dipertahankan oleh rakyat Malaysia. Dia kata rakyat Malaysia tak sepatutnya benarkan perbezaan kaum dan agama menyebabkan kita berpecah.

S1
Jadilah seperti anak-anak ini. Via Utusan

Penting untuk rakyat Malaysia meraikan perpaduan dalam kepelbagaian untuk membangun dan membawa negara kita ke tahap yang lebih tinggi. Lambat laun, kita kena mula bincang dengan perbezaan-perbezaan ni, dan bagaimana nak uruskannya. Kami perasan, sekarang ramai yang lebih suka lari daripada isu yang melibatkan agama dan perkauman, berbanding cuba untuk membincangkannya.

Arcbishop KL petik mesej Mufti Wilayah, Saifuddin Abdullah cerita pengalaman isterinya…

Malaysia unik sebab rakyatnya berbeza agama, kaum, etnik dan budaya dah hidup bersama dalam keharmonian dan kemakmuran. Leow turut memetik mesej berjudul “Peaceful Co-Existence the Right Way” yang ditulis oleh Wilayah Persekutuan Mufti Zulkifli Mohd Al-Bakri, yang tak dapat hadir pada majlis tu.

Hadir sama pada majlis tu ialah Menteri Luar Saifuddin Abdullah, Menteri Industri Utama Teresa Kok, duta AS ke Malaysia Kamala Shirin Lakhdir dan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah. Sementara tu, Saifuddin dalam ucapannya mendesak rakyat Malaysia untuk meraikan Krismas dengan semangat menghormati satu sama lain.

“Saudara-saudara, kita semua rakyat Malaysia, kita semua beriman; marilah kita merayakan Krismas dengan semangat menghormati satu sama lain, tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang,” – Saifuddin Abdullah, seperti yang dilaporkan TMI

S1
Saifuddin Abdullah. Via SCMP

Dia menambah – penting untuk rakyat yang berbeza pandangan untuk saling menghormati antara satu sama lain. Saifuddin kata pemahaman yang damai sudah wujud antara umat Islam dan Kristian di seluruh dunia dan di Malaysia.

Via Giphy

Dia berkongsi kisah peribadi tentang isterinya, yang merupakan alumni Convent Bukit Nanas.

“Dia seorang Muslim tetapi tidak pernah ada masalah. Umat ​​Islam dan Kristian membentuk lebih separuh daripada penduduk dunia. Tanpa kedamaian dan keadilan di antara keduanya, tidak ada kedamaian di dunia,” – Saifuddin Abdullah, seperti yang dilaporkan TMI

Cuma jangan bataskan perbincangan toleransi pada ucapan Krismas je…

Kami tengok ramai yang terperangkap apabila kami tulis artikel tentang panduan ucapan Hari Krismas, ia lebih itu. Macam yang kami bincang dalam artikel sebelum ni – mengucapkan selamat untuk Hari Krismas adalah pilihan. Kalau nak ucap, silakan. Kalau tak nak ucap, jangan marah orang yang ucap.

Cuma, kita harus lebih banyak berbincang bab-bab macam mana nak harmonikan perbezaan yang ada, dan benda tu tak senang. Apa-apa pun, keharmonian adalah harta negara yang perlu dikekalkan.

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top