Popular sungguh nama budak 16 tahun ni, hinggakan dah sebaris dengan Donald Trump dalam Hadiah Nobel untuk Keamanan 2019. Fuh… bukan calang-calang budak ni. Pemimpin dunia pun kenal dia, sampaikan budak ni kena kecam teruk oleh ramai orang kat Internet termasuklah Trump sendiri. Bahkan, si Greta ni pun turun padang untuk pimpin demonstrasi alam sekitar yang dah dilakukan seluruh dunia, Malaysia pun sama!
Siapa sebenarnya Greta Thunberg ni? Apa yang buatkan orang nak ikut dan sertai dia lepas marah-marah kat depan para pemimpin dunia kat UN? Paling penting, kenapa nak benci budak Greta ni? Kami kupas isu ni untuk korang baca dan fikir sendiri mengapa Greta Thunberg ni dianggap bahaya untuk segelintir komuniti dunia.
Rupanya Greta Thunberg ni keturunan pemenang Hadiah Nobel Kimia
Sebelum namanya meletup naik, dia ni sebenarnya dah lama aktif memperjuangkan isu alam sekitar. Dia lahir pada 3 Januari 2003 di Stockholm, Sweden dan merupakan anak sulung kepada Svante Thunberg dan Malena Ernman. Svante Thunberg ni seorang pelakon manakala Malena Ernman ni seorang penyanyi opera, dan kedua-duanya amat pentingkan alam sekitar sehingga nak jadi ‘vegan’.
Rupanya, dia juga ada pertalian darah dengan Svante August Arrhenius, saintis pertama yang jangkakan kesan terlalu banyak pengeluaran CO2- kepada iklim dunia nanti. Svante August ni pemenang Hadiah Nobel dalam Kimia pada 1903. Greta Thunberg sedarah dengan ibu Svante, iaitu Carolina Christina Thunberg. Pak cik Svante August pula adalah ahli sains botani yang disegani kat Uppsala, Sweden.
Tak hairanlah kan bagaimana budak ni begitu bersemangat nak bising pasal alam sekitar. Dari 2018 lagi, dia dah mulakan mogok yang terdiri dari pelajar sekolah di depan bangunan Parlimen Sweden. Gerakan ni akhirnya diikuti ramai pelajar sekolah kat seluruh dunia dengan nama “Fridays For Future”.
Seorang yang petah berbicara, Greta dah kena panggil berucap kat Stockholm (Sweden), Helsinki (Finland), Brussels (Belgium), London (United Kingdom), Katowice (Poland) dan Davos (Switzerland). Nama dia semakin melonjak naik ketika dia marah-marah kat pemimpin dunia di New York. Ikuti ucapannya kat video ni:
“Saya sepatutnya kat sekolah. Bukan di atas ni.”
Betul tu. Buat apa budak perempuan, berusia 16 tahun kat New York di depan pentas para wakil dunia? Greta Thunberg kata, masa untuk kita bercakap pasal alam sekitar sudah habis. Tegasnya, para pemimpin dunia ni semua jahat kalau terus tak ambil peduli pasal alam sekitar terutamanya pasal pelepasan karbon yang mengugat kualiti alam sekitar. Tu belum masuk lagi pencemaran udara, mestilah tambah teruk keadaan udara.
“You are failing us. But the young people are starting to understand your betrayal. The eyes of all future generations are upon you. And if you choose to fail us, I say: We will never forgive you.”
-Greta Thunberg’s speech at UN Summit New York.
Jerebu baru je berlalu, baru itu pun kita dah susah nak bernafas. Topeng N95 pun habis kat mana-mana. Asap jerebu tu cuma sebahagian kecil dari kes ‘pelepasan karbon’, jadi apa yang Greta Thunberg cakap ni kena sangat kat kita sekarang. Selain dari tu, dia pun perjuangkan nak kurangkan carbon footprint sebagai salah satu cara nak kurangkan pelepasan karbon ni.
Kalau korang tak tau apa benda carbon footprint tu, Takepart.com kata ia sebenarnya bermaksud ‘suatu jumlah karbon yang dilepaskan oleh aktiviti manusia’. Yang korang seronok jenjalan naik kapal terbang, sebenarnya dah tinggalkan carbon footprint yang besar. Makanan yang korang makan pun akan tinggalkan carbon footprint juga. Hmm…
Sebab tulah, nak cakap serupa bikin punya pasal, Greta ke New York pun naik kapal layar dari Sweden. Dari jeti tu, Arnold Schwarzenegger pinjamkan kereta elektrik pula untuk mereka pandu ke HQ United Nation.
Dia dianggap terencat, gila dan tak matang oleh ahli politik
Meskipun ramai orang sokong Greta, tak kurang ramai juga orang nak hentam dia. Senarai orang yang ingin sangat dia mengalah pun kebanyakannya…orang dewasa! Pelik kan, kenapa budak-budak dianggap tak matang bila logiknya, dia bercakap benda yang benar. Antara kecaman yang dia dapat setakat ni adalah ‘terencat’, ‘gila’, ‘tak matang’ dan ‘alat politik parti kiri’.
Alasan di sebalik kecaman ni ada banyak sebenarnya, jadi kami ringkaskan satu-satu. Greta Thunberg dikatakan ‘terencat’ dan ‘terkacau mindanya’ kerana dia adalah penghidap sindrom Asperger. Menurut National Autistic Society, ia adalah salah satu jenis spektrum dalam austisme dan biasanya mengalami masalah dari segi pembelajaran ataupun cara berkomunikasi.
When haters go after your looks and differences, it means they have nowhere left to go. And then you know you’re winning!
I have Aspergers and that means I’m sometimes a bit different from the norm. And – given the right circumstances- being different is a superpower.#aspiepower pic.twitter.com/A71qVBhWUU— Greta Thunberg (@GretaThunberg) August 31, 2019
Budak Greta ni tak nak berselindung, dan secara terbuka menjawab kembali kecaman warganet dan ahli politik terhadap sindrom Asperger yang dialaminya. Malah, Asperger inilah yang buatkan dia nampak apa orang lain tak boleh nampak. Tambahnya lagi, Asperger ni adalah ‘kuasa adiwiranya’. Oleh sebab Asperger ni, dia alami kemurungan ketika umurnya 11 tahun kerana dia tahu banyak pasal krisis alam sekitar. Sejak tu, dia amat pentingkan isu alam sekitar hingga kini.
Kalau sudah namanya ahli politik, tak habis-habis label para pengkritik mereka sebagai alat politik dari pihak pesaing mereka. Umurnya 16 tahun ni turut dikatakan terlalu muda nak faham dunia. Rich Lowry, kolumnis New York Post kata si Greta ni macam bidak catur orang politik je. Setakat ulang balik apa yang orang dewasa ajar dia. Dinesh D’Souza pula samakan Greta seperti budak poster Nazi. Donald Trump sindir Greta dalam Twitter dengan pusing balik ucapan Greta.
Tetap disokong ramai, Greta tetap bertahan guna ‘death metal’
Aksi besar-besaran pun berlaku, tak kiralah sama ada orang turun padang ataupun sibuk berhashtag #ClimateStrike, Greta Thunberg pula menyaksikan sokongan orang dengan cara yang sedikit pelik; bila orang edit ucapannya kat UN dulu jadi lagu ‘death metal’.
Nampaknya Greta takdelah garang sangat, terutamanya bila dia sendiri nampak hasil edit tu. Selamba bergurau dengan ciapan bahawa dia dah move on dari benda iklim dan beralih ke ‘death metal’. Cool gila dia ni…
Korang pun jangan silap ye, ‘death metal’ tu bukannya nak puja mambang, syaitan. The Conversation.com dah tolong ringkaskan sejarah panjang mengenai perkembangan genre muzik ‘black metal’. Kini, ‘death metal’ bukan setakat orang terangguk-angguk sambil teriak. Lirik yang jadi tema ‘death metal’ lazimnya berkisarkan hal-hal politik, ekonomi dan sosial masyarakat. Patutlah kena edit jadi death metal…
Kita kena peka isu alam sekitar dari saat ni juga
Apa yang kita boleh belajar dari Greta Thunberg adalah generasi muda dah cukup banyak benda nak kena peduli. Dari isu takde kerja, takde simpanan sampailah ke isu sedunia yang kita sendiri dah rasa waktu dilanda jerebu. Bercakap pasal isu alam sekitar je dah tak cukup, maka kita kena buat pilihan sendiri untuk selamatkan alam sekitar dengan kebolehan masing-masing.
Greta Thunberg sebut pasal carbon footprint, jadi kita bolehlah cuba kurangkan jejak karbon kita tu. Tak tau nak kurangkan? Takpe… ada kalkulator untuk kira berapa banyak jejak karbon yang dah kita lepaskan untuk sehari. Maya Karin pula nasihatkan kita supaya katakan tidak pada beg plastik.
Membentuk kesedaran dan jadi peka pada isu alam sekitar perlu jadi langkah pertama pada tindakan, bukannya jadi satu-satunya langkah kita nak selesaikan isu tersebut. Setuju? Kongsikan artikel ni supaya lebih ramai orang boleh buat sesuatu untuk kurangkan jejak karbon mereka dan kurangkan penggunaan plastik.