займ срочно

Amerul Afendi tak ditawar berlakon kerana “kurang” pengikut media sosial, rupa-rupanya…

F1
Amerul Afendi tak ditawar berlakon kerana “kurang” pengikut media sosial, rupa-rupanya…

Baru-baru ni hangat jugak kisah salah sorang pelakon terkenal lagi berbakat yang dikatakan ditolak untuk berlakon dalam stesen televisyen. Stesen televisyen perdana macam TV3 ni kan ramai penontonnya, jadi dapat peluang untuk tampil kat stesen tv ni memang suatu yang dapat bantu lonjakan kerjaya seseorang penghibur. Ada jugak kami dengar luahan ramai, bertanya kenapa asyik-asyik muka yang sama je keluar.

Jadi bila dengar kisah pelakon tu kena tolak hanya sebab tak cukup pengikut di media sosial, kami pun peliklah jugak. Siapa gerangan pelakon tu, dan kenapa stesen tv sanggup buat macam tu? Ni penjelasan dari mulut pelakon tersebut..

Amerul Afendi Instagram
Ciapan Amerul yang frust pasal hal tersebut.. -Via MStar

Dah menang anugerah peringkat Asia Tenggara dan dapat pujian ramai, masih tak cukup untuk stesen televisyen

Sepatutnya kalau dah dipuji ramai kerana lakonannya memang power, reputasi pelakon tu dah boleh buatkan stesen televisyen ambil berlakon kan? Tapi tu tak berlaku kat Amerul Afendi, sorang pelakon yang memang terlatih dalam bidang teater dari ASWARA. Mula-mula kami macam tak caya pulak Amerul Afendi ditolak oleh stesen televisyen sedangkan dia dah menang anugerah bertaraf antarabangsa.

Bayangkan, pelakon pembantu terbaik di peringkat ASEAN. Kalau dalam bidang sukan ni, johan Komanwel pasti akan dipertimbangkan untuk dibawa ke kejohanan peringkat yang lebih tinggi tanpa perlu tengok berapa banyak pengikut kat akaun media sosialnya.

Berbeza pula halnya bidang hiburan, nampaknya media sosial adalah penentu utama penerus kerjaya sorang penghibur; tak kira tahap bakat, kualiti lakonan serta sikap profesionalismenya dalam seni hiburan. Tu yang kami dapat simpulkan bila tonton sendiri perkongsian kat saluran Namron, lebih dikenali sebagai Tok Ayah. Tok Ayah ni sempat buat sesi temu bual pendek dengan Amerul Afendi untuk dengar sendiri apa sebenarnya yang dah berlaku.

Amerul Afendi
Via Youtube

Mengikut Amerul Afendi, masa tu dia dimaklumkan oleh dua orang sahabat rapatnya yang bekerja dalam bidang yang sama jugak. Mereka kata dah pitch nama Amerul Afendi tu kat stesen televisyen, namun oleh sebab dia tak dapat capai ‘piawaian stesen televisyen’, namanya tak masuk lah. Piawaian yang dimaksudkan ialah bilangan pengikut seseorang pelakon tu. Amerul Afendi hanya ada kurang dari 500k pengikut je ketika tu, jadi namanya tak dapatlah ‘masuk’ dalam senarai pertimbangan. Hah korang, tu baru dalam peringkat pertimbangan. Kalau dah dapat sejuta pengikut kat Instagram, barulah stesen televisyen nak ambil.

Tok Ayah kemudian balas balik, sebenarnya isu ni sudah lama. Kadangkala benda tu pun takde ditetapkan kat stesen televisyen, sebaliknya pengurusan produksi tu yang sengaja letak sebagai ‘syarat pertimbangan’ dengan mendakwa stesen televisyen tu yang letak. Tambah lagi, Aloy Paradoks tu pun pernah kena jugak macam ni. Kalau korang tak kenal siapa Aloy Paradoks, kami dah pernah tulis sebuah artikel pasal dia ni di mana dia mulakan dulu tuntutan bayar gaji kat Ogy Ahmad Daud. Selain dari isu tersebut, Aloy Paradoks ni pun pelakon dan penulis skrip yang berbakat. Tapi kerana pengikut kat Instagram tu tak sampai puluh ribu, stesen televisyen tak pandanglah.

Produksi Ogy Teater
Gesaan tu jugak membuatkan Ogy Ahmad Daud terpaksa jual pes tomato untuk kumpul duit nak bayar gaji.. Via MStar

Isu ni pun boleh diandaikan dari segi gandingan pelakon tu. Sorang mesti pelakon popular kat media sosial, barulah sorang lagi boleh pelakon yang kurang popular kat media sosial tu boleh ‘masuk’. Jadi dalam kes Amerul ni, boleh jadi jugak projek tersebut tu dah ‘cukup’ pelakon yang tak berapa popular di media sosial. Susah jugak bila populariti tu cuma dilihat pada bilangan pengikut semata-mata. Macam mana stesen televisyen nak pastikan tu betul-betul pengikut sebenar, dengan pengikut robot atau akaun palsu yang dibeli? Proses pemilihan tu pun tak telus jugak.

Bahagian pemasaran yang malas nak usaha banyak, ganti tugas hakiki bahagian pemilihan pelakon pulak dah

Ni antara perkara mengejutkan yang baru kami tau dalam lanskap seni lakonan ni. Mengikut Tok Ayah sendiri, isu ni sebenarnya memang dah lama berlaku dan berpunca dari kumpulan pengurusan produksi tu khususnya kat bahagian pemasaran filem atau televisyen tu. Oleh sebab nak mudahkan kerja dan taknak susah banyak ataupun taknak keluar bajet pemasaran banyak sangat, maka bahagian pemasaran ni lah yang tentukan bakat mana yang kena pilih.

Seharusnya bahagian casting yang lebih bijak menilai kesesuaian pelakon tu diberi tugas dan mengalas kepercayaan produksi dalam mencari bakat yang terbaik. Bahagian pemasaran ni pulak kenalah fokus kat usaha nak tarik perhatian penonton dengan bakat-bakat yang telah dipilih tu. Walaupun kami boleh faham rasional ‘penggantian’ tugas bahagian pemasaran dalam peranan memilih pelakon, perkara ni jugak tentunya akan memberi kesan jangka masa panjang. Para penonton selalu dahagakan kualiti baik dari skrip, arahan filem atau siri televisyen tu dengan para pelakon yang dapat menjiwai watak. Takdelah keluar istilah “pelakon kayu”…

Eman Manan
Tok Ayah dan Amerul Afendi sempat puji Eman Manan yang sangat jaga kualiti lakonannya.. Via Mstar

Bila ditanya mengenai kenapa Amerul Afendi berani suarakan benda ni kat khalayak umum; dia kata dia nak bagi tengok kat bakat-bakat baharu sama ada yang lahir dari program latihan teater dan lakonan bahawa kerjaya lakonan bukanlah manis belaka. Cabaran-cabaran seperti isu diketepikan oleh stesen televisyen kerana pengikut tak ramai ni pun dikira penting jugak untuk diketahui. Daripada penjelasan Amerul Afendi ni, ternyata benarlah apa yang kami perhatikan: kita bukan kekurangan bakat, kita kekurangan peluang dan ruang kat arus perdana untuk menyerlahkan bakat-bakat yang kita ada.

Korang boleh ikuti perbincangan Tok Ayah dan Amerul Afendi kat bawah ni. Pengajaran penting yang kami dapat selain dari pengurusan bakat tu sendiri adalah kuasa penonton. Jika para penonton dapat menggesa stesen televisyen agar menukar cara pemikiran mereka ni, semestinya ia akan bantu suburkan semula industri seni lakonan dan hiburan ni khususnya dari segi peningkatan permintaan bakat-bakat yang lebih berkualiti.

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top