Dua misil dihalakan ke Mekah, cubaan untuk membunuh orang Islam?

Pada bulan Ramadan yang mulia ni, pasti umat Islam akan cuba untuk mendekatkan diri dengan tuhan. Kalau ditanya, di mana tempat yang paling sesuai untuk mendekatkan diri dengan tuhan, sudah tentulah ramai yang akan menjawab Mekah. Berjuta-juta umat Islam pada bulan Ramadan akan berkunjung ke Masjidil Haram untuk memohon pengampunan tuhan.

Mungkin disebabkan hal inilah pengganas dapat ilham untuk cuba melakukan pengeboman terhadap kota suci itu. Jika rancangan diorang berjaya, pasti ramai umat Islam yang akan terbunuh. Semalam, Pertahanan Udara Diraja Arab Saudi memintas dan memusnahkan dua misil yang didakwa dilancarkan pemberontak Houthi semalam.

Jurucakap tentera Gabungan Arab memberitahu misil tersebut dilancarkan menuju ke Mekah dan Jeddah.

“Ia dimusnahkan di ruang udara Taif dan serpihan projektil pertama jatuh di Wadi Jalil, sebuah lembah luas menuju ke Mekah,” – Seperti yang dilaporkan oleh Astro Awani

Rakaman video yang menjadi tular di media sosial menunjukkan misil kedua dipintas dan dimusnahkan di ruang udara Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah.

Difahamkan, ia bukan kejadian pertama kerana pemberontak Houthi didakwa pernah melancarkan misil menyasarkan Mekah pada Julai 2017.

Insiden itu berlaku selepas Riyadh memberi amaran terhadap serangan dron yang menyasarkan stesen pam saluran paip minyak di bandar Dawadmi dan Afif yang memindahkan minyak ke pelabuhan Yanbu dan ke seluruh dunia pada 14 Mei lalu.

Artikel asal disediakan oleh Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *