Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
2
Berita

Seorang pegawai perubatan ni hanya sempat jadi isteri selama 10 hari…

By Subeditor
September 14, 2019 4 Min Read
Comments Off on Seorang pegawai perubatan ni hanya sempat jadi isteri selama 10 hari…

Ketika menemui orang yang kita cintai,  hidup terasa sempurna. Walaupun jalan untuk menemui cinta sejati penuh berliku, tapi ia adalah satu perjuangan yang berbaloi pada penghujungnya. Ramai orang tewas dalam percintaan, lalu dia bangkit menjadi orang besar. Ramai juga orang yang cintanya sampai ke pengakhir hayat, lalu dia juga menjadi orang besar dan berjaya.

Seperti itulah cinta; arak diminum akan menjadikan kita mabuk, cinta dihirup; makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur termimpi-mimpi. Sengaja kami mulakan artikel kali ini dengan ayat-ayat yang melemaskan dan merimaskan, kerana kami dalam mood sedih mengenangkan nasib seorang isteri yang hanya sempat bersama suami selama 10 hari.

Berkahwin pada 14 Ogos lepas, kehilangan suami pada 23 Ogos…

Cerita ni tentang seorang pegawai perubatan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar yang hanya sempat bergelar isteri selama 10 hari. Dia kehilangan suaminya, Dr Mohammad Farid Ismail, 28 tahun, yang maut akibat kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Jalan Changlun-Kuala Perlis 23 Ogos lalu.

Via AWANI

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, Dr Mohammad Farid Ismail, dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar tiang elektrik di pembahagi jalan.

Walaupun musibah besar ni melanda Dr Syafiqah Sukri, 28 tahun, yang melangsungkan perkahwinan pada 14 Ogos lalu, di reda dengan ketentuan tuhan. Ketika dia dimaklumkan kejadian tu, dia seolah-olah tak percaya yang suami yang disayanginya tu dah takde. Bukan mudah sebenarnya nak terima khabar yang macam ni. Kalau hati tak kuat, orang boleh pengsan.

Kereta mangsa. Via Astro Awani

Menurutnya, arwah Mohammad Farid bangun pagi sebelum Subuh seperti biasa pada hari kejadian dan bertolak ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar tanpa menunjukkan sebarang perubahan sikap.

Sempat lawat pusara ibu, dan kata ingin disemadikan berdekatan ibu…

Cuma sehari sebelum kejadian tu, diorang ada melawat pusara ibunya kat Pendang dan arwah suami beritahu dia terlalu rindu arwah ibunya. Dr Syafiqah Sukri nampak matanya berair dan  kata kalau boleh dia mahu disemadikan dekat dengan ibunya.

“Saya memang tidak syak apa-apa kerana suami memang rapat dengan ibunya. Akhirnya apa yang dihasratkan arwah suami kami tunaikan dan dia memang disemadikan bersebelahan pusara arwah ibunya,” – Dr Syafiqah Sukri, seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian

Gambar perkahwinan mangsa. Via Sinar Harian

Dia kata macam tu selepas terima cek Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah RM2,000 daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kat rumahnya di Taman Sri Pantai, Pantai Johor.

Sumbangan tu disampaikan oleh Pengarah HTF, Dr Othman Warijo dan Pengarah HSB, Dr Zaiton Udin dengan disaksikan Pengarah Perkeso Perlis, Basharudin Khalid serta Timbalan Pengarah Perkeso Kedah, Mohd Asri Mohd Rasid.

Selain cek faedah FPM, Dr Syafiqah turut layak menerima bayaran Faedah Orang Tanggungan (FOT) seumur hidup yang dibayar secara bulanan dengan anggaran sebanyak RM2,130 sebulan. Bayaran tu layak diterima kerana arwah Dr Mohammad Farid adalah pencarum Perkeso dan terlibat kemalangan pada waktu kerja.

Via Sinar Harian

Dr Syafiqah kata, suaminya adalah anak ke-12 dari 13 beradik dan dia akan menggunakan bayaran FOT yang diterimanya untuk membantu keluarga Dr Mohammad Farid terutamanya anak-anak saudara arwah.

Sementara tu, Basharudin kata, isteri mangsa akan terima dua jenis pampasan iaitu FPM berjumlah RM2,000 dan FOT bagi Ogos sebanyak RM568, manakala bayaran penuh FOT akan diberikan bermula bulan ini.

Pentingnya keselamatan sosial dalam kalangan pekerja, untuk membantu orang yang ditinggalkan…

Kematian sebenarnya lebih kurang macam cinta jugak, ia datang tanpa dijangka atau diundang. Kami turut berduka dengan kehilangan Dr Syafiqah Sukri, cuma ada satu benda yang kami membuatkan kami berfikir. Dr Syafiqah akan mendapat pampasan seumur hidup melalui Faedah Orang Tanggungan (FOT) di bawah PERKESO.

PERKESO. Via Kosmo

Walaupun wang tak dapat menggantikan orang yang dah tiada, tapi ia dapat memberikan ‘kelegaan’ kepada mereka yang ditinggalkan. Kami terfikir tentang golongan pekerja yang takde perlindungan macam PERKESO atau insurans. Sudah tentu keluarga diorang akan hadapi masalah yang besar jika kehilangan tempat bergantung.

Mungkin ada baiknya juga kalau kita ada satu polisi untuk lindungi semua kelompok pekerja yang jadi tempat bergantung pada keluarga. Kami pun tak tahulah kalau dah ada, cuma kami ada je pengalaman bantu keluarga yang kehilangan tempat bergantung, ia agak menyedihkan dan sukar.

Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
Richard Booth
Previous

Raja Buku di Wales, Richard Booth akhirnya meninggal dunia

Tip Jerebu
Next

Masalah jerebu semakin teruk, KKM keluarkan panduan hadapinya…

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme