Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
Asas
BeritaIsu Tular

Ibu tiga anak ditahan kerana curi makanan, pendapatan cuma RM500 sebulan

By Subeditor
September 12, 2019 3 Min Read
Comments Off on Ibu tiga anak ditahan kerana curi makanan, pendapatan cuma RM500 sebulan

Mencuri adalah sesuatu yang salah, tapi dalam keadaan tertentu ‘tekanan’ kehidupan mendesak seseorang itu untuk lakukan sesuatu yang dia tak suka. Walaupun mencuri bukanlah satu-satunya jalan untuk menyelesaikan masalah, macam kami kata; dalam keadaan mendesak, pasti sukar untuk cari solusi kepada masalah.

Kami rasa benda inilah yang berlaku kat seorang ibu yang mencuri barang keperluan di sebuah pasar raya…

Curi bahan mentah makanan, hidup dengan pendapatan RM500 sebulan…

Seorang ibu tiga anak yang tular kat media sosial selepas ditahan ambik barang dalam sebuah pasar raya di Bandar Universiti Seri Iskandar semalam hanya bergantung kepada pendapatan sekitar RM500 sebulan.

Via Sinar Harian

Wang yang diperoleh hasil mengasuh anak orang tu tak cukup untuk tampung segala keperluan rumah kerana turut digunakan bagi perbelanjaan persekolahan anak-anak yang berusia 4, 6 dan 10 tahun. Perkara tu diakui aktivis sosial, Rohaidatul Asma Jusoh yang pernah bantu keluarga berkenaan sejak setahun lalu.

Menurutnya, wanita berusia 31 tahun tu ditinggalkan suami yang menghilangkan diri sejak lebih dua tahun lalu.

“Semalam dalam jam 1 petang, dia sempat menghantar mesej kepada saya maklumkan yang dia tiada wang untuk beli barang-barang dapur, sebab itu dia buat keputusan untuk mengambilnya. Barang-barang itu semua untuk makan dan kegunaan anak-anaknya di rumah,” – Rohaidatul Asma Jusoh, seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian

Ibu itu dan tiga anaknya. Via Metro

Kalau ikut laporan Sinar Harian, wanita tu akan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mencuri beberapa barangan dalam pasar raya, termasuklah ayam mentah. Apa yang buatkan ramai orang tak puas hati adalah kes tu langsung tak dapat tolak ansur daripada pengurusan pasar raya walaupun ada pihak nak bantu menyelesaikannya tanpa libatkan laporan polis.

Rohaidatul kata; pihaknya pernah menyalurkan bantuan barangan dapur dan wang tunai serta beberapa sumbangan lain namun bukan dalam bentuk bantuan bulanan. Dia dimaklumkan wanita ni dalam proses penceraian dan dia takde sumber pendapatan lain selain ambil upah mengasuh.

Via Giphy

Katanya, dia bersama Amal Team sudah berunding semalam agar wanita itu diberi pengecualian kerana kasihan mengenangkan anak-anak yang masih kecil.

“Tetapi pihak pengurusan pasar raya tetap mahu membuat laporan menyebabkan dia terpaksa ditahan di balai polis. Anak-anaknya dijaga sementara oleh ahli keluarga yang lain,” – Rohaidatul Asma Jusoh, seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso mengesahkan penahanan seorang wanita kerana mencuri barang dalam pasar raya semalam. Menurutnya, antara barangan curi yang ditemui adalah sabun mandi, dua paket ayam mentah, satu kiub tulang ayam dan serbuk lada hitam yang dianggarkan bernilai hampir RM80.

Barangan yang dicuri. Via Sinar Harian

Wanita tu tak mempunyai sebarang rekod lampau dan kini dimaklumkan dalam proses penceraian. Dia akan dituduh di Mahkamah Parit di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Nampaknya ibu tiga anak tu akan dibebaskan tanpa syarat, tiada pertuduhan dibuat…

Ibu tiga anak yang ditahan yang kami cerita tadi akan dibebaskan tanpa syarat. Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso, ketika dihubungi Berita Harian, mengesahkan benda tu dan memaklumkan tiada pertuduhan dibuat terhadap wanita tu.

https://www.youtube.com/watch?v=85LdWmEzrBs

Dia kata, polis dah menghantar kertas siasatan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya, tetapi wanita berusia 31 tahun berkenaan tidak didakwa di mahkamah.

“Disahkan dia tidak dituduh selepas kertas siasatan lengkap kita majukan pagi ini kepada Timbalan Pendakwa Raya. Wanita berkenaan akan dibebaskan tanpa syarat hari ini dan kita hanya ambil keterangan. Kes ini dianggap sudah selesai,” – Superintendan Barudin Wariso, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Dalam keadaan kita sibuk bergaduh tentang politik murahan, ramai lagi rakyat yang memerlukan…

Sejak akhir-akhir ni kami perhatikan perbincangan politik kat media sosial semakin toksik dan melibatkan perkataan-perkataan yang tak pernah terfikir nak guna. Sebenarnya dalam kita bergaduh dengan hebat, masih ramai lagi orang yang perlukan bantuan dan hidup dalam keadaan ikat perut. Kalau benar punya tenaga lebih, mengapa tidak tenaga itu disalurkan untuk membantu kelompok ini?

 

Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
Mm
Previous

Sejarah buktikan kerjasama masyarakat Islam dengan kaum lain perkuat ekonomi

Richard Booth
Next

Raja Buku di Wales, Richard Booth akhirnya meninggal dunia

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme