Adat perkahwinan dan menimang anak dalam masyarakat Cina

Cina

Masyarakat Cina adalah kumpulan kaum kedua terbesar kat negara kita, dan kita pun pastinya ada member yang berbangsa Cina. Selalunya bila sebut tentang masyarakat Cina, kita cuma tahu budaya dan amalan diorang ketika Tahun Baru Cina je, tapi amalan-amalan lain kita tak berapa nak ambik port. Kami pun baru tahu yang sebenarnya masyarakat Cina ada budaya perkahwinan dan menyambut anak yang menarik. Kalau masyarakat Melayu ada adat perkahwinan yang begitu banyak, ini dia budaya masyarakat Cina yang korang perlu tahu…

Diorang ada majlis untuk keluarga terdekat, dan untuk orang ramai…

Macam bangsa-bangsa yang lain gak, perkahwinan adalah perkara yang penting dalam kehidupan masyarakat Cina, siapa yang tak nak ada keluargakan? Apabila dah berkahwin ia akan berikan ‘kebenaran’ untuk sambung zuriat nenek moyang diorang, atau mulakan keturunan sendiri. So benda pasal kahwin-kahwin ni kami tak perlu bebel banyak kot, sebab mesti kebanyakan benda-benda ni korang dah tahu.

Dalam masyarakat Cina, pada masa dahulu pertunangan boleh dilakukan apabila kanak-kanak tu berumur di antara 7 dan 14 tahun. Muda gila, tapi tunang je eh, bukan kahwin. Sampai sekarang kami tak faham dengan kumpulan yang benarkan perkahwinan masa kanak-kanak tu masih muda gila. Tak masuk dek akal.

Macam cerita kat drama Melayu, pada waktu dulu perkahwinan selalunya diaturkan oleh ibu bapa. Tapi keadaan tu dah berubah pada hari ini. Macam biasalah, ibu bapa masih punyai kuasa dalam mencampuri hal perkahwinan anak-anak diorang. Walaupun kini perkahwinan tak diatur oleh ibu bapa tapi peringkat ramalan nasib masih dijalankan dan ia merupakan peringkat yang penting. Penetapan masa dan tarikh untuk perkahwinan jugak penting.

Via Penang Travel

Ada tiga upacara yang dijalankan oleh masyarakat Cina kat Malaysia semasa perkahwinan diadakan;

  • Perkahwinan sivil – bakal perngantin tu perlu berdaftar dahulu sebagai suami isteri yang sah dari segi undang – undang.
  • Upacara minum teh – Ia merupakan satu budaya tradisional Cina, pengantin baru memberi teh kepada ahli-ahli keluarga yang lebih tua untuk minum sebagai tanda pengenalan antara satu sama lain
  • Jamuan makan – Pada jamuan ini semua saudara mara dan kawan-kawan akan dijemput. Macam walimatul urus kalau bangsa Melayu.

Pada kebiasaannya upacara perkahwinan sivil dan upacara minum teh dihadiri oleh saudara mara yang rapat je.

Perkara yang dianggap penting dalam perkahwinan kaum Cina ialah pengumuman perkahwinan tu kepada kawan-kawan dan saudara-mara diorang dengan mengadakan jamuan. Besar kecilnya jamuan ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Oleh kerana majlis ini penting maka tetamu-tetamu yang hadir selalunya akan pakai pakaian yang cantik dan berwarna merah.

Via Penang Travel

Sebaiknya-baiknya tetamu kena elakkan guna baju yang berwarna hitam, biru atau kelabu sebab warna-warna ni biasanya dikaitkan dengan peristiwa sedih dalam masyarakat Cina. Apabila tetamu berjumpa dengan pengantin baru tu, diorang kena ucapkan tahniah kepada pasangan. Diorang tak boleh gak menceritakan atau menyebut perkataan-perkataan yang sedih seperti kematian, sakit, bencana atau hantu apabila bertutur dengan kedua pengantin tu.

Warna merah dalam kalangan masyarakat Cina bererti tanda baik dan gembira. Oleh sebab tu, sekiranya tetamu memberi hadiah eloklah dibungkus dengan kertas berwarna merah.

Lepas kahwin, mesti nak sambut anak…

Keluarga Cina mempunyai beberapa kepercayaan semasa ibu mengandung. Contohnya kat dalam bilik ibu, perabot tak boleh diubah, terutamanya katil, memaku dinding rumah tak dibernarkan sama sekali. Ibu yang mengandung mesti selalu berjaga-jaga supaya tak terperanjat dengan benda-benda yang tak baik. Pantang larang tu diamalkan selama kira-kira sebulan selepas bersalin.

Bayi. Via Giphy

Orang Cina tak suka bayi diorang tu dipuji “berat badannya”. Kelahiran seseorang anak biasanya diraikan apabila ia berumur sebulan. Saudara mara dan sahabat handai memberi hadiah yang boleh digunakan bayi. Hadiah-hadiah tu dibungkus dengan kertas merah. Ada gak keluarga yang raikan buat kali kedua apabila anaknya berumur satu tahun.

Kita perlu banyak mempelajar budaya bangsa lain, supaya tak bawak ‘malang’

Katakanlah korang tak tahu yang guna baju hitam tu lambangkan benda yang tak baik bagi masyarakat Cina, korang selamber badak gunakan baju hitam untuk hadiri majlis perkahwinan member Cina korang, mesti nampak kurang cerdikkan? Sebab itulah kita kena selalu ambik tahu pasal budaya dan kepercayaan orang lain sebab pastinya ia akan berguna satu hari nanti.

Maklumat dalam artikel ini diambil dan disunting dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *