Nak berkahwin, tapi takut bercerai? Korang kena ikuti TIGA langkah bijak ni…

Va
Nak berkahwin, tapi takut bercerai? Korang kena ikuti TIGA langkah bijak ni…

Ramai kata nak kena pandai masak dulu barulah boleh ada pasangan. Barulah pasangan akan sayang dan setia pada kita. Tak cukup dengan tu, boleh minta hantaran tinggi sehingga RM20,000. Tapi betul ke setakat pandai masak je dah boleh jamin kebahagian perhubungan korang?

Bekas wartawan Tengku Elida Bustaman, atau lebih dikenali di laman Twitter sebagai @mokciknab mengaku bahawa ciri pandai memasak tu penting, tak kira jantina dan status. Sambungnya lagi, perkhawinan yang kukuh tak bergantung sangat pada ciri pandai masak. Sebaliknya, perkhawinan yang kekal lama dibina dari 3 perkara ni.

Via ABCNews.com

Pertama, kena sepadan. Korang kena suka pasangan korang. Bukan setakat suka sebab sayang, tapi kena suka dan selesa ada si dia di sisi ketika senang dan susah.

Ciap1
Via Twitter

Hannah Yeoh kata salah satu punca perceraian di Malaysia adalah ramai tak kenal personaliti sebenar mereka. Sebab tu, kerajaan bercadang nak perkenalkan ujian personaliti kepada pasangan yang nak kahwin nanti supaya betul-betul tahu sama ada pasangan korang sesuai dengan korang atau tak.

Tapi menurut Rachael Rettner, personaliti tak semestinya kena sama untuk berada dalam hubungan percintaan yang bahagia. Boleh jadi perbezaan personaliti pun antara sebab kenapa korang dan teman cinta korang sesuai bersama. Nanti kalau terlalu sama personaliti, korang boleh cepat bosan.

Asas kedua pula adalah kematangan dan kesanggupan korang untuk seseorang dalam hidup korang. Bila ada pasangan, kena pandai fikir mana satu benda yang korang sanggup korbankan untuk pasangan korang.

Ciap2
Via Twitter

Selain tu, korang kena pandai berhenti pentingkan diri sendiri dan kena pandai terima hakikat bahawa pasangan korang tu tetap ada kelemahannya sebagai manusia.

Tengok macam Syuib Sepahtu, kena ‘game’ dengan bini pun masih tenang lagi.

https://www.youtube.com/watch?v=kRavMM9DbNI

Yang terakhir, korang kena sama-sama bertahan dan berusaha nak perbaiki hubungan. Petik ciapan @mokciknab;

Ciap 3
Via Twitter

Macam berkebun jugaklah, segala peluh dan penat nak bagi cantik berterusan tu akan berkembang jua kalau korang gembira dengan hasilnya. Tak pandai masak, boleh belajar masak. Tak pandai membaiki paip, boleh belajar baiki paip. Banyak benda boleh belajar terutamanya kat Youtube, macam remaja di Sarawak yang belajar sendiri bina perabot kayu dari Youtube.

Bebenang ciapan itu kemudian diakhiri dengan pesan bahawa tak semua yang sedia nak berada dalam perhubungan. Ada orang rimas, ada orang belum mahu lagi berpasangan. Jadi kita tak boleh hakimi pilihan hubungan orang lain.

…A spouse should make the journey fun. Kalau dia menyusahkan lebih baik sendiri.”

Kalau korang tak gembira dengan pasangan korang lepas berusaha sesungguh-sungguhnya, mungkin berpisah lebih baik jika perkara tu mampu membahagiakan kedua-dua pihak. Terutamanya untuk mangsa seksaan domestik (domestic abuse), korang boleh segera memohon bantuan secara rahsia di sini.

Siapa kata dah kahwin tak payah risau? Boleh pengsan memikir pasal kehidupan…

Bila dah ada pasangan halal, korang kena jaga tiga benda dalam hubungan suami isteri: emosi korang dan pasangan korang, kewangan dan hubungan silaturahim dengan keluarga pasangan serta jiran.

Perkongsian dari AkuIslam ni banyak tekankan peranan suami sebagai pengemudi bahtera keluarga dan emosi isteri. Suami perlu turunkan ego dulu dan bertenang, kawal emosi diri sendiri dulu supaya senang faham psikologi isteri tersayang. Selain dari tu, jiwa suami juga kena tahu bila nak tegas dan bila nak berjenaka. Kena tahu bila nak kuat agar isteri pun sama-sama kuat, dan kena tahu bila nak mengaku silap.

Via Mediasulsel.com

Dalam setiap hubungan suami isteri pula, tak adil juga kalau nak asyik harapkan suami je yang nak jaga emosi isteri. Isteri pun kena faham psikologi suami. Dr Raja Kamariah kata, isteri pun kena belajar bagaimana nak kongsi suatu maklumat dengan lelaki. Kalau suami baru balik rumah, berilah mereka sedikit ruang untuk ‘menukar peranan’ daripada seorang pekerja kepada seorang suami dan bapa di rumah. Lagi satu, lelaki boleh cepat bosan kalau berulang kali diingatkan benda yang sama. Jadi, isteri kena bijak ingatkan suami dengan catat perkara penting tu di ruang dapur.

Salah belanja, boleh bertelagah. Kos sara hidup pulak makin meningkat

Alasan ‘masalah kewangan’ bukan benda pelik lagi, terutamanya dengan peningkatan kos hidup sekarang ni. Hannah Yeoh juga setuju banyak pasangan bercerai disebabkan oleh kegagalan mengurus kewangan. Bukan tu saja, peningkatan penderaan kanak-kanak dan jumlah ibu tunggal pun semakin tinggi akibat masalah kewangan dalam keluarga yang bercerai. Tu belum termasuk kes pasangan dikejar along, tak kira suami atau isteri. Kalau dah dikejar along, tak aman hidup walaupun korang dah cerai macam kes Tan Lee Yin.

Nadeeya Rahmat dari Majalahlabur.com berpendapat pengurusan kewangan ni kena mula dari bijak berbelanja ikut kemampuan. Suami isteri kena duduk semeja untuk bincang pasal kewangan, terutamanya bila nak rangka bajet kewangan keluarga untuk setiap bulan. Baru-baru ni, panduan ‘Belanjawanku’ dilancarkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mudahkan keluarga rancang perbelanjaan mereka.

Harian Metro
Via Harian Metro, 5 Mac 2019

Ikut kiraan Belanjawanku, anggaran minimum perbelanjaan keluarga tanpa anak adalah RM4,420 manakala untuk pasangan yang memiliki  seorang anak pula RM5,730 dan untuk dua anak pula adalah RM6,620.

Selepas rangka bajet keluarga, korang sebagai pasangan suami isteri kena jujur dan selalu berkomunikasi pasal kewangan. Sikap jujur tu kena diperlihatkan, bukan setakat ‘maklumkan’ je lepas beli ye. Ada beberapa tips untuk jejak aliran kewangan korang ke mana. Paling popular adalah teknik sampul, dimana korang dah siap-siap asingkan sejumlah wang untuk tujuan tertentu yang ditulis dalam sampul.

Mertua atau Menantu yang ‘Hantu’?

Bila dah kahwin ni, hubungan silaturahim kena jaga terutamanya kepada ibu bapa pasangan. Yelah, tak manislah kalau nak pulang kampung pasangan pun masing-masing bermasam muka. Dalam hal ni, menjadi peranan utama pasangan sebagai anak untuk jadi orang tengah antara ibu bapa korang sendiri dengan pasangan. Kalau suami, kenalah jadi orang tengah yang boleh membibit mesra antara isteri dengan ibu bapa dan begitulah peranan isteri kepada keluarga antara suami.

Cakap pasal ibu bapa, jangan salah anggap pula bila dah kahwin, isteri dah lepas tanggungjawab sebagai anak kepada ibu bapanya sendiri. Kata pendakwah dan pakar motivasi Noor Laila, tiada dalam syariat Islam yang suruh isteri untuk menyisihkan ibu bapanya dan perlu utamakan mertua dan keluarga suami semata-mata. Bila dah kahwin, dah jadi tanggungjawab pasangan untuk jaga ibu bapa dari kedua-dua belah pihak.

Hubungan cinta dan kekeluargaan ni sebenarnya suatu komitmen besar. Sebab tu sebelum korang berfikir nak bercinta, atau tengah bercinta dan nak teruskan ke arah lebih jauh, pastikan korang dan pasangan bersedia sepenuhnya dan mempunyai kesanggupan yang tinggi.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top