Insurans yang mahal ‘bayaran’ masuk ke syurga? Ini komen netizen tentang industri insurans

F1
Insurans yang mahal ‘bayaran’ masuk ke syurga? Ini komen netizen tentang industri insurans

Sejak kami mula bercakap tentang industri insurans, pelbagai respons yang kami terima tentang pengalaman orang-orang yang menggunakan insurans. Ada di antara pembaca kami yang masih lagi skeptikal dengan insurans, ada yang kata andainya harga Takaful tu agak mahal, ia adalah harga untuk orang Islam ke syurga. Tak kurang jugak di antara pembaca kami yang berpandangan keperluan untuk melihat kualiti sesuatu produk atau servis sebelum melihat kaedah pemasaran mereka.

728 X 90

Oleh sebab tu, kami rasa elok kalau kami tulis beberapa pandangan yang berjaya dikumpulkan sepanjang kami sembang tentang industri insurans ni. Tujuannya agak mudah, kami nak korang lihat setiap orang ada pandangan yang berbeza tentang industri insurans. Lepas baca semua pandangan ni, bolehlah korang buat keputusan nak ada pandangan yang macam mana.

1. Dikatakan harga mahal yang perlu dibayar untuk produk ‘halal’ adalah ‘harga’ untuk ke syurga

Salah satu komen yang paling buat kami rasa ‘wow’ apabila membaca komen-komen adalah ‘harga Takaful walaupun mahal, ia perlu dibayar kerana ia merupakan harga syurga yang perlu dibayar oleh umat Islam’. Secara jujurnya kami tak ada masalah dengan saranan untuk kita mengambil perkara yang halal dan menjauhkan diri daripada perkara yang haram. Cuma, kita harus melakukan penelitian terhadap apa-apa isu yang dibincangkan.

Kb09 171015 H60k Read Only
Ini komen yang kami katakan tu…

Kita selalu diberitahu yang syurga tuhan tu murah dalam konteks semua orang tanpa mengira dia miskin atau kaya, dia boleh masuk ke syurga. Menggunakan logik seperti ini bahaya dan berisiko. Kita tak mahu nanti ada penjual produk yang menggunakan sentimen ‘halal’ semata-mata untuk memperkenalkan produk dengan harga yang lebih mahal.

Berkenaan perlindungan, terpulanglah kepada anda nak ambik yang mana mengikut kepercayaan masing-masing. Apa yang paling penting dan selalu kami tekankan adalah kita harus melakukan kajian dan perbandingan sebelum membeli apa-apa produk. Kami juga melihat industri insurans semakin berkembang, dan tak mustahil akan ada produk yang akan menggunakan kaedah patuh syariah untuk perlindungan tanpa menggunakan jenama Takaful.

2. Ada pembaca orang yang merasakan mereka lebih pintar daripada mufti dalam hal-hal memberi kelonggaran

Beberapa minggu lepas, kami ada keluarkan artikel berkaitan rukhsah (kelonggaran atau kemudahan) yang ada dalam Islam apabila berhadapan dengan situasi tertentu. Antara contoh paling mudah yang kami berikan adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli mengatakan kita dibolehkan untuk mengambil vaksin walaupun berkemungkinan ada kandungan yang tidak halal.

Ia dibolehkan untuk memelihara nyawa, kerana pandemik Covid-19 telah menyababkan banyak kematian. Dengan adanya vaksin, kadar jangkitan berkemungkinan besar akan menurun; dan kadar kematian pun sepatutnya akan turun sekali. Sebelum itu pulak, kami ada tulis berkenaan kelonggaran mengambil Insurans Konvensional kalau Takaful takde cover perlindungan tu. Jawapan ini diberikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Luqman Abdullah.

Walaupun Menteri Agama sekarang merupakan bekas mufti, dan Mufti Wilayah Persekutuan kata ada kelonggaran dalam hal-hal tertentu, nampaknya masih ramai yang merasakan kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka berdua tak boleh dipercayai. Ada yang mengatakan kedua-dua ahli agama ini salah dan tak memahami isu yang mereka tengah katakan.

Takda Masalah
Pening kepala kami dibuatnya…

Cuma, tak semua pembaca kami yang memiliki pendirian seperti ini, ada juga yang berikan soalan yang bernas dan mempersoalkan mengapa ramai  yang beranggapan diri mereka lebih mahir dalam selok-belok hukum berbanding mufti atau Menteri Agama.

Capture

S1

3. Kadar kepercayaan orang ramai terhadap industri insurans nampaknya masih rendah

Apabila kami mengambil keputusan untuk sembang lebih banyak tentang industri insurans, artikel pertama yang kami tulis merupakan sebuah fakta yang perlu diketahui oleh semua rakyat Malaysia. Kebanyakan rakyat Malaysia tidak mempunyai apa-apa bentuk perlindungan, dan daripada respons yang kami dapat, masih ada kumpulan masyarakat yang merasakan ia tak penting.

Via Giphy

Sebelum masuk ke persoalan haram atau tak, kami rasa benda ni perlu diberikan penekanan terlebih dahulu. Apabila kita bercakap tentang apa-apa jenis bentuk perlindungan – kita perlu serahkan keputusan kepada pengguna dengan melakukan perbandingan yang adil tentang produk-produk kita. Cuma, semua ini tak akan berlaku sekiranya masyarakat kurang kesedaran tentang kepentingan perlindungan.

S2

A3

Pemikiran macam ni tercipta kerana dikatakan proses melakukan tuntutan insurans agak rumit. Oleh sebab itu, sekiranya korang nak membeli apa-apa bentuk perlindungan, korang kena pastikan syarikat itu boleh dipercayai dan kukuh dari segi kewangan diorang. Berhati-hati dengan syarikat yang dikaitkan dengan hal-hal yang meragukan atau terlalu baharu. Pada akhirnya, apa jua bentuk perlindungan – korang ingin dibayar apabila malapetaka terjadi.

Sekiranya anda ada cerita menarik tentang industri insurans, korang boleh beritahu kami

Bagaimana pulak dengan anda? Adakah anda memiliki pandangan dan pengalaman tersendiri tentang industri insurans di Malaysia? Kami yakin setiap daripada kita memiliki cerita yang tersendiri tentang pengalaman mereka dalam melanggan atau dihubungi ejen insurans. Sekiranya korang nak berkongsi cerita dengan kami, korang boleh hantar mesej kat ORANGKATA atau tinggalkan komen dekat mana-mana sosial media kami. Sekiranya cerita korang menarik, kami akan terbitkan!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top