Vaksin HARAM?! Kami jelaskan kenapa ada benda HARAM boleh jadi HARUS

F1

Salah satu perkara yang indah tentang Islam adalah ia akan pastikan pengikutnya sentiasa menjaga keselamatan dan nyawa dalam melakukan kewajipan yang dituntut agama. Apa yang kami katakan ni sesuai dengan ayat Al-Quran yang mengatakan; Allah tak akan membebani hamba-Nya di luar batas kemampuannya. Apa juga yang telah disyariatkan kepada umat Islam pasti tak akan memberi bebanan terhadap mereka, dan sekiranya ada keperluan, ada perkara yang boleh dilonggarkan.

728 X 90

Dalam fiqh Islam ada istilah ‘rukhsah’ yang dalam bahasa Arab diertikan sebagai keringanan atau kelonggaran. Dengan adanya rukhsah, orang Islam boleh dapatkan keringanan dalam melakukan kewajiban yang dituntut oleh agama. Dari sudut usul fiqh menyebutkan, rukhsah membolehkan atau memberikan pengecualian dari prinsip umum kerana keperluan (al-hajat) dan keterpaksaan (ad-dariirat).

1. Sekiranya kita dalam musafir, kita diberi kelonggaran solat untuk memudahkan urusan

Bagi mereka yang suka merantau atau melancong, rukhsah solat (kemudahan) diberikan ketika musafir untuk membantu para musafir merancang perjalanan mereka. Bagi mereka yang mungkin tak biasa dengar kemudahan ketika bermusafir ni, rukhsah solat merupakan kemudahan atau keringanan yang dibolehkan untuk orang Islam bermusafir bagi membolehkan mereka solat secara qasar dan jamak.

Solat jamak maksudnya kumpulkan dua solat dalam satu waktu. Sebagai contoh, mengumpulkan solat Zohor dengan Asar atau sebaliknya. Solat qasar pula maksudnya memendekkan solat daripada empat rakaat kepada dua rakaat. Hanya solat Zohor, Asar dan Isyak je yang boleh dipendekkan jadi dua rakaat.

Logik kepada kepada ruksah solat ini cukup mudah. Selalunya apabila seseorang itu tengah bermusafir, kebanyakan masa akan dihabiskan di perjalanan. Contohnya apabila seseorang itu memandu kereta untuk perjalanan yang jauh, kebanyakan masanya akan habis di atas jalan raya. Pemberian rukhsah solat kepada orang yang seperti ini hanya akan memerlukan dia untuk berhenti sekali dalam tempoh yang panjang. Keadaan ini akan jadikan perjalanannya lebih mudah dan selesa.

2. Salah satu contoh yang paling praktikal adalah kelonggaran vaksin untuk kesihatan

Salah satu perkara yang sedang menganggu ramai umat Islam ketika pandemik Covid-19 ni berlaku adalah status halal vaksin yang bakal digunakan. Selain daripada pelbagai teori mengarut seperti kewujudan cip mikro dalam vaksin, isu halal-haram vaksin menjadi tumpuan perbincangan warga sosial media. Persoalan ini telah dijawab oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang merupakan bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad.

Katanya dalam Islam ubat-ubatan mesti dibuat daripada bahan-bahan yang halal dan baik, cuma ada kelonggaran untuk menggunakan sumber yang haram jika dalam keadaan darurat.

“Mesyuarat Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) telah menjelaskan hukum harus bagi penggunaan vaksin, selari dengan kaedah pencegahan yang dianjurkan Islam berteraskan prinsip Maqasid Syariah iaitu menjaga nyawa. Ada kelonggaran menggunakan sumber yang haram dalam kes darurat yang boleh mengakibatkan kematian dan penyakit kronik sedangkan sumber halal tidak diperoleh,” – Dr. Zulkifli, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Ohhhh…macam tu rupanya. Via Giphy

Sekali lagi kita menggunakan tema yang sama di sini; sesuatu yang pada awalnya diharamkan telah bertukar menjadi harus untuk memelihara nyawa. Kita dapat melihat bagaimana Covid-19 telah memberi kesan yang buruk kepada kesihatan dan keadaan ekonomi dunia. Oleh sebab itulah pengambilan vaksin merupakan satu tindakan yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini.

3. Ambil insurans konvensional ketika Takaful tak memberikan perlindungan tertentu

Salah satu soalan yang paling banyak kami terima sejak kami mula menulis beberapa artikel berkaitan insurans ni; bagaimana kalau ada hal atau produk berkaitan perlindungan yang tak wujud dalam Takaful? Soalan ini sebenarnya kami dah tulis dalam artikel sebelum ini, kami saja bawak balik perbahasan ni supaya korang mudah untuk faham.

Penang Cm New Car 070121 2
Mufti Wilayah Persekutuan. Via AWANI

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, mereka melihat pengambilan insurans (dalam konteks jawapan ini adalah insurans kereta) terhadap menjadi kewajiban yang dah ditetapkan oleh kerajaan bagi menjaga kebajikan sekiranya berlaku apa-apa kemalangan. Bahkan, tak ambil insurans atau Takaful boleh menyebabkan didenda dan dikompaun.

Walaupun keadaan macam ni tak mengancam diri, namun ia menjadi keperluan mendesak bagi setiap pemilik kereta sehingga boleh juga diiktibar sebagai darurat. Ini dikuatkan lagi dengan kaedah Fiqh yang disebutkan Imam al-Suyuthi Rhm. dalam kitab Asybah wa al-Nazhair (hlm. 88);

Maksudnya: “Suatu hajat (keperluan) boleh jatuh dalam kategori terdesak sama ada ia berbentuk umum mahupun khusus.”

Malaysia ada banyak syarikat Takaful sebagai alternatif kepada syarikat insurans konvensional yang sedia ada. Secara asalnya, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berpandangan wajib seseorang Muslim untuk berusaha meneliti dan mencari syarikat Takaful yang boleh memberi perlindungan kereta kepadanya.

Jawapan yang masuk akal, dan patut kita dengar. Via Giphy

Cuma, sekiranya selepas segala usaha dah dibuat dan ternyata takde syarikat Takaful yang boleh ambil tanggungjawab tu, maka dalam situasi sebegini dibenarkan untuk mengambil insurans konvensional sehinggalah sampai satu tempoh wujud syarikat Takaful atau seumpamanya yang berikan tawaran sebegitu.

Kadar pemilikan insurans di Malaysia masih rendah, perlu lebih banyak kesedaran

Salah satu sebab utama kita disarankan memiliki insurans (perlindungan) adalah untuk melindungi diri pada hari-hari yang memerlukan. Pada artikel kami sebelum ini pun kami dah katakan keperluan untuk memiliki insurans atau Takaful; bukan sahaja kerana sebagai ‘payung’ pada hari yang memerlukan, tapi dalam sesetengah hal, undang-undang Malaysia turut mewajibkan ia diambil. Malangnya, kadar pemilikan insurans di Malaysia masih terlalu rendah.

Pada tahun lepas, kami pernah beritahu korang di Malaysia sebanyak 85% rakyat Malaysia masih lagi belum mempunyai apa-apa perlindungan, tak kira lah Takaful atau insurans. Sebab itulah jawapan yang diberikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan apabila berlakunya situasi tiada perlindungan Takaful, dibolehkan untuk mengambil insurans. Konsepnya sama je dengan contoh-contoh yang kami berikan kat atas – untuk memberi kemudahan kepada kita bagi – lebih-lebih lagi apabila melibatkan nyawa dan keselamatan.

Jadi macam mana pandangan korang? Apakah korang akan mengambil insurans atau Takaful selepas melihat keperluan dan kelonggaran yang diberikan?

[poll id=”13″]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *