COVID-19 di USA, ada negeri kena “lockdown”, ada yang tidak. Ini sebabnya

F1

Kalau tengok statistik seluruh dunia sekarang ni, Amerika Syarikat menduduki tangga teratas dalam jumlah kes positif wabak pembunuh COVID-19. Lonjakan mendadak tersebut lebih teruk daripada kes di Itali dan China, hingga turut buatkan Amerika Syarikat berfikir nak buat lockdown.

Tapi kes lockdown Amerika Syarikat ni pelik sikit, sebab kalau kat negara lain, kerajaan mereka sendiri yang akan pastikan takde orang ingkar sekatan keluar tu. Trump pula seolah-olah nak pulak rakyatnya langgar arahan lockdown. Apa yang jadi sebenarnya?

Amerika Stop Shutdown
Via Sctimes

Kes positif di Amerika tertinggi seluruh dunia, Trump takut jadi bahan politik parti Demokrat

Secara amnya, kita kat Malaysia pun memikul persepsi yang agak negatif terhadap Trump ni. Macam-macam dah polisi yang didengari tak masuk akal keluar dari mulutnya, belum masuk lagi skandal yang hampir melucutkan jawatannya sebagai Presiden Amerika.

Ketika wabak COVID-19 mulai menular di beberapa negeri, Trump seolah-olah hanya biarkan je benda tu berlaku hinggalah rakyatnya minta kerajaan persekutuan di Washington agar buat lockdown dan uruskan kes jangkitan tersebut. Di situlah melonjaknya jumlah kes positif termasuklah kes aktif dan kes kematian akibat pandemik tu.

Meme Murica Covid
Via Know Your Meme

Jika dulu kita tengok Itali dengan penuh rasa simpati, kali ni Amerika pula dilihat dunia sebagai negara yang masih bertungkus lumus meredakan kadar jangkitan di sana. Tak macam Itali dan Malaysia jugak, situasi pentadbiran Amerika ni berbeza sikit.

Oleh sebab Amerika amalkan prinsip federalisme, maka setiap negeri yang diketuai oleh gabenor negeri sendiri. Washington masih tak berkuasa sepenuhnya untuk ‘tutup’ keseluruhan Amerika melainkan tindakan tersebut dipersetujui oleh para gabenor negeri yang urus sesebuah negeri tu.

New York, antara negeri yang paling teruk dilanda pandemik tersebut turut sunyi sebab gabenornya, Andrew Cuomo suruh lockdown. Banyak jugak yang dengar cakap – bayangkan ye, New York ni antara kota tersibuk di dunia. Tu pun Trump tak puas hati sangat dan mengkritik Cuomo bila Cuomo mintak tolong dari Washington.

Ditambah lagi dengan pilihan raya 2020 dan reputasinya kini, dia nak jugak kekal sebagai Presiden Amerika. Saingannya kini agak sengit dengan lebih banyak sokongan tu dah lari ke beberapa calon lain dari Parti Demokrat seperti Joe Biden.

Trump suruh bebaskan 3 negeri Demokrat, cadang buka ekonomi Amerika secepat mungkin

Walaupun Washington tak berkuasa sepenuhnya, kerajaan persekutuan masih diharapkan untuk bantu negeri-negeri menghadapi pandemik ni khususnya bantuan kesihatan kepada mereka yang memerlukan kini. Berlainan dengan fokus kerajaannya, pemimpin utamanya Trump dilihat lebih menumpukan kepada pembukaan sektor ekonomi kat Amerika pulak.

Pada 17 April lalu, Donald Trump menulis ciapan yang suruh “bebaskan” beberapa negeri iaitu Minnesota, Michigan dan Virginia. Hanya dua daripadanya ditadbir oleh gabenor dari Parti Demokrat iaitu Minnesota dan Virginia manakala Michigan dianggap sebagai swing state yang dimenangi Trump dahulu.

Donald Trump Liberate
Via ResetEra

Antara alasan yang selalu digunakan oleh Trump untuk hentikan tempoh sekatan ni adalah nak buka semula ekonomi Amerika. Kalau nak diteliti, ekonomi dunia sekarang ni pun meleset jugak hingga terlalu ramai yang dibuang kerja, dipotong gaji serta sukar dapatkan bantuan hidup.

Tetapi ni tak bermakna kita kena buka secepat mungkin, sekurangnya taklah sebagaimana yang diusahakan oleh Trump sekarang ni. Negeri-negeri di Amerika khususnya ditadbir Demokrat memang dah benarkan premis perniagaan dibuka dengan syarat tertentu secara berfasa.

Via Giphy

Sehari sebelum ciapan yang bernada agresif tu, dia kata dia bagi semula kuasa nak buka semula negeri tu kepada pentadbiran negeri.

“Semua orang nak buka. Takde yang nak terus tutup, mereka nak buka (perniagaan) secara perlahan. Saya pun. Tapi kita ada sebahagian besar (sektor ekonomi) di dalam negara ni yang boleh difikirkan untuk beroperasi semula. Ni adalah pilihan gabenor, dan kami (Persekutuan) tiada masalah tentangnya”- Donald Trump, seperti yang dipetik oleh Independent.co.uk pada 17 April

Trump Buka America
Via France 24

Untuk negeri-negeri yang dipimpin oleh ahli partinya, Republican pula seperti Arkansas, Iowa, Nebraska, North Dakota, Oklahoma, South Dakota, Utah dan Wyoming takde keluarkan arahan duduk di rumah.

Sebab tu lah banyak jugak rakyat yang prihatin di kawasan Republican ni ambil inisiatif untuk duduk di rumah secara sukarela demi mengelakkan rantaian jangkitan. Kempen kesedaran banyak diusahakan oleh kumpulan bukan partisan dan sukarelawan, anak muda menerusi media sosial je.

Duduk Rumah Arkansas
Iklan kempen duduk rumah di Arkansas..- Via KLRT

Hasilnya, berlakulah protes kelompok anti-lockdown ni. Untuk pengetahuan korang, orang yang ikut protes ni pun dibayar oleh ‘sayap kanan’ yang ada kaitan dengan Trump iaitu Michigan Conservative Coalition dan disokong oleh Fox News serta guna dana dari Michigan Freedom Fund. Korang bayangkan ye, hampir setengah juta dollar tu disalurkan kepada tabung tersebut daripada pelbagai pihak yang berkepentingan.

Ramai bandingkan kejayaan kawal jangkitan antara negara Asia dan negara Barat, ternyata negara Asia lebih baik

Bila politik mendominasi segenap aspek penting dalam polisi dan dasar semasa negara, banyak benda yang secara logiknya boleh dilakukan akhirnya tak terlaksana. Apa yang berlaku di Amerika Syarikat haruslah diambil sebagai iktibar buat kita di Malaysia agar tak campur adukkan politik dan pengendalian pandemik.

Jika diperluas lagi jangkauan penilaian kita terhadap dunia kini, banyak jugak tak berhenti bandingkan kecemerlangan negara Asia kawal jangkitan berbanding negara Barat. Begitu jugak dengan Malaysia pada awalnya, dimana ramai takut tengok jumlah kes kita yang semakin tinggi pada awal fasa PKP 1 dan 2 akibat kluster tabligh dahulu.

Masa tu kami ingat lagi, ramai kesiankan Malaysia dan bandingkan kecekapan negara kita dengan Singapura yang takde lockdown. Akhirnya kini Singapura pulak berada di tangga teratas sebagai negara yang paling tinggi jumlah kes positif di Asia Tenggara.

Sebab tu lah amat penting bagi kita untuk terus belajar dari negara lain, dan mengaplikasikan pengetahuan tersebut dengan cekap. Tak guna bandingkan negara kerana nak berlaga siapa lebih hebat; setiap negara sebenarnya hebat dalam caranya tersendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *