Isu Taliban di Afghanistan, ini beberapa ulasan tentang keadaan semasa

f1

Sepanjang sejarah, Afghanistan adalah sebahagian daripada bekas tanah berdirinya tamadun-tamadun yang gemilang direkodkan. Manusia dikatakan tinggal di sana sekurangnya sejak 50,000 tahun lalu, dan berkembang semenjak 9.000 tahun lalu. Kawasan tersebut menempatkan tamadun seperti Indus, sebelum ditawan oleh empayar Parsi silam, Alexander the Great, empayar Maurya sebelum akhirnya berdirilah kerajaan-kerajaan Islam. Lokasinya yang strategik menjadikan ia sesuai jadi pendinding kuasa British dan Rusia pada lewat abad ke-19.

728 X 90

Pada 1996, Taliban menguasai Afghanistan. Pada 2001, Amerika Syarikat datang dan tolong mendirikan kerajaan baharu Afghanistan. Kini pada tahun ni, Taliban berjaya menakluk semula Afghanistan dan menjadi suatu hal semasa yang hangat dibincangkan seluruh dunia. Kali ni, kami nak cerita sikit macam mana Taliban boleh kuasai Afghanistan.

taliban
Taliban selepas menawan Kabul.. -Via Al Jazeera

Taliban ni sebahagian daripada ‘ciptaan’ kuasa-kuasa asing yang nak gunakan Afghanistan untuk kepentingan sendiri

Kenapa Taliban nak takluk semula Afghanistan? Ni persoalan lazim yang selalu bermain kat minda ramai. Untuk benar-benar faham kenapa Afghanistan jadi macam sekarang, kita kena tengok sejarahnya yang penuh berdarah. Macam kami katakan awal tadi, Afghanistan ni negara yang strategik dan tinggi nilai ekonominya. Misalnya,penanaman opium utama adalah di Helmand dan Kandahar. Taliban pun sedar perkara ni dan awal-awal dah takluk kedua-dua kawasan tersebut.

Walaupun lepas dikalahkan oleh Amerika Syarikat, kebanyakan puak Taliban ni lari ke Pakistan. Di situlah diorang terus dilindungi, sehinggalah diorang berjaya atur semula strategi diorang untuk tawan semula Afghanistan. Ramai jugak salah faham dan ingatkan Taliban ni hanyalah militan takde pelajaran. Jadi bila tularnya video sorang anggota Taliban lancar berbahasa Inggeris, terkejut beruk satu dunia.

Sebenarnya, Taliban ni sendiri awalnya diasaskan oleh sekumpulan pelajar (talib) dan di bawah pimpinan Mullah Mohammad Omar. Idea utamanya perjuangan diorang ni adalah nak bebaskan Afghanistan daripada kawalan asing, dan mendirikan kerajaan Islam di sana. Tetapi kenapa pulak nak kena guna pendekatan keras?

Menurut pendedahan Washington Post pada 2002, Taliban ni ‘dicipta’ oleh Amerika Syarikat untuk bantu diorang lawan Rusia yang cuba nak tawan Afghanistan. Diorang sengaja sediakan bahan-bahan pendidikan yang mempromosikan ajaran Islam yang radikal dan masukkan elemen militan termasuklah imej senjata api dan askar. Pakistan yang sememangnya nak kawal Afghanistan ni berpusu-pusu berikan bantuan kewangan kepada Taliban sejak 1995-1996.

taliban pakistan
Menteri Luar Pakistan Shah Mahmood Qureshi sambut wakil Taliban pada 2019.. -Via DW

Para penyokong utama dasar ni adalah Jeneral Naserrullah Babar yang nak buka jalan perdagangan ke Asia Tengah, manakala Maulana Fazl-ur-Rehman daripada Jamiat Ulema-e Islam yang mewakili ajaran Deoband untuk kekang pengaruh Jama’at e-Islami dan Wahabi di rantau tersebut. Taliban ni bukan Wahabi, dan boleh bantu diorang kawal Afghanistan dari jauh lepas terhutang budi dengan Pakistan. Tapi, Taliban pun jaga jarak diorang jugak dengan Pakistan sebab diorang pun tau jugak niat Pakistan tu.

Namun lepas Amerika Syarikat pulak yang tawan Afghanistan, lalu mematahkan usaha Rusia dulu dengan kejayaan Taliban… Amerika Syarikat kembali untuk nak kalahkan Taliban. Bila diorang dah kalah, diorang letak kerajaan Afghanistan di sana. Hal ni sedikit sebanyak berpunca dari sikap dan layanan Taliban kepada rakyat Afghanistan lepas diorang dah kuasai Afghanistan.

Banyak ajaran Islam radikal, banyak dipengaruhi oleh budaya Pashtun dan undang-undang Syariah yang ditafsir buta diimplementasikan di sana, sementara anak-anak perempuan dihalang daripada mendapat pendidikan, bekerja dan selanjutnya, hanya duduk di rumah. Keadaan ni menyebabkan sebahagian besar rakyat Afghanistan trauma dah dengan Taliban dan begitu gembira bila Amerika Syarikat datang untuk redakan tekanan penindasan Taliban ke atas diorang. Terlalu banyak kehilangan jiwa, ketidakadilan dan keruntuhan berlaku sepanjang tempoh pertama kali Taliban menguasai Afghanistan dulu.

Penarikan semula tentera Amerika Syarikat mudahkan serangan Taliban untuk berjaya, pakar analisis dah ramal kejatuhan Kabul

Tetapi bila dah berpuluh tahun kat Afghanistan, Donald Trump dulu umumkan dah buat perjanjian untuk panggil semula pasukan tentera diorang yang diletakkan di sana. Joe Biden meneruskan perjanjian tersebut, dan tindakan ni menyebabkan NATO pun tarik tentera diorang dari sana. Taliban pulak bukanlah kumpulan militan yang tak berpelajaran… diorang sekarang dah ada wakil yang jadi jurucakap dan perunding kepada kerajaan-kerajaan lain. Lebih bijak berdiplomasi lah, boleh dikatakan begitu.

Diorang tandatangan perjanjian dengan Amerika Syarikat untuk pastikan diorang betul-betul keluar dari Afghanistan, manakala kerajaan Afghanistan yang disokong Amerika Syarikat di bawah Ashraf Ghani tak berjaya rayu lanjutan tempoh penarikan tentera Amerika Syarikat. Hakikatnya, kerajaan Afghanistan sendiri dah ada pasukan tentera sendiri dan sepatutnya dah boleh mempertahankan diri daripada Taliban ataupun berunding jugak dengan Taliban.

Apa yang AS dapat daripada rundingan tersebut? Salah satu syarat pengunduran tu adalah Taliban kena elak bertapaknya pengaruh al-Qaeda atau militan lain ke dalam Afghanistan. Yang ramai tak tau adalah Taliban sebenarnya dah kuasai hampir 70% kawasan Afghanistan pada 2018 sejak AS dan UK hentikan operasi kombat di kawasan-kawasan tersebut.

Setakat 29 April 2021, sedikit je sebenarnya di bawah pimpinan Ashraf Ghani. Yang lain dahpun dikuasai oleh Taliban. Di pejabat AS sendiri, sebenarnya ramai yang menentang tindakan AS undurkan tentera diorang. Bagi diorang, pengunduran tersebut akan cipta vakum kuasa dan mudahkan Taliban kuasai lebih banyak kawasan. Kabul dijangka akan ditawan dalam masa 30-90 hari oleh Taliban.

afghanistan districts png
Via The National News.com

Nampaknya, ramalan tu jadi kenyataan. Kabul jatuh di tangan Taliban pada 15 Ogos 2021. Presiden Ashraf Ghani larikan diri pada hari tu jugak menggunakan pesawatnya sendiri. Ahli kerajaan yang tinggal terpaksalah tubuhkan majlis khas untuk mudahkan proses pertukaran kerajaan dan institusinya kepada Taliban. Amrullah Salleh, Naib Presidennya umumkan dirinya sebagai pemangku Presiden dan meneruskan usaha anti-Taliban dengan lebih 6,000 pasukan tentera Afghanistan yang masih ada di Panjshir.

Akan tetapi, kita pun kena tau jugak bahawa sebelum ni pun, kerajaan Afghanistan di bawah Ashraf Ghani turut dikritik dan terlibat dalam pelbagai korupsi. Sebab tu agak mudah bagi Taliban nak kuasai semula Kabul, dan tak semata-mata kerana AS takde ataupun Taliban ni terlalu gagah bala tenteranya.

taliban woman afghanistan
Via Daily Sabah

Kelemahan dalam Afghanistan turut jadi punca, para pemimpinnya tak berkelayakan untuk tadbir negara

Bala tentera Afghanistan pun ada isu jugak. Diorang bukan je lemah, tetapi didakwa berlakunya korupsi dalaman. Pegawai tentera Afghan yang korup dikatakan sengaja cipta ‘batalion hantu’, yang mana batalion tu tak wujud pun dan gaji ‘batalion hantu’ ni akan terus disalurkan ke poket para pegawai ni. Special Inspector General for Afghanistan Reconstruction AS melaporkan pada 2016, pihak AS dan sekutu Afghanistan pun tak tau berapa ramai sebenarnya tentera dan polis Afghan yang wujud, sedia untuk bertugas dan keupayaan operasi diorang. Sekurangnya 42,000 tentera dibuang daripada senarai gaji kerajaan pada 2019. Ni adalah isu besar dan diketahui umum.

Oleh sebab tu, para ketua puak di daerah lain lebih rela berunding dengan Taliban sebab nampak sangat diorang tak yakin dengan kekuatan bala tentera kerajaan Afghanistan khususnya di bawah Ashraf Ghani. Bekas penasihat AS, Vali Nasr kata;

“…tiada sebarang kepimpinan yang boleh memberikan sebab kepada ketua tempatan untuk menentang Taliban. Jadi semakin mereka nampak kejayaan Taliban adalah suatu perkara yang tidak boleh dielakkan, lebih banyaklah kejayaan yang dicatatkan, kerana mereka (ketua tempatan) berunding sendiri dengan mereka (Taliban).”- seperti yang dilaporkan The Guardian

Ashraf Ghani dah kecut larikan diri, manakala pihak tentera ni dipolitikkan dengan memberi jawatan utama kepada mana-mana ahli politik yang setia kepada Ashraf Ghani. Penasihat pertahanan awam Ashraf Ghani, Hamdullah Mohib diberikan kuasa untuk kawal operasi ketenteraan walaupun takde pengalaman dalam tentera. Menurut beberapa pegawai kerajaan kanan dan para diplomat sendiri, arahan Mohib selalunya diutamakan berbanding rantaian arahan biasa dalam pasukan tentera diorang.

Malah, Ashraf Ghani sendiri dikatakan kurang berkemahiran dalam politik untuk memastikan kesetiaan pelbagai kumpulan etnik lagi dengan idea penyatuan bangsa. Ramai lebih suka untuk setia kepada etnik dan puak diorang sendiri, lalu ni dijadikan strategi Taliban bagi mengawal ketua-ketua tempatan serta pasukan tentera Afghanistan sendiri. Lebih teruk, pasukan tentera diorang sendiri terkejut bila AS undurkan tenteranya, dan sangat bergantung kepada bantuan logistik dan udara yang dibekalkan oleh AS. Beberapa unit tentera Afghan sendiri menyerah diri, sehingga ramai pun rasa baik serah diri je dengan Taliban.

Ni bermaksud kerajaan Ashraf Ghani lemah serba-serbi. Insfrastruktur dah ada terbina, namun diorang sendiri kurang ‘membina’ jati diri Afghanistan dalam masyarakat berbagai kaum. Kelemahan tentera turut jadi punca kenapa Taliban boleh takluki semula Kabul, digabung dengan koordinasi dan strategi tersusun daripada pihak Taliban sendiri. Patutlah AS pun rela hati jugak nak berunding dengan Taliban… mungkin diorang rasa mengekalkan kerajaan Ashraf Ghani ni hanya akan menelan kos yang lebih banyak, dan lebih mudah diorang berunding dengan Taliban yang dilihat lebih ‘bersungguh’ nak bina negara.

Akibat kelemahan dalaman ni, rakyat Afghanistan berbondong-bondong lari ke negara lain untuk mencari suaka. Diorang dah takut, trauma dengan Taliban walaupun Taliban janji diorang dah tak macam dulu. Ye lah, dulu Taliban ganas dan kasar. Ramai dibunuh, tak kurang jugak diseksa dan ditindas atas nama agama. Ada jugak sebilangan rakyatnya terbuka dengan kedatangan Taliban, sama ada atas harapan baharu bahawa Taliban ni dah lain dari dulu, ataupun yakin dengan ideologi Islam radikal yang diorang bawa. Mungkin jugak atas rundingan-rundingan peribadi antara para ketua tempatan, ramai masih setia dan percaya kepada rundingan ketua-ketua diorang dengan Taliban.

Yang pasti, isu Afghanistan akan terus hangat dibicarakan kerana komuniti dunia jugak khuatir kalau Taliban mungkir janji. Beberapa negara adikuasa pun masih memikirkan nak buat apa dengan perkembangan terbaharu di Afghanistan, manakala negara-negara serantau pulak sibuk nak jalinkan kerjasama dengan Taliban susulan kejayaan diorang. China, Qatar, Pakistan, Iran, Turki antara negara yang dilihat bersedia nak jalinkan hubungan diplomatik bersama Afghanistan di bawah Taliban.

Buat masa ni, kita tak buat apa-apa pengumuman secara terbuka kecuali Zuraida Kamaruddin, ahli Parlimen Ampang kata dia berminat nak tolong bimbing Afghanistan yang kini di bawah Taliban sekali lagi, dalam hal pembangunan dan pemberdayaan wanita. Ramai kritik kenyataan ni, terutamanya apabila isu wanita kat Malaysia sendiri pun belum selesai langsai sepenuhnya pun. Masih ada banyak isu berkaitan wanita yang perlu diperbetulkan di Malaysia.

pas tahniah taliban afghanistan
Via Malaysiakini

PAS pulak sibuk jugak nak ucap tahniah kepada Taliban, sedangkan diorang pun tak tau sama ada Taliban ‘baharu’ ni tak ulangi lagi sikap ekstremisme ke atas rakyat yang masih tinggal di Afghanistan. Hantaran ciapan tu dipadam oleh Twitter tak lama lepas tu. Sekali ni, kenyataan ni jugak mengundang kritikan hebat. Kami harap Taliban ‘baharu’ ni mengotakan janji diorang untuk tak tindas rakyat Afghanistan termasuklah hak-hak wanita. Setakat ni, kita masih lagi mendengar banyak khabar bahawa Taliban dah mulai halang wanita untuk keluar rumah dan turun bekerja, malah ada juga yang dibunuh oleh Taliban atas sebab yang tak pasti. Kita jugak perlu belajar dari kesilapan Afghanistan; meskipun ia dah ‘sedia’ bergolak, kelemahan dalaman negara tersebut sentiasa jadi ‘resepi’ utama menuju kemunduran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *