LIMA cara unik negara lain halang rakyat keluar, ada yang gunakan MAFIA

F1
LIMA cara unik negara lain halang rakyat keluar, ada yang gunakan MAFIA

Seperti yang kita ketahui kini, duduk rumah merupakan inisiatif paling popular yang digunakan untuk kawal pergerakan dan berupaya memutuskan rantaian jangkitan sesama manusia. Dalam fasa-fasa sebelum ni, kita sendiri pun boleh tengok catatan penurunan kes lepas perlaksanaan PKP.

Tapi situasi dan cabaran nak suruh rakyat duduk rumah tu berbeza pulak untuk setiap negara. Kami senaraikan lima cara unik bagaimana negara lain kawal pergerakan keluar rakyat mereka…

Pocong Indonesia
Ada yang ‘seru’ pocong mintak tolong kawal rakyat… Via Mustsharenews

1. Polis di India paksa sesiapa yang ingkar arahan duduk rumah tu duduk dengan pesakit COVID-19

Kena bagi warning dulu: bukan pesakit betul ye. Mungkin korang pernah ternampak klip video tular yang tunjuk bagaimana sesetengah polis cuba kawal pergerakan rakyat di sana. Ada yang main sebat je, sampaikan ada pulak yang dok bandingkan kes polis yang rotan remaja ingkar PKP dengan cara agresif polis dekat sana.

Kali ni, polis di India iaitu dekat kawasan selatan Tamil Nadu ni ambil tindakan yang lebih unik. Sesiapa yang ditahan dan didapati langgar perintah duduk rumah tu akan diheret masuk ke dalam sebuah ambulan yang tersedia kat tepi, lepas tu suruh duduk dengan ‘pesakit COVID-19’ dalam ambulan tu.

India Ambulans
Via Today Online.com

Cara ni lebih kurang je dengan sesetengah orang yang dihukum duduk dalam van jenazah bila ditahan curi-curi beli makanan di waktu bulan puasa. Menurut kenyataan rasmi pihak polis Tamil Nadu; tindakan nak takutkan rakyat tu sebenarnya adalah untuk sebarkan kesedaran terhadap bahaya pandemik tersebut.

“Budak-budak lelaki (yang ditahan ketika tu) didapati melepak dan kata mereka tiada topeng muka. Jadi kami (pihak polis) putuskan untuk tunjuk kesan tak pakai topeng muka dan letak mereka dalam ambulans. Bila mereka perasan ada pesakit COVID-19 di dalam ambulan, barulah mereka takut.

Ramai masih tak sedar betapa menakutkan virus ni sebab mereka tak dapat ‘lihat’ virus tu. Tapi ia boleh ada di mana-mana. Sebab tu kerajaan buat sekatan pergerakan.”- Cik Palaniyamal, pegawai polis Tirupur, seperti yang dilaporkan oleh Today Online.com

Sekatan pergerakan kini dipanjangkan lagi tempohnya ke 3 Mei, dengan beberapa bandar seperti Chennai, Coimbatore, Madurai, Salem dan Tirupur diperketatkan kawalan untuk penduduk keluar rumah. Walaupun dengan prinsip penjarakkan sosial dan langkah wajibkan penggunaan topeng muka, masih ada lagi penduduk yang berkongsi motor sampai 3 orang dan tak pakai topeng muka ketika keluar.

2. Geng dadah di Brazil ‘ambil alih’ tugas kerajaan jaga rakyat, anggap diri mereka adalah penyelamat masyarakat

Agak pelik jugak bila dalam keadaan normal, geng dadah ni anggap diri mereka sebagai penyelamat masyarakat. Namun tu lah kisah sebenar kat Brazil.

Rio Favelas Drug 1
Via Reuters

Kita kat Malaysia ni hari-hari dapat SMS, dapat info dari pelbagai saluran mengenai perkembangan kes COVID-19. Lain pulak di Brazil, sebab kerajaan mereka seolah tak peduli pun nak buat laporan atau kesedaran mengenai bahaya wabak tersebut. Akhirnya geng ni tak tahan, mereka sebarkan mesej tu melalui WhatsApp je: “duduk rumah atau nahas.”

Rio de Janeiro mungkin sebuah syurga untuk para pelancong yang suka tengok budaya tempatan, ditambah lagi dengan populasi penduduknya yang padat serta bangunan penempatannya yang dibina rapat antara satu sama lain. Untuk situasi pandemik ni pulak, lanskap macam ni yang bahaya dan berisiko tinggi.

Favelas Brazil
Via Financial Times

Mesej ancaman tu disebarkan dari satu kawasan penempatan ke penempatan yang lain, menampakkan organisasi mafia dadah sana lebih bertanggungjawab dari kerajaan. Salah satu ancaman yang ditularkan menerusi WhatsApp;

“Kami di luar ambil risiko (jangkitan) supaya kamu boleh tidur dengan aman, kami tinggalkan keluarga kami untuk lindungi keluarga kamu, jadi tolong hormat arahan yang telah kami beri. Sesiapa yang keluar lepas jam 10 malam, nahas!”- Seperti yang dipetik dari Financial Times pada 27 Mac

Walaupun dengan usaha geng mafia dan paramilitan yang bekerjasama kawal pergerakan rakyat, usaha kerajaan sediakan mekanisme ekonomi yang sesuai tu masih lagi diperlukan. Ye lah, buat apa bayar cukai tapi tak dapat bantuan di kala susah macam ni?

3. Pocong diseru kat Indonesia untuk elak orang curi-curi keluar waktu malam

Berlainan pulak dengan apa yang berlaku di negara jiran kita. Sebuah kampung di pulau Jawa terpaksa ‘seru’ pocong untuk takutkan penduduk, dengan harapan boleh elakkan orang ramai daripada terus keluar rumah.

Namun pada awalnya, penduduk kampung tak takut sangat dengan kehadiran ‘pocong-pocong’ ni sebab sukarelawan yang diambil untuk mainkan watak ‘pocong’ tu duduk di sesebuah tempat terlalu lama sampaikan penduduk kampung jadi lebih tertarik nak tengok.

Pihak penguatkuasa akhirnya terpaksa ubah taktik, arahkan sukarelawan pocong ni untuk muncul pada waktu-waktu tertentu di kawasan-kawasan tertentu. Penukaran taktik ni terbukti sedikit berkesan apabila ada jugak penduduk yang mulai takut nak keluar rumah sebab taknak terserempak dengan pocong ni.

Selain tu, kehadiran pocong ni secara tak langsung sedarkan jugak para penduduk bahawa pandemik ni berbahaya dan boleh membawa kematian.

4. Korea Selatan tak main-main, lokasi peribadi pesakit bebas diakses oleh sesiapa saja

Dulu Korea Selatan pernah mencatatkan jumlah kes yang agak teruk, hinggakan menjadi antara negara terawal yang telah kita sekat masuk pada tempoh awal penularan kluster pesakit COVID-19 di Malaysia. Kita sendiri ada hubungan ‘rapat’ dengan teknologi perubatan mereka kerana mereka ada banyak syarikat pembuat kit ujian di sana.

Covid Test Kit
Via The Star

Akan tetapi cara mereka kawal penyakit tu tak sama macam kita, sebab kita tak pernah ada polisi nak sebarkan data peribadi para pesakit COVID-19. Malah KKM dan Malaysiakini yang bina laman penjejak tu pun tak bagitau sangat pergerakan mangsa jangkitan tu hingga lokasi keberadaan mereka kurang dari 24 jam lalu.

Berbeza dengan Korea Selatan pulak, hampir setiap hari mereka akan semak laman web ni untuk tengok kawasan mana yang pernah dilawati oleh mereka yang dijangkiti wabak tersebut. Orang takkan datang ke kawasan yang pernah didatangi mangsa tu, sekaligus menyekat pergerakan rakyatnya.

Corona Map Korea
Tangkap layar pada 28 April dari Corona Map

Oleh sebab informasi penjejak macam ni lah, data privasi seseorang pesakit tu boleh dibocorkan dan diketahui umum. Perkara ni jugak boleh buatkan orang taknak datang ke hospital sebab takut stigma sosial, di samping kesan ekonomi yang wujud bila orang mula elak datang ke kawasan perniagaan lagi-lagi apabila kerajaan Korea Selatan tak buat lockdown. Ertinya bisnes tu macam biasa lah.

5. Iklan menakutkan “Jangan Bunuh Orang tanpa Sengaja” berkesan sebarkan kesedaran kepentingan duduk rumah

Setakat ni, iklan-iklan informasi mengenai COVID-19 sentiasa bernada neutral dan seringkali memaparkan keperitan barisan hadapan yang terpaksa harungi kepenatan dan risiko ketika mengubati para pesakit COVID-19. Tu di Malaysia. Lain pulak dengan apa yang berlaku kat Oregon, Amerika Syarikat.

Sebuah iklan berdurasi 60 saat tu memaparkan ayat pertama yang mengejutkan ramai:

Bunuh Orang Amerika Covid
Via Youtube

Iklan bertajuk “Accidental” tu dapat jumlah tontonan melebihi 2 juta di Youtube, di mana rata-rata memuji keberkesanan iklan tersebut hingga rasa taknak keluar dari rumah lepas layan iklan tu. Kami tengok iklan ni memang bagus dan berniat baik, tapi Georgi Boorman, penulis untuk laman The Federalist kata iklan ni tak pakai data sebenar pun.

Apa yang pasti, iklan tu dilihat memberi pengaruh yang besar jugak dalam kalangan rakyat Amerika terutamanya yang sokong jika gabenor negeri mereka tu masih teruskan kempen sekatan pergerakan. Cuma dari segi etika media, ia merupakan suatu yang tak bertanggungjawab kerana tak guna maklumat yang tepat dan benar.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top