Hilang kerja kerana PKP, wanita ini mulakan perniagaan sendiri dengan modal RM1,000

F1
Hilang kerja kerana PKP, wanita ini mulakan perniagaan sendiri dengan modal RM1,000

Krisis dan kesukaran hidup akan membawa seseorang ke lembah kesengsaraan atau “kebahagiaan” jika seseorang ambik kesukaran tu sebagai motivasi untuk dia jadi lebih kreatif. Ketika pandemik Covid-19 melanda dunia, ramai rakyat yang terputus pendapatan. Oleh kerana Malaysia terkenal dengan masalah kadar gaji yang rendah, kebanyakan rakyat tak mempunyai simpanan yang cukup untuk meneruskan kehidupan.

Cuma, ada seorang wanita ni datang dengan idea yang kreatif, dan mendapat keuntungan yang lebih banyak semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Anak pernah makan bubur nasi tak berlauk, wanita ni mulakan perniagaan dengan modal RM1,000

Siti Hartika Shaari, 32 tahun tekad usahakan perniagaan barangan basah dalam talian setelah terputus sumber pendapatan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menggunakan wang RM1,000 hasil Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang diterimanya sebagai modal, kini dia mampu raih pendapatan sekitar RM2,000 dalam sehari, sampai level tak menang tangan untuk siapkan tempahan.

https://www.youtube.com/watch?v=51HlkMhwrGI

Menceritakan kisahnya kepada Astro Awani, sebelum ni dia bekerja sebagai tukang masak kat sebuah kedai makan di Cheng, Melaka sebelum majikannya buat keputusan berhentikan pekerja sebab tak mampu tanggung kos gaji. Kami selalu kata pasal benda ni; banyak majikan terpaksa berhentikan pekerja diorang disebabkan tak mampu nak tanggung gaji. Tak semua orang mampu mulakan perniagaan, dan akan kehilangan sumber pendapatan.

Via Giphy

Dia yang tinggal bersama adik saudaranya yang turut hilang punca pendapatan, benda ni menyebabkan diorang terpaksa gunakan wang simpanan untuk meneruskan hidup. Oleh kerana keadaan yang semakin teruk, anak lelakinya berusia 11 tahun pernah menjamah bubur kosong tak berlauk kerana terputus bekalan kewangan.

“Sebelum PKP ini Akak bekerja sebagai tukang masak makanan barat tetapi kerana PKP, kedai pun terjejas dan majikan buat keputusan untuk berhentikan pekerja. Jadi macam menganggurlah, dengan adik pun sama. Masa PKP fasa pertama, fasa kedua kami duduk di rumah. Dari segi pendapatan memang terjejas. Pernah sampai satu tahap itu makan bubur kosong sahaja. Dua hari berturut-turut tanpa apa-apa lauk,” – Siti Hartika Shaari, seperti yang dilaporkan AWANI

Brazil Drugs Raids Police Surge Into North Rio Slums
Via Smasa News

Dengan idea ‘barang basah siap siang’ yang pertama di Melaka dengan menyasarkan golongan wanita bekerja sebagai pelanggan, ibu tunggal tu tak sangka usahanya membuahkan hasil dengan tempahan yang power setiap hari.

Diorang tawarkan barang basah yang siap dibersihkan, serendah RM30

Pada peringkat permulaan dia hanya jalankan perusahaan tu bersama adik saudaranya, tapi dalam tempoh dua minggu ni dia dah ada tiga lagi pekerja dan empat orang penghantar pesanan atau ‘runner’ yang buat penghantaran seluruh Melaka.

43
Via Asian Parent

Diorang mulakan rutin seawal jam 5 pagi dengan ambil bekalan barangan basah dari pengedar di Pasar Borong, Batu Berendam, kemudian diorang akan terus bersihkan barangan basah yang ditempah pelanggan sebelum penghantaran dibuat bermula jam 10 pagi.

Dengan upah ‘siang’( membersih) yang berpatutan, pelanggan boleh pilih pakej yang disediakan serendah RM30.

 Antara barangan yang ditawarkan seperti ikan siakap, ikan merah, ikan kembung, ayam, udang, sotong dan ketam yang telah siap dicuci bersih.

“Masa itu tercetusnya idea, cuma masa tu kekurangan modal, masa tu tidak ada modal sebab ini pun hendak perlukan modal. Kemudian dapat BPN ambil keputusan untuk terus buat, mula-mula kongsi dengan kawan-kawan sahaja. Tempahan pertama cuma lapan set, hari ke hari dia meningkat, semakin meningkat,” – Siti Hartika Shaari, seperti yang dilaporkan AWANI

Power betul akak ni. Via Giphy

Adik saudaranya tak menyangka ‘angan-angan’nya bersama kakak sepupunya untuk mulakan perniagaan sendiri jadi kenyataan pada musim PKP ini. Selepas melalui detik sukar hilang punca pendapatan susulan PKP, dia bersyukur apabila tekad diorang mulakan perniagaan ni walaupun dalam keadaan kekangan modal, akhirnya membuahkan hasil.

Diorang hanya ambil tempahan melalui kumpulan WhatsApp dan penghantaran dibuat kepada kira-kira 40 rumah dalam sehari, bergantung kepada tempahan pelanggan.

Ada cadangan untuk buka semula sektor ekonomi, memandangkan zon hijau dah makin banyak

Penularan Covid-19 yang semakin terkawal dengan pertambahan kawasan zon hijau di Malaysia mungkin boleh jadi yang sesuai untuk kerajaan buka semula ekonomi. Penganalisis ekonomi, Profesor Dr Barjoyai Bardai kata, pembukaan itu perlu dihadkan kepada sektor tertentu dan bukan kepada sektor yang gunakan tenaga kerja ramai.

43
Dr Barjoyai. Via UKM

“Memang saya berpendapat kerajaan patut mula buka ekonomi semula sekarang tetapi perlu pastikan kawasan yang dibenarkan benar-benar bersih daripada jangkitan Covid-19 dan pekerja juga datang dari zon hijau juga. Tapi untuk kedai, mungkin langkah pencegahan perlu dipertingkatkan dan mereka perlu lebih berjaga-jaga sebab pelanggan boleh datang dari mana-mana zon termasuk zon merah,” – Dr Barjoyai, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Sebelum pembukaan ekonomi secara menyeluruh, orang ramai perlu biasakan diri dengan normal baru bagi memastikan ekonomi dapat dikembangkan. Benda ni termasuk dalam aktiviti ekonomi kerana ia akan berbeza daripada kelaziman kita termasuk jaga jarak sosial. Selain tu, untuk mereka yang dibuang kerja akibat Covid-19 ni, diorang patut dibantu untuk meneruskan kehidupan.

 

Bahagian perniagaan bahan basah diambil dan disunting daripada artikel Rezeki PKP: Khidmat ‘barang basah siap siang’ jadi lubuk rezeki ibu tunggal, terbitan Astro Awani.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top