Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
Global

Maharaja Jepun turun takhta, apasal dia buat macam tu?

By Editor
May 1, 2019 3 Min Read
Comments Off on Maharaja Jepun turun takhta, apasal dia buat macam tu?

Ramai yang terkejut apabila Maharaja Akihito akan jadi maharaja Jepun yang pertama turun takhta dalam 200 tahun hari ini. Rasanya ramai yang dah tahu tentang benda ni, ia pastinya bukan sesuatu yang mudah untuk ambik keputusan turun takhta. Tak seperti maharaja-maharaja sebelum baginda, mereka kekal di kedudukan tertinggi dalam hierarki pemerintahan Negara Matahari Terbit itu hingga ke akhir hayat, lapor Astro Awani.

Via Awani

Tapi Akihito akan lepaskan gelaran maharaja kepada anaknya, Putera Mahkota Naruhito.

Tapi ramai tak tahu sebenarnya sebab dia nak turun takhta

Pada Ogos 2016, Akihito kata umurnya meningkat dan kesihatannya yang semakin merosot, menyatakan keinginan untuk turun takhta sementara dia masih sihat.  Sebagai simbol perlembagaan tanpa sebarang kuasa politik, beliau menyampaikan mesej itu kepada umum yang diterima orang ramai dengan segera dan kemudiannya diterima oleh kerajaan.

Namun, undang-undang imperial di Jepun tiada peruntukan bagi penurunan takhta bagi maharaja yang masih memerintah dan selalunya hanya membenarkan pewarisan selepas kematian. Oleh sebab tu, kerajaan Jepun telah luluskan satu undang-undang buat satu kali bagi membenarkan penurunan takhta Akihito.

Siapa pulak yang bakal ambil alih tempatnya?

Naruhito. Via BBC

Naruhito, yang bakal naik takhta, merupakan anak lelaki tertua Akihito daripada dua beradik. Seorang pemuzik yang gemar aktiviti mendaki, Naruhito, 59 tahun, pernah meluangkan masa 2 tahun untuk pengajian tinggi di Oxford.

Dia siap pernah tulis tentang sistem pengangkutan di Sungai Thames pada abad ke-18 selepas melengkapkan pengajian sejarah di Universiti Gakushuin, sekolah bagi golongan bangsawan. Isterinya, Masako, pula merupakan seorang bekas diplomat yang dapat pendidikan di Harvard – kini sedang pulih daripada melahirkan anak perempuan, Aiko.

Boleh tahan. Via Giphy

Aiko, 17 tahun, dilarang daripada mewarisi takhta di bawah undang-undang Jepun sebab diorang  hanya benarkan lelaki untuk mengangkat gelaran maharaja lalu memberi laluan kepada adik lelaki Naruhito, Fumihito.

Seterusnya dalam barisan takhta adalah anak lelaki Fumihito, Hisahito, 12 tahun

Di sebalik perdebatan mengenai kesaksamaan hak wanita dan lelaki dalam kemaharajaan Jepun, rata-rata rakyatnya bersedia untuk menerima wanita sebagai maharaja Negara Matahari Terbit itu.Berdasarkan satu kaji selidik oleh Yomiuri Shimbun antara bulan Oktober dan November 2018, hampir dua pertiga responden ingin undang-undang membenarkan wanita sebagai pewaris takhta.

Via TJT

Prosedur untuk menurun takhta bermula dengan Akihito akan mengumumkan penurunan takhta dalam upacara istana, namun akan kekal sebagai maharaja sehingga tengah malam apabila era Heisei berakhir dan Naruhito akan mengambil alih tempatnya dengan era baharu – era Reiwa.

Naruhito dalam upacara pertamanya sebagai maharaja akan menerima alat kebesaran diraja. Selain pegawai kerajaan, hanya kerabat lelaki dewasa yang dibenarkan hadir ke upacara tersebut, suatu perkara yang dikritik orang ramai.

Apa akan jadi kepada Akihito selepas turun takhta?

Akihito akan merangkul gelaran baharu, Emperor Emeritus atau Maharaja Emeritus, namun akan dilepaskan daripada tugas-tugas rasmi. Antaranya termasuk menandatangani dokumen, menerima pembesar asing, menghadiri acara kerajaan dan menjalankan upacara istana.

Malah, beliau tidak akan menghadiri upacara naik takhta anaknya sendiri. Selepas turun takhta, Akihito dan isteri Michiko akan berpindah ke kediaman diraja buat sementara sebelum bertukar dengan kediaman Naruhito setelah beberapa pengubahsuaian dilengkapkan.

Author

Editor

Follow Me
Other Articles
Previous

Islam terancam di bawah PH? Ini mungkin sebab Dr Maza…

Next

Kerana tampar isteri, suami akan menyambut Ramadan di penjara

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme