Mark Zuckerberg hilang lebih RM30 bilion, anda mungkin salah satu puncanya

F1

Beberapa perniagaan besar kat Amerika Syarikat (AS) ambik langkah untuk tak lagi gunakan perkhidmatan iklan di Facebook, sebab dikatakan paltform tu tak bertanggungjawab dalam mengatasi masalah “hate speech” yang berlaku di sana. Akibatnya harta kekayaan bos Facebook, Mark Zuckerberg, menurun sebanyak 7 bilion dolar AS atau lebih 30 bilion Ringgit Malaysia, bilion eh, bukan juta.

Bagi mereka yang mungkin tak biasa dengan cara Facebook dapatkan duit, pendapatan utama diorang datang dari syarikat-syarikat atau individu yang iklankan produk/servis diorang kat Facebook. Memanglah guna Facebook tu percuma, tapi, untuk pengiklanan kena bayar. Dalam kes ni, korang yang gunakan Facebook memang akan guna Facebook secara percuma, tapi secara tak langsung koranglah “produk” Facebook. Oleh sebab ramai yang lepak kat Facebook, maka syarikat berminatlah nak letak iklan kat sana.

Gagal kawal kandungan yang mengandungi unsur kebencian, beberapa syarikat besar boikot Facebook

Bloomberg catatkan saham Facebook menurun sebanyak 8.3 peratus pada Jumat lepas (26/6/2020), sehingga nilai Facebook berkurang sebanyak 56 bilion USD. Benda ni sebabkan kekayaan Mark turun menjadi 82.3 bilion dolar. Menurut Bloomberg Billionaires Index, kekayaan Zuckerberg sebelumnya cecah 89.5 bilion dolar. Bukan setakat jumlah asetnya yang menurun, posisi Mark Zuckerberg sebagai orang ketiga terkaya di dunia dah turun jadi orang keempat. Kini posisi tiga orang terkaya kat dunia, menurut laporan Bloomberg menjadi milik Jeff Bezos, Bill Gates, dan Bernard Arnault.

C1
Sebelum Facebook pernah terkait dengan kontroversi data dari diorang dicuri untuk kegunaan pilihan raya. Via SearchEngineLand

Aksi memboikot Facebook ni terjadi kerana diorang dianggap tak bertindak cukup tegas dalam mengatasi ucapan kebencian dan hasutan ke arah rasisme yang berlaku di platform itu. Peningkatan fenomena rasisme ini semakin meningkat setelah isu anti-rasisme melonjak di Amerika Syarikat, gerakan yang tercetus untuk memprotes kematian George Floyd, seorang lelaki kulit hitam yang dibunuh pegawai polis.

Perniagaan besar ini termasuklah Unilever dan Verizon, menghentikan iklan mereka di Facebook, sehinggalah Facebook berikan solusi yang dianggap layak untuk mengatasi ucapan kebencian ini. Verizon Communications Inc pulak boikot Facebook bermula bulan ni. Kalau syarikat-syarikat gergasi ni tak beriklan dekat Facebook – ia akan menyebabkan Facebook kehilangan jumlah keuntungan yang besar.

Ada gerakan yang mendesak supaya “kebencian” tidak diniagakan di Facebook, dan mula mendapat sambutan

Kelompok pembela hak asasi manusia di Amerika Syarikat mengadakan kempen “Stop Hate for Profit”. Diorang mengajak syarikat-syarikat yang ada untuk memprotes Facebook, sebagai platform media sosial terbesar di dunia, kerana kelihatan enggan mengatasi masalah berkaitan ucapan kebencian, berita palsu dan ekstremisme di platform mereka. Macam yang kami kata tadi, dah banyak syarikat yang memboikot Facebook.

Re1
Kempen yang tengah berlangsung. Via AdaFruit Blog

Syarikat kelengkapan mendaki gunung terkenal, The North Face dan Patagonia dah menarik iklan mereka di Facebook. Syarikat Patagonia pulak menyatakan mereka menarik iklan di Facebook dan Instagram paling lambat pada akhir Julai. Ais krim Ben & Jerry’s pulak menghentikan seluruh iklan berbayar di Facebook dan Instagram bermula Julai. Facebook kata diorang sedia untuk berbincang berkenaan perkara ni.

“Kami menghormati keputusan mereka dan tetap fokus pada pekerjaan penting menghapus ujaran kebencian dan memberikan informasi penting tentang pemungutan suara,” – Carolym Everson, Direktor Perniagaan Global Facebook, seperti yang dilaporkan TribunNews

Perniagaan Procter & Gamble Co, salah satu dari syarikat pengiklan terbesar di Facebook, menyatakan mereka sedang mengkaji platform iklan dan akan menghentikan pengiklanan di sana, kalau ada kandungan yang berisi kebencian. Untuk cuba mengatasi masalah ini, Facebook menetapkan peraturan baru pada kandungan iklan yang mengandungi kebencian, dan melarang iklan yang dorong kepada perpecahan rasial. Secara khusus, peraturan baru ni akan melarang tuduhan terhadap isu-isu yang menyentuh ras, etnik, kebangsaan, agama, kasta, jantina, atau imigran.

Via Giphy

Peraturan ini akan membataskan iklan yang menyatakan penghinaan bagi imigran. Cuma, korang kena ingat, peraturan baru ni cuma untuk iklan, dan bukan hantaran yang tak berbayar. Peraturan ini merupakan sebahagian dari perubahan yang cuba dilakukan Facebook sebelum Pemilihan Presiden Amerika Syarikat 2020. Facebook katanya bercadang nak pantau informasi tentang keadaan dalam 72 jam sebelum pemilihan, dan akan gunakan standard lebih ketat untuk hantaran yang mengintimidasi atau palsu.

Sentimen dan kebencian adalah perniagaan yang sentiasa memberi untung, tapi mampu membawa bencana

Kalau ikut pengalaman kami, selalunya orang dekat media sosial akan berbeza dengan orang yang kalau korang jumpa depan-depan. Dekat media sosial, ramai je yang macam harimau, tapi kalau jumpa secara berhadapan, mereka akan tersimpul malu. Sebab itulah kita nampak ramai orang yang rasis dekat media sosial menonjol, sebab keberanian diorang dalam sembang tu, gajah pun boleh terbang weh.

Oleh sebab mangkuk-mangkuk yang rasis macam ni wujud, pergaduhan kerap kali berlaku di Facebook. Sebabnya orang yang tak suka sikap rasis, keberangkalian besar akan berikan respons. Kemudian diorang gaduhlah. Benda ni sebenarnya bawak untung kepada platform macam Facebook, sebab bila orang bergaduh, kadar engagement platform diorang akan meningkat.

Inilah yang dimaksudkan dengan menjual kebencian. Sebab itu ada desakan supaya diorang pastikan kandungan yang rasis atau palsu, perlu segera diturunkan dari Facebook. Benda ni kalau dibiarkan terus berlaku, lama-lama ia boleh menjadi bencana, sebab ketegangan di antara kumpulan-kumpulan yang “berbeza” akan memuncak. Samalah macam yang berlaku kat Malaysia – kebencian terhadap Rohingya berlaku sebab penularan berita-berita yang sesetengah palsu pasal diorang berlaku dengan begitu hebat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *