Rupa-rupanya ada lebih 200 kebakaran di Turki, ini cerita yang korang perlu tahu

gur

Di kala kita sedang menghadapi dugaan pandemik dan kini, krisis politik sekali lagi… kita kembali diingatkan semula dengan bahaya perubahan iklim yang semakin menggusarkan. Hal ni dah lama dibincangkan pada tahun-tahun lalu, tetapi dengan terjadinya pandemik, seolah-olah perubahan iklim tu tiba-tiba lesap je dari muka bumi dan tak lagi jadi masalah kepada umat manusia.

728 X 90

Baru-baru ni, kejadian kebakaran hutan yang berlaku di Turki membuatkan kita tersedar semula bahawa perubahan iklim tak berhenti pun bila kita berhenti bercakap tentangnya. Di Turki, ia bermula serentak di beberapa tempat. Ratusan mangsa terpaksa lari selamatkan diri, dan ada jugak yang dilaporkan maut akibat kebakaran tersebut.

turki bakar hutan
Via Al-Jazeera

Lebih 200 kebakaran hutan dilaporkan di Turki, tahun ni lebih panas dari tahun-tahun lalu

Media melaporkan lebih 200 kebakaran hutan dah menelan hangus 1,600 km persegi hutan kat Turki dalam kawasan Mediterranean sejak Julai dan Ogos tahun ni. Sebenarnya, kebakaran hutan kat Turki ni dah biasa berlaku khususnya bila dah masuk musim panas. Tetapi pada Mei 2021 ni, suhu kat sana jauh lebih tinggi sejak lebih 50 tahun lalu dan diikuti pula dengan kemarau. Walaupun dengan turunnya hujan pada Jun 2021, kebakaran tetap berlaku di beberapa tempat seperti Kas, Tarsus dan Marmaris.

Gelombang haba yang lebih kuat dikenalpasti pada pertengahan Julai, dimana sesetengah tempat mencatatkan suhu 30 celcius. Di Istanbul misalnya, purata suhunya selalunya hanya catatkan sekitar 27 celcius je. Manakala di daerah lain pulak seperti di Cizre yang terletak di selatan Turki mencatatkan suhu setinggi 49 celcius. Lebih merisaukan, perkara ni dahpun diramalkan dalam Laporan Penilaian Keempat IPCC.

turkey forest fires and ucpm activation (cropped)
Peta kebakaran Turki 2021.. -Via European Commission

Dalam laporan tu, diorang kata dunia akan jadi lebih panas, kering lalu membawa kepada keadaan kemarau yang berpanjangan dan kerap, begitu juga dengan musim kebakaran serta meningkatnya risiko berlakunya kebakaran khususnya di kawasan Mediterranean. Pada 2021, ramalan tu berlaku termasuklah apa yang berlaku di Turki ni.

Salah satu kawasan pertama yang ditelan hangus oleh kebakaran hutan ni adalah di bandar Manavgat, Antalya. Salah sorang penduduk di sebuah kampung di Kalemler, Muhtar Cansiz kata kebakaran tersebut berlaku dengan sekelip mata je. Muhtar Cansiz, yang jugak merupakan ketua kampung meneruskan ceritanya;

“… 150 rumah pernah berdiri di sini. Apabila api datang ke kampung kami, 67 daripadanya sudah hangus dijilat api. Ia hanya berlaku dalam masa beberapa minit untuk beberapa rumah terbakar. Ia sudah jadi suatu perkara yang tidak terdaya untuk dihentikan. Rumah, ladang zaitun, haiwan dan traktor bertukar menjadi debu sekelip mata.”- seperti yang dipetik oleh Deutsche Welle.com

kalemler turki bakar hutan
Sebuah kampung di Kalemler, Antalya teruk terjejas akibat kebakaran.. -Via Dw.com

Sementara tu, Menteri Kesihatannya Fahrettin Koca kata lebih 400 penduduk terkesan dengan kebakaran di Manavgat dah dirawat kat hospital dan dilepaskan, manakala 10 orang lagi dimasukkan ke dalam hospital. Di Marmaris, 159 orang dirawat di hospital dan sorang dilaporkan menerima rawatan akibat kecederaan kebakaran.

Erdogan isytihar darurat di selatan Turki, masih yakin ada orang cuma sabotaj mulakan kebakaran macam di Greece

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan pada 1 Ogos lalu isytiharkan darurat dalam beberapa bahagian di selatan Turki yang dilanda kebakaran hutan. Semasa dia lawat Manavgat, antara kawasan yang teruk terjejas, dia kata semua rumah yang terbabit dengan kerosakan api akan dibina semula serta akan diberi pampasan. Tambah lagi, dia kata;

“Kita akan lakukan apa sahaja untuk pastikan keadaan kembali terkawal, termasuk memberi pampasan kepada mereka yang kehilangan keluarga dalam bencana ini.

Ankara tidak mahu mempolitikkan bencana ini, dan kami akan cari punca dan sebarang perbuatan khianat sehingga menyebabkan kebakaran hutan,”- seperti yang dipetik oleh Utusan

kebakaran hutan kampung turki
Sorang wanita cuba padamkan kebakaran agar tak kena rumahnya di kampung Kacarlar, dekat Manavgat.. -Via Al-Jazeera

Bayangkan, 20 titik api kebakaran serentak berlaku di 7 wilayah kat Turki… macam mana diorang nak padamkan agar tak tersebar lebih jauh ke kawasan lain? Setakat 27-28 Julai, 53 insiden kebakaran hutan berlaku di 17 wilayah di seluruh Turki. Hanya 38 daripada berjaya dikawal. Ni menampakkan betapa bahayanya ancaman kebakaran hutan, tak mengira apa punca sebenarnya. Kalau satu je, kita boleh tumpukan perhatian nak kawal. Kalau berlaku di berlainan tempat dalam masa yang sama, tentulah ia memerlukan bantuan tambahan.

Setakat ni, beberapa negara dah hulurkan bantuan dengan gerakkan aset diorang ke Turki seperti Azerbaijan, Kuwait, Croatia, Perancis, Sepanyol, Romania, Poland, Ukraine dan AS. Israel pun dilaporkan ada hantar pesawat untuk bantu Turki. Malangnya, Rusia jugak ada hantar bantuan namun tak sampai ke destinasi disebabkan kemalangan. Kelapan-lapan kru pesawat maut selepas pesawat mereka terhempas di kawasan Kahramanmaras, dipercayai semasa dorang nak kawal api.

kapal terhempas rusia
Ada laporan berita kata ia terhempas semasa cuba padamkan api di pedalaman Bertiz, Kahramanmaras.. -Via Al-Jazeera

Greece jugak alami kebakaran hutan, lebih kurang sama situasinya dengan Turki. Pada awalnya, diorang pun rasa ni ada kena mengena dengan perubahan iklim namun pada 7 Ogos, 3 orang ditahan atas dakwaan arson. Pendakwaraya di Mahkamah Tinggi Greece kata terdapat kemungkinan bahawa wujudnya aktiviti jenayah melibatkan arson berlaku di sekitar negara tu.

Ramai kini tengah disiasat dan ditahan berhubung kebakaran hutan di sana. Kat Turki, ada juga organisasi pengganas iaitu ‘Children of the Fire Initiative’ yang ada hubungan dengan Kurdish Workers’ Party (PKK) untuk balas dendam politik terhadap kerajaan Turki. Adakah Erdogan bermaksud bahawa diorang rasa kebakaran hutan ni tak lebih dari perbuatan khianat ke?

Apa yang pasti adalah ni kejadian malang jugak harusnya membuka mata kita tentang kelestarian alam dan betapa pentingnya pemeliharaan serta pemuliharaan alam secara berterusan. Apakah perubahan iklim tu tak cukup untuk menyedarkan dunia bahawa kita perlu usaha berterusan demi menyelamatkan bumi?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *