Perdana Menteri akan meletakkan jawatan, mungkin ini cara PM baharu dilantik

f1

Kita semua tak menyangka selepas Pilihan Raya Umum ke-14, kita akan beberapa kali menukar Perdana Menteri akibat krisis politik. Sudah tentu hal ini bukanlah sesuatu yang baik untuk negara. Masalah kerajaan yang tak stabil adalah kesukaran mereka untuk mengeluarkan dasar-dasar yang mampu membantu rakyat ketika pandemik kerana perlu menghabiskan masa mencari strategi untuk terus berkuasa. Fenomena ini adalah ‘norma baharu’ dalam lensa politik tanah air. Norma ini terjadi kerana pada tahun lepas kita telah menukar kerajaan tanpa melalui proses pilihan raya.

728 X 90

Keadaan ini menyebabkan proses lompat-lompat parti ini terus berlaku dan akhirnya membawa kepada peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kerap kali kami memberi penegasan bahawa menukar kerajaan tanpa melalui proses pilihan raya akan membawa bencana yang lebih besar. Kami harap selepas ini kerajaan hanya akan bertukar melalui kaedah pilihan raya – atau selepas pilihan raya – bukan di tengah-tengah penggal.

Setelah mendapat tekanan daripada pelbagai pihak, Muhyiddin dikatakan akan melepaskan jawatan

Semalam, satu Malaysia terkejut apabila ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, memaklumkan kepada pihak media tentang Muhyiddin Yassin yang dikatakan akan menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini. Ketika mengesahkan tindakan itu, Muhyiddin dikatakan mengambil keputusan itu dan ia telah dibincangkan ketika mesyuarat Ahli Parlimen daripada Bersatu di Publika, semalam.

Redzuan yang juga menteri kereta terbang Ahli Parlimen Alor Gajah, berkata hasrat Muhyiddin untum meletakkan jawatan adalah jalan terakhir diambil berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kita bertanggungjawab dengan keadaan yang berlaku hari ini. Kita sudah usaha yang terbaik untuk memastikan pengurusan COVID-19 berjalan dengan baik dalam pergolakan politik yang melanda. Kita sudah sampai ke tahap tidak boleh buat apa-apa pun… yang terakhir ialah strategi bipartisan, namun tidak disambut. Jadi kita kena letak jawatan… kita sudah usaha yang terbaik untuk rakyat,” – Redzuan, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Ketika berita tentang peletakkan jawatan Muhyiddin ini sedang berlegar, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memaklumkan keadaan yang sedang berlaku di negara kita ini bukanlah sesuatu yang luar biasa, tapi dah berlaku di beberapa negara lain. Kebanyakan ketua negara yang meletakkan jawatan berlaku selepas kegagalan kerajaan dalam membendung Covid-19; Najib mengatakan sudah ada lapan negara yang menyaksikan perdana menterinya meletakkan jawatan kerana kegagalan kerajaan.

Najib mengatakan hal ni takde kena-mengena dengan tak berperikemanusiaan atau tidak peduli keadaan rakyat yang perlu diselamatkan. Malah ianya sebaliknya. Sebab pendekatan perlu berubah setelah banyak kali gagal demi keadilan serta kebaikan rakyat dan negara. Apa lagi nak dikata sekiranya, kuasa penuh darurat sudah diberi selama 7 bulan tetapi Covid-19 menjadi 12 kali ganda lebih teruk. Dia turut mengatakan Malaysia menjadi negara paling lama melaksanakan lockdown, namun kes Covid-19 terus meningkat tanpa bantuan sewajarnya bagi rakyat.

Di turut mengatakan Malaysia menjadi negara antara paling tinggi dalam dunia bagi kadar kes baharu Covid-19 dan kadar kematian Covid-19. Malaysia menjadi pasaran saham paling corot di Asia Pasifik dan kedua paling corot dalam dunia di belakang Venezuala. Segala-gala Belanjawan 2021 serta had hutang yang diluluskan telah terpecah dan ujuran pertumbuhan ekonomi perlu dipotong lebih separuh dari 7% ke 3.5% ke 4%.

Ketua Pemuda PN tak tahu apa-apa, PKR sambut baik khabar Perdana Menteri akan berundur

Berbeza pula dengan cerita Ketua Pemuda Pas, Senator Ir Khairil Nizam Khirudin yang menafikan dia dimaklumkan mengenai cerita Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Ketika dihubungi oleh media, dia menegaskan Pas sentiasa menyokong kerajaan PN dan mengukuhkan perpaduan ummah. Bagi mereka yang dah terlupa, Pas ambil pendirian untuk sokongan Perikatan Nasional, tapi dalam masa yang sama nak perkasakan Muafakat Nasional. Bagi pemerhati politik, ia boleh dikatakan Pas ni cuba bermain dua kolam untuk survival mereka.

khairil nizam khirudin

Ketika semua mata tertumpu kepada Pakatan Harapan yang memiliki jumlah kerusi terbesar dalam selepas Perikatan Nasional,  Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengatakan mereka menyambut baik laporan media mengenai penyerahan surat peletakan jawatan Perdana Menteri. Ketua Penerangannya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, sudah jelas Muhyiddin dah takde majoriti sokongan ahli-ahli Parlimen. Menurutnya, PKR berpandangan adalah satu perkara yang menyedihkan seluruh rakyat sekiranya anggota-anggota daripada kabinet kerajaan yang nyata gagal diberi peluang sekali lagi untuk meneraju negara sekali gus menyambung kehancuran yang sedang berlaku.

“Anggota-anggota daripada kabinet Muhyiddin ini bukan sahaja telah terbukti gagal mengurus pandemik yang melanda bahkan gagal membawa negara dan rakyat keluar daripada kemelut ekonomi yang kritikal. Lebih memburukkan keadaan, apabila anggota kabinet termasuk Timbalan Perdana Menteri (Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob) yang baharu dilantik bersekongkol dan memilih untuk mempertahankan Muhyiddin yang jelas tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu,” – Shamsul, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Kita mungkin akan melihat satu kaedah baharu lantikan PM di Malaysia

Kami masih tak tahu bagaimana cara rakyat Malaysia akan menerima Perdana Menteri yang baharu, apa yang kami boleh katakan; kali ini berkemungkinan Yang di-Pertuan Agong tidak akan menerim SD lagi dari ahli-ahli Parlimen; memandangkan satu wakil rakyat boleh tandatangan beberapa SD. Berkemungkinan Agong akan meminta semua ahli Parlimen menentukan siapa yang memiliki majoriti untuk membentuk kerajaan di Parlimen. Sekiranya masih tak dapat, barulah Agong akan memanggil ahli-ahli Parlimen untuk menyatakan sokongan mereka seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *