Korang semua pasti selalu sahaja dengar tentang cerita artis yang telah masuk Islam, tidak kiralah artis tu dari dalam negara ataupun luar negara. Hah, hari ni kami akan ceritakan tentang kisah bagaimana seorang wartawan Australia mencintai Islam kerana negara Malaysia.
Mengenali Islam kali pertama di Malaysia
Kalau korang nak tahu, Sarah Price merupakan seorang wartawan daripada Australia yang telah memeluk Islam. Sebelum memeluk Islam, Sarah Price adalah merupakan seorang penganut agama Kristian yang sangat taat. Benar, memang sangat ramai orang yang datang kepada saya dan bertanya “kenapa awak peluk agama islam?” Sehinggakan ada yang melakukan tomahan yang kononnya dia memeluk Islam kerana lelaki. Namun dia dah nafikan benda tu.
Malaysia adalah tempat Sarah mengenali Islam tau. Masa tu dia tengah melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda Kewartawanan di Universiti Monash, Australia yang mana dia telah memutuskan untuk menyertai satu program pertukaran pelajar ke negara ini. Program tersebut berlangsung dari Jun hingga Disember 2013 dan dia telah ditempatkan di bahagian editorial Yahoo! Malaysia.
Secara jujurnya dia sendiri tidak pernah terfikir bahawa di Malaysia nanti saya akan bertemu dengan sesuatu yang sangat asing, yang tidak pernah langsung saya temui sepanjang hidupnya.
Merupakan seorang anak kelahiran Australia
Apabila disebut Islam dan Muslim, yang tergambar dalam fikirannya hanya satu sahaja iaitu penganutnya hanya terdiri di Asia Barat dan memakai pakaian labuh berwarna hitam. Mereka hidup jauh daripada tamadun dan wanita sering sahaja ditindas. Kalau korang semua nak tahu, mereka juga tidak dibenarkan untuk kemana-mana tanpa ditemani oleh suami. Selain itu, mereka juga tidak dibenarkan bekerja dan sepanjang masa hanya memakai pakaian berwarna hitam sahaja.
Sarah Price telah dilahirkan dan dibesarkan di Gippland, sebuah bandar kecil yang terletak di New South Wales, Australia. Di sana, dia langsung tidak pernah tahu apa-apa pun berkaitan tentang agama islam dan dia juga tidak pernah menemukan seorang muslim pun di tempat itu. Namun, Sarah Price sangat terkejut apabila dia telah sampai ke Malaysia ternyata segala apa yang dia bayangkan mengenai Islam itu salah dan sebaliknya dia telah menjadi terpegun melihat kecantikan wanita muslim di Asia Tenggara yang memakai pakaian serta hijab berwarna warni.
Terdapat juga beberapa kontroversi yang terjadi akibat daripada keputusan Sarah untuk memeluk agama Islam antaranya ialah dia sering sahaja diselidiki, dipecat daripada pekerjaan, kehilangan kawan-kawan, dan yang palin utama mendapat tentangan daripada keluarganya. Namun demikian, semua masalah tersebut dapat diatasinya dengan baik.
Minat terhadap Islam semakin mendalam kerana banyak menulis artikel berkaitan Islam
Di Malaysia, Sarah Price telah berkenalan dan bersahabat dengan ramai gadis-gadis yang belajar di Universiti dan mempunyai kerjaya yang baik. Mereka ini wanita-wanita bijak yang sayangkan agama mereka dan dari situ telah membuatkan saya berasa sangat ingin mengenali islam dengan lebih dekat lagi.
Semasa di Universiti, dia telah mengambil jurusan kewartawanan dan daripada situ dia banyak melakukan tugas dan menulis artikel-artikel yang berkaitan dengan Islam. Melalui tulisan artikel tersebut, dia merasakan bahawa semakin banyak keindahan tentang agama Islam yang telah ditemuinya yang mana secara tidak langsung pengetahuannya berkaitan agama islam juga semakin berkembang dan mendalam.
Dari situ jugalah Sarah Price dapat mengetahui bahawa wanita Islam bukannya ditindas, tetapi sebaliknya mereka mempunyai hak yang sangat banyak dan sangat tinggi di sisi tuhan. Antara hak yang diberikan kepada wanita Islam ialah pemilikan harta pusaka, memilih bakal suami, perkahwinan dan sebagainya yang mana perkara ini telah dinyatakan dengan sangat jelas di dalam al-Quran dan hadis yang telah wujud beribu tahun terlebih dahulu sebelum wanita barat menikmatinya.
Sarah melakukan kajian sebelum memeluk Islam
Semasa berada di Malaysia, Sarah masih belum mengucap dua kalimah syahadah walaupun sebenarnya hatinya sangat tertarik dengan keindahan Islam namun dia merupakan seorang yang sangat taat dan patuh pada agama Kristian. Agama adalah merupakan panduan hidup yang sangat penting bagi dirinya. Selepas program pertukaran pelajar tamat pada Disember 2013, dia telah tinggalkan Malaysia dan kembali ke Australia namun Sarah merasakan bahawa seperti ada sesuatu yang hilang dalam dirinya.
Sarah mula membuat kajian terhadap perkara asas kepada agama Kristian, yang mana dia telah kaji apa yang diajar oleh St. Paul, apa yang dirumuskan oleh para pengkaji sejarah serta pendeta selepas kematian Nabi Isa dan dia membaca kembali setiap helaian kitab Injil. Selain itu, Sarah turut mendengar segala perdebatan tokoh-tokoh terkenal Kristian dan Islam yang merupakan pengkaji hebat bagi kedua-dua kitab tersebut dan setiap kali perdebatan, al-Quran memberikan saya jawapan yang lebih meyakinkan.
Untuk korang, bukan Sarah Price saja tau merupakan orang yang daripada luar negara memeluk Islam. Ada banyak lagi. Tapi, walau agama apa sekalipun kita, tetaplah berbuat baik dan hormat menghormati sesama kita kerana tidak ada satu agama pun yang menyuruh umatnya untuk menjadi seorang yang jahat.