Isu kanak-kanak autisme yang sepatutnya dapat perhatian kita, ini beberapa fakta penting

f1
Isu kanak-kanak autisme yang sepatutnya dapat perhatian kita, ini beberapa fakta penting

Bila sebut bulan April, mesti ramai yang terbayang sambutan ‘April Fool’ yang penuh dengan adegan ‘troll’ dan ‘prank’. Sebenarnya, ada hari peringatan penting pada 2 April setiap tahun, iaitu Hari Autisme Sedunia. Autisme atau ‘Autisme Spectrum Disorder’ (ASD) adalah gangguan neurologi di otak yang mempengaruhi perkembangan pemikiran kanak-kanak yang mengganggu komunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku diorang dalam menjalankan aktiviti seharian.

728 X 90

Perkataan Autisme berasal dari perkataan Greek ‘Autos’ bermaksud ‘sendiri’, kanak-kanak autisme dilihat berada kat dalam dunia diorang sendiri. Purata ASD kat Malaysia adalah kira-kira 1.6 daripada 1,000 kanak-kanak. Seramai 15,484 penghidap autisme kat seluruh negara. Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat pulak, satu daripada 68 orang kanak-kanak adalah autisme.

Ada beberapa filem tentang autisme yang korang kena tengok, boleh beri gambaran tentang diorang

Sebenarnya, penghidap autisme boleh dikenal pasti seawal usia 18 bulan, walaupun punca sebenar sindrom autisme masih belum dikenalpasti. Anak-anak autisme ni ada spektrum yang tersendiri yang dikategorikan dalam tiga peringkat iaitu parah, sederhana dan sangat parah. Siapa yang pernah tengok filem “Redha – The Beautiful Pain” (2016) lakonan Nam Ron mesti dapat faham sikit sebanyak tentang cabaran serta dugaan bila ada anak autisme ni.

Ada jugak keluarga selebriti macam Zarina Zainuddin dan Adam Autisme Family yang kongsikan kehidupan dengan golongan autisme. Tak ada rawatan yang sebenar dalam mengubati sindrom ni, tapi salah satu rawatan yang diusahakan ialah melalui terapi Applied Behavior Analysis (ABA).

Korang pernah tengok filem “Kami” (1982) lakonan Sudirman dan “Kami The Movie” (2008) lakonan Liyana Jasmay? Ha… ni ada satu lagi ‘Kami’ yang lagi padu. Kumpulan Anak Autisme Masjid (KAMI) Playgroup terlibat aktif dalam usaha untuk sediakan ruang bagi kanak-kanak autisme buat aktiviti menarik, sekali gus membantu pemulihan golongan istimewa tu. Lagi padu sebab kumpulan ni digerakkan dalam sebuah rumah ibadah – Masjid Kampung Tunku, Petaling Jaya.

Peranan masjid dalam membantu komuniti diterjemahkan kumpulan ni, dan menariknya sebab diorang terima je mana-mana pihak tanpa kira perbezaan agama, bangsa dan kaum. Semuanya bermula bila ada sorang cikgu yang terlibat dengan program masjid tu, ada anak autisme. Ditubuhkan sejak 2017, usaha diorang ni dapat banyak respon positif daripada ibu bapa kat sekitar Lembah Klang.

perbelanjaan
Via 90born

Bukan saja anak-anak syurga tu dapat bermain dalam tempat yang selamat, mak ayah diorang pun boleh saling bertukar pandangan, dan selanjutnya membentuk kumpulan sokongan yang positif. Macam kita tahu, banyak cabaran untuk besarkan anak-anak autisme ni, jadi kumpulan sokongan sangat penting untuk mak ayah berkongsi emosi, masalah dan maklumat.

Kanak-kanak autistik kebanyakannya tak akan tunjukkan respon masa berinteraksi

Lagi satu yang unik tentang progam diorang ni adalah, yuran yang dikenakan murah iaitu RM30 je sebulan untuk setiap anak. Benda ni sangat signifikan sebab kebanyakan perkhidmatan swasta berkaitan autisme ni biasanya mahal dan membebankan mak ayah yang bukan dalam golongan berada.

perbelanjaan
Via BERNAMA

Walaupun peserta terdiri daripada anak-anak autistik daripada umur 3 sampai 13 tahun, para aktivis KAMI Playgroup tetap gigih menyusun permainan dan aktiviti yang sesuai untuk diorang.
Bila anak-anak ni selesa bermain dengan suasana yang selamat, secara tak langsung dapat bantu perbaiki kemahiran sosial, komunikasi kognitif dan keyakinan diri diorang.

Dalam tempoh 1 jam, antara slot yang diorang gerakkan adalah mewarna dan aktiviti motor sensori yang melibatkan semua mak ayah dan ahli keluarga yang ada kat sana. Kanak-kanak autistik kebanyakannya tak akan tunjukkan respon masa berinteraksi dengan orang lain. Diorang lebih suka mengasingkan diri seolah-olah berada dalam dunia diorang sendiri. Jadi, tak mudah sebenarnya nak besarkan diorang.

Kalau kita yang terperap kat rumah sebab perintah kawalan pergerakan (PKP) pun boleh jadi tertekan dan depresi, apalagi mak ayah dan anak-anak autisme? Sebab tu kita kena pulun sokong benda baik macam yang KAMI Playgroup buat ni, biar ramai tahu dan mahu bantu diorang.

perbelanjaan
Via autismmalaysia.com

Sebagai rekod, kanak-kanak autistik kat Malaysia ni perlu berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran untuk dapatkan keperluan pendidikan. Diorang jugak kena daftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk dapatkan pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU). Diorang jugak perlu ke kelas khas (PPKI) atas sebab keperluan, walaupun banyak kekangan.

Autisme ni adalah ‘spectrum disorder’ yang mana takkan ada anak autistik yang sama dengan yang lain

Antara cabaran besar yang terpaksa dihadapi oleh mak ayah kepada anak-anak autistik adalah persepsi salah dan stigma daripada masyarakat. Ada penjual MLM yang penuh konfiden jumpa mak ayah ni dan yakinkan anak diorang boleh pulih dan hidup macam orang normal lepas makan ubat atau vitamin yang diorang jual.

Via Giphy

Hakikatnya, autisme ni adalah ‘spectrum disorder’ yang mana takkan ada anak autistik yang sama dengan yang lain. Diorang ni berbeza dalam banyak sudut – ada yang sensitif atau takut dengan bunyi penyedut hampagas, ada yang takut bila dengar mesin pengering tangan, dan ada yang jenis cakap benda sama berulang kali.

Tapi, ada jugak anak autistik yang suka tengok mercun, tak takut bila dnegar loceng sekolah, tak rasa pelik pegang benda berlendir – sebab diorang ni semua unik. Ada yang boleh membaca, ada yang tak mampu menulis. Ada yang mengamuk kat tempat awam tanpa sebab, ada yang menggigit tangan orang, ada yang hempas badan atas lantai. Paling sedih sebab ada yang tak pandai nak bagitau dia sakit. Jadi, ada anak autistik ni yang pukul mulut dia untuk bagitau dia sakit gigi.

perbelanjaan
Via Prebiu

Anak-anak autistik ni takkan jadi normal atau boleh perbaiki kemahiran diorang hanya dengan makan ubat atau suplemen yang dijual geng-geng MLM tu. Malah, lebih bahaya sebab ada produk MLM ni yang kandungan gula dia sangat tinggi, dan akan bagi kesan buruk lain pulak. Lebih baik duit tu dilabur untuk hantar diorang ke kelas terapi atau kelas muzik. Boleh jugak belikan diorang haiwan peliharaan sebagai terapi, terserah pada kesesuaian dan keperluan masing-masing.

Kita harap nanti bila wabak ni dah reda sikit dan SOP pun dah berbeza

Kita kena sokong, peka dan faham dengan situasi mak ayah dan individu yang berkait dengan autisme ni. Sebab tu apa yang KAMI Playgroup buat kat Masjid Tunku sangat penting. Tapi, bila negara kita dan dunia diserang pandemik Covid-19, pusat ni terpaksa ditutup sementara waktu.

Jadi kita harap nanti bila wabak ni dah reda sikit dan SOP pun dah berbeza, ada ruang untuk anak-anak syurga ni bermain lagi dengan bahagia kat masjid tu. Semoga kita semua dapat sama-sama membantu atau setidaknya-tidaknya memahami keadaan kanak-kanak istimewa ni. Prihatin lah sikit, Brader!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top