Sarawak bantu bayar PTPTN rakyatnya, mungkin kerajaan negeri lain boleh ikuti

f1

Pada 1995, idea mewujudkan sebuah tabung pendidikan tinggi dikongsikan oleh Najib Razak dalam Perhimpunan Agung UMNO. Masa tu, Najib merangkap Naib Presiden UMNO dan Menteri Pendidikan. Sebuah tabung pendidikan nasional ni diharapkan dapat bantu para pelajar bumiputera untuk lanjutkan pelajaran di institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS).

728 X 90

Kelahiran sebenar PTPTN hanya 2 tahun lepas tu. Ketika tu, dah banyak benda yang diperkembangkan daripada idea tabung pendidikan hinggalah jadi pinjaman pendidikan. Kini ia umpama jadi ia jadi mimpi ngeri kepada penuntut pengajian tinggi, ditambah lagi dengan industri kerja yang suram dan isu gaji wajar. Apa yang dilakukan kerajaan negeri ni benar-benar suatu perkara yang kena dicontohi kerajaan negeri yang lain…

ptptn
Via Malay Mail

Kerajaan negeri Sarawak bantu rakyat negerinya bayar hutang, Selangor pun tak terfikir nak buat

Selama ni, macam tak percaya rasanya apabila nak bayangkan kerajaan negeri tolong bayarkan jugak hutang PTPTN seluruh rakyat negerinya. Kita dah biasa dengar bantuan mahupun biasiswa yang diberikan oleh kerajaan negeri, tetapi nak tolong bayarkan hutang pelajaran? Tu barulah kerajaan negeri yang prihatin.

Baru-baru ni, Sarawak dah tawarkan bantuan pembayaran kepada mana-mana pelajar Sarawak yang ada hutang PTPTN sebanyak 30% terhadap baki hutang diaorang. Melalui Yayasan Sarawak, peruntukan sebanyak RM 30 juta disalurkan sejak 5 Mac lalu demi meringankan beban anak muda negerinya. Para peminjam PTPTN yang berasal dari negeri Sarawak tak perlu kemukakan sebarang permohonan dan boleh terus buat semakan bagi nama peminjam yang layak. Setakat ni, Bernama melaporkan bantuan bayaran balik tu dah diberikan kepada kira-kira 9,000 peminjam.

datuk patinggi abang johari tun openg
Via Malay Mail

Usaha ni diterima baik oleh pihak PTPTN, terutamanya dengan usaha kerajaan negeri mengutamakan pembayaran balik tu. Dasar insentif tersebut sendiri termaktub dalam Belanjawan Negeri, maka kita boleh nampak betapa seriusnya kerajaan negeri nak bantu anak negerinya yang dibebani hutang pelajaran.

“Cadangan ini dilihat amat sesuai di kala rakyat terkesan akibat penularan pandemik Covid-19. PTPTN sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri di seluruh Malaysia dalam merealisasikan inisiatif ini, bagi memastikan kebajikan para peminjam,”- Kenyataan PTPTN, seperti yang dilaporkan Sinar Harian.

https://www.youtube.com/watch?v=ZlAZJCk2C28

Kami bersetuju jugak dengan tindakan kerajaan negeri tersebut. 30% ni mungkin takdelah banyak sangat, tetapi ia masih diharapkan dapat meringankan beban anak muda. Kami difahamkan dasar ni jugak adalah dasar yang agak baharu dan julung-julung kalinya diwujudkan di Malaysia. Mungkin untuk masa depan, dasar ni akan terus ditambahbaik dan diperluas ideanya untuk diimplementasikan oleh kerajaan-kerajaan negeri yang lain.

PTPTN pernah cuba rangka model baharu untuk terus wujud, tapi takde bunyi sejak 2019

Walaupun begitu, kami tak boleh terus melepaskan PTPTN daripada hal ni. Ye lah, PTPTN ni antara janji penting yang dilaungkan ketika nak pilihan raya dulu kan. Janji dulu, pancing undi anak muda… lepas tu minta maaf. Siap bagi sebab, takut PTPTN pulak lingkup kerana hutang yang ditanggung.

wan saiful wan jan
Antara penulis buku Harapan, dan diletakkan sebagai pengerusi PTPTN… Via Berita Harian

Selain dari isu PTPTN yang selalu dipolitikkan, anak muda masih lagi berhadapan dengan isu-isu pekerjaan yang lain. Isu gaji wajar misalnya, masih lagi takde penyelesaian. Nak dapat gaji yang selaras dengan kenaikan harga barang pun susah; takkanlah kerajaan nak hairan kenapa masih ada yang sukar bayar PTPTN?

Pada Oktober 2019, kerajaan PH masa tu mengakui bahawa model bisnes PTPTN bermasalah dan kononnya akan diganti dengan model baharu.

“PTPTN telah mengadakan sesi (seperti) perbincangan meja bulat, bengkel, mesyuarat dengan pelbagai pihak sejak Disember 2018 hingga Mac 2019. Pelbagai idea dan pandangan dibentang menerusi kertas konsultasi rakyat yang dibuat pada 16 Mei hingga 13 Jun 2019. Hasil rundingan, didapati model PTPTN ini bermasalah dan tidak mapan…Oleh itu kementerian akan menubuhkan jawatankuasa untuk meneliti model baru bagi menggantikannya,”- Dr. Maszlee Malik, mantan Menteri Pendidikan, seperti yang dilaporkan Malaysiakini

cadangan ptptn
Via Facebook

Namun lepas bulan tersebut, PTPTN dah macam takde bunyi lagi. Sukar untuk kita maklum mengetahui perkembangan kajian model baharu yang dicadangkan. Salah satu artikel dari The Edge Malaysia menarik perhatian kami. Dalam artikel tersebut, pengerusi PTPTN ketika tu Wan Saiful Wan Jan berharap agar para peminjam seakan lupa bahawa huruf ‘T’ dalam PTPTN adalah tabung. Ramai fokus huruf ‘P’ tu sebagai ‘pinjaman’. Maksudnya, Wan Saiful nak katakan yang para peminjam ni silap faham pasal PTPTN. PTPTN bukan sekadar pinjaman; ia adalah tabung pendidikan.

Mengapa perlu kita manjakan penuntut sekarang, padahal Malaysia sudah hampir menjadi negara maju dan kaya dengan lebih 60 peratus daripada rakyat dikategorikan sebagai golongan pertengahan dan ke atas.

Sudah pasti kumpulan ini tidak memerlukan sokongan kewangan, khususnya mereka yang memasuki universiti awam yang yurannya sudah disubsidi kerajaan. Tidak mampukah ibu bapa untuk membayar sendiri pembiayaan anak ke universiti awam yang kosnya kurang daripada RM25,000 bagi ijazah kedoktoran (5 tahun) dan hanya RM9,000 untuk ijazah sastera dan sains (tiga tahun). Ibu bapa juga bertanggungjawab untuk menabung bagi masa depan anak. Itulah tujuannya Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) ditubuhkan. Dengan simpanan serendah RM50 sebulan, ibu bapa sudah boleh merancang pembiayaan pengajian anak mereka pada masa hadapan.- M. Thilinadan, pengarang Eksekutif Berita dan Digital Berita Harian

sspn
Via Twitter

Pada 2019, artikel tersebut melaporkan PTPTN tengah ada hutang dengan kerajaan sebanyak RM40 bilion dan dijangka akan naik ke RM 76 bilion dalam masa 20 tahun. Kenaikan ni turut dicatatkan untuk kadar peminjam, selari dengan jangkaan pengambilan pelajar ke institut pengajian tinggi. Kalau PTPTN tak kendalikan masalah ni, mungkin suatu hari nanti PTPTN tak dapat beroperasi.

Hutang pelajar adalah bisnes. Ia tak hanya terjadi di negara kita; di Amerika Syarikat pun begini jugaklah ceritanya. Sebahagian besar anak mudanya terbeban teruk dengan pinjaman pendidikan, lalu diorang sendiri agak sukar mencari kerja yang sepadan dengan kelayakan masing-masing. Ni tak adil untuk generasi masa depan yang terpaksa berhadapan dengan cabaran yang lebih rencam.

ptptn booth
Para peminjam yang tak cerdik, atau mesej tak sampai? -Via Peraktoday

Dalam kesempatan ni, kami nak menggesa para pembuat dasar khususnya yang bertanggungjawab melahirkan mekanisme dan model bisnes PTPTN agar lebih adil. Nak jadi tabung simpanan, atau nak jadi syarikat pinjaman? PTPTN tak boleh terus tonjolkan imej entiti diorang sebagai ejen ‘pinjaman’ kalau betul nakkan ia menjadi tabung simpanan macam bank. Tak hairanlah, rata-rata anak muda masih lagi ingat PTPTN ni berbeza dengan SSPN. Prinsip imej bank tu orang dah jelas, tetapi PTPTN ni kabur dah imejnya kat mata rakyat terutamanya anak muda yang bercita-cita nak sambung belajar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *