Akhirnya jawapan untuk masalah banjir di KELANTAN dijumpai, tapi ramai tak setuju

F1

Kesian orang kat Kelantan, saban tahun mesti kena banjir. Setakat ni, banjir yang paling teruk kat Kelantan berlaku pada 2014. Dinamakan sebagai ‘Banjir Kuning’, punca utama peristiwa tersebut adalah dikatakan kerana fenomena musim monsun ketika tu yang agak teruk iaitu “New Moon” dengan kelajuan angin 50-60km sejam.

Bah Besar 2014 Kelantan
Jambatan konkrit pun boleh runtuh lepas Banjir Besar 2014. -Via Astro Awani

Kami yang tengok dari jauh pun boleh bayangkan betapa sukarnya hidup rakyat Kelantan yang jadi mangsa banjir ni. Harta benda pun habis dihanyutkan air, tu belum lagi nak cerita pasal bekalan air untuk kegunaan mangsa. Tapi entahlah, benda macam ni pun nak jugak dipolitikkan. Tahun ni, macam dah next level dia punya tahap nak jadi bahan politik.

Banjir ni kerja ketua jin, cemburu Kelantan nak tegakkan Islam…

Boleh pulak macam tu ye penjelasan bagaimana Kelantan boleh banjir. Menurut Malaysia Gazette, seorang pengusaha pusat rawatan Islam yang dikenali sebagai Sa’ad Ja’afar kata banjir ni salah ketua jin bersama sekumpulan jin suruhannya. Alahai, boleh pulak jin berkuasa nak bagi banjir kat Kelantan.

Jin Jahat Kelantan
Via Asyik Viral

Dakwaan Sa’ad ni dibuat menerusi tulisannya dalam laman blognya, menurut tulis tu – dia dah tanya kat ketua jin mengenai niat mereka yang nak “lakukan kerosakan pada manusia agar manusia menjadi celaru”, dengan harapan ketua kepada ketua jin tu akan “ambil perhatian” terhadap mereka. Selain tu, jin tersebut dikatakan mengaku bawa banjir kat negeri lain tapi Kelantan ni lah yang mereka nak sangat tenggelamkan kerana “negeri Kelantan banyak kebaikan” dan “bersungguh-sungguh ikut ajaran Islam”.

Sa’ad juga dakwa jin tu cakap takde lagi negeri lain yang miliki kebaikan macam Kelantan dan Kedah, manakala negeri yang paling teruk adalah Kuala Lumpur. Tak cukup lagi, jin tu pun sempat sebut tokoh politik yang dia paling ‘suka’ dan tak takut seperti Tun Dr. Mahathir, Anwar Ibrahim dan Mohammad Sabu (Mat Sabu), manakala tokoh politik yang paling dia geruni adalah THG Abd Hadi Awang.

Via Giphy

Seolah nak tambah garam kat masakan, dia tambah lagi perasa kat dakwaannya. Dia boleh lagi dakwa jin tu dah larutkan “racun” sebanyak 38% dalam air banjir tu supaya manusia akan “lemah dan lalai”. Jin tu pun kemudiannya dimasukkan ke dalam penjara khas dan kononnya akan sentiasa dipantau. Macam kami katalah, ni next level punya penjelasan. Bolehlah masuk Mastika gamaknya.

Tangan paling bahaya bukanlah tangan jin sebenarnya…

Kalau dalam Islam, kita memanglah percaya wujudnya jin dan makhluk-makhluk halus yang lain. Kita pun kena percaya jugak bahawa ada orang miliki kurniaan oleh Allah SWT untuk bercakap dengan jin dan sebagainya. Mufti Wilayah Persekutuan juga pernah dikemukakan soalan bahawa adakah jin ni berupaya menggerakkan sesuatu. Memetik dari jawapan Mufti sendiri;

“…berdasarkan nas-nas syarak yang dinyatakan, tidak dinafikan jin dan syaitan mampu untuk memberi kesan terhadap perkara-perkara fizikal jika diizinkan Allah SWT. Ini kerana, jin dan syaitan merupakan makhluk Allah SWT yang diberikan kemampuan dan upaya tertentu. Sebagai seorang mukmin, kita disuruh beriman dengan kewujudan mereka tanpa menokoktambah sehingga menimbulkan kepercayaan khurafat dan tahyul…”- Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri, seperti yang dinyatakan dalam Al-Kafi #1390, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Via Giphy

Tapi yang kita tak patut terima adalah bila orang nak yakinkan orang Melayu dan orang Islam seluruh Malaysia ni bahawa musibah yang menimpa dikaitkan dengan sentimen politik serta benda-benda ghaib macam ni. Perkara-perkara ni yang akan menimbulkan kepercayaan khurafat dan tahyul, dan boleh jadi fitnah kepada Islam.

Kami taktaulah kalau puak-puak jin kat sana pun turun berkempen dan mengundi. Apa yang kami tau adalah tangan manusia ni lebih bahaya dari tangan jin. Banjir kat Kelantan tu jadi bukti bahawa penerokaan dan pembalakan hutan sama ada haram atau tak, menjadi punca utama kepada masalah alam sekitar ni. Nak nafi macam mana pun, dah tu hakikatnya.

Pengundi Hantu
Hantu pun mengundi kot. -Via Pemantau

Kerajaan negeri tak harus hanya nafi, kena mula perbaiki…

Walaupun kerajaan negeri dah balik-balik nafikan bahawa pembalakan sebagai faktor utama terjadinya banjir ni, kami nak tanya apa usaha kerajaan negeri nak bendung masalah ni dari berulang semula? Amin Ahmad dah senaraikan beberapa pengajaran yang perlu direnungi oleh kerajaan negeri agar banjir ni boleh diselesaikan. Yang kami boleh simpulkan, pengurusan operasi tu amat penting dalam usaha nak bendung banjir di Kelantan ni.

Banjir Kelantan Mangsa Terengganu
Via Malaysiakini

Walaupun kami mungkin boleh tergolong antara mereka yang “otak sempit” kerana menegur Kelantan dengan kesan pembalakan seperti yang dinyatakan oleh Nazman Che Ibrahim dalam Harakah Daily, tetapi kami prihatin dengan luahan penduduk mangsa banjir yang merasai dan melihat sendiri keadaan sepanjang tahun dekat tempat mereka.

“Kerja-kerja pembalakan di kawasan berhampiran kampung kami jelas menjejaskan kehidupan. Ada yang kata, pembalakan untuk pemodenan namun bukan ini yang kita mahu. Kerja-kerja pembalakan ini langsung tidak mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan… Kami hanya mahu solusi. Adakah 10 tahun lagi kampung kami bakal menjadi padang jarak padang tekukur, hasil kerakusan manusia?,” – Marliyza Manaf, wakil penduduk Kampung Chucoh Puteri A, seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian pada 4 Disember 2019

Kelantan Banjir
Via UPKN Kelantan

Dakwaan ni dinafikan oleh MB Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dengan menyatakan bahawa semua aktiviti pembalakan tersebut berlesen dan sah. 20 keluarga di kampung tersebut berjaya diselamatkan lepas terperangkap akibat fenomena ‘kepala air’ yang dikatakan hanya berlaku baru-baru ni.

Kita boleh je bertelagah mengenai punca dan salahkan sepenuhnya dengan alam, berbanding nak tunding diri sendiri dahulu. Namun yang lebih mustahak adalah solusi terbaik untuk mengutamakan kesejahteraan rakyat tanpa perlu ‘terbiasa’ lagi dengan banjir setiap tahun, serta mementingkan kelestarian dan keseimbangan alam manusia dengan alam geografi fizikal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *