Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
Isu SemasaPolitik

Apa akan jadi kalau Perlembagaan dipinda untuk Sabah dan Sarawak?

By Farahani
March 19, 2019 3 Min Read
Comments Off on Apa akan jadi kalau Perlembagaan dipinda untuk Sabah dan Sarawak?

Sejak kemenangan Parti Warisan di Sabah, cakap-cakap mengenai status autonomi negeri Sabah dan Sarawak tiba-tiba muncul dengan hebatnya. Baru-baru ni, Ketua Menteri Sabah YB Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sudahpun bertemu dengan Tun Mahathir untuk bincangkan perkara mengenai Perjanjian Malaysia 1963.

Reaksi warganet terutamanya dari kedua-dua negeri tu bercampur-baur. Ada yang gembira, ada yang marah, ada yang suka. Tapi apa sebenarnya apa tu Perjanjian Malaysia 1963?

Mari kita ingat balik sejarah yang kita belajar di sekolah

Macam yang kita dah pelajari di sekolah, Perjanjian Malaysia adalah sebuah perjanjian antara Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura yang ditandatangani bersama-sama untuk membentuk sebuah gagasan baharu, dikenali sekarang sebagai Malaysia. Lepas Singapura menarik diri pada 1965, hanya Malaya, Sabah dan Sarawak dalam gagasan Malaysia. Haa… masih ingat?

Walaubagaimanapun, Perjanjian Malaysia 1963 dan dokumen 20 Perkara selalu dijadikan ayat-ayat politik untuk para calon politik menarik undi. Tidak cukup dengan itu, wujud pula gerakan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SKMM) yang diketuai oleh Doris Jones.

Gerakan SKMM ini sebenarnya hanya digerakkan dari London menerusi laman Facebook dan menjalar pula ke Youtube pada 2012. Akhirnya kedua-dua dokumen bersejarah ini telah diulas di laman-laman sosial oleh ramai orang, termasuklah daripada tangan orang-orang yang mendakwa dirinya pakar dalam bab sejarah dan perundangan.

Wow. Garang. Via SSKM

Menurut Prof Madya Dr. Abd. Rahman Tang Abdullah, seorang Professor Madya Program Sejarah di Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah, sebenarnya Perjanjian Malaysia 1963 adalah antara Malaya dan British. Sabah, Sarawak dan Singapura pula merupakan koloni British. Jadi mestilah ia antara Malaya dengan British!

Isu Perjanjian Malaysia ni menjadi suatu isu yang sensitif kepada rakyat Sabah dan Sarawak. Pada tahun 2017, Ketua Menteri Sarawak Datuk Abang Johari Openg menyambung semangat mantan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satim, telah menghantar sepasukan peguam ke London untuk korek fail-fail sulit yang tengah tersimpan di London.

Kenapa pula sampai tahap nak ubah Perlembagaan ni?

Ini agak menarik untuk dijawab. Kita kena faham, disebabkan sentimen politik untuk mendapatkan autonomi mentadbir sendiri, Sabah dan Sarawak mahukan status yang lebih adil dan sama rata dengan Malaya – sebagai rakan sekutu. Sebenarnya, pindaan Perlembagaan untuk Sabah dan Sarawak bukanlah kali pertama dalam sejarah.

‘Pada tahun 1976, beberapa perubahan telah dilakukan seperti penukaran nama ‘Gabenor’ kepada Tuan Yang di-Pertua Negeri (TYT) dan istilah ‘negeri-negeri Sabah dan Sarawak.’

Buat masa ni, Shafie Apdal tidak banyak memberi komen mengenai hal tersebut. Dalam beberapa pertemuan dan rundingan dengan Perdana Menteri sejak tahun lalu, Jawatankuasa Khas untuk semak Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah ditubuhkan. Kata beliau lagi, peruntukan tempoh kajian ini hanya enam bulan sahaja untuk mengkaji skop semakan dan isu yang berkaitan dengan Perjanjian tersebut.

Via FMT

So, apa jadi kalau Perlembagaan ni diubah? Sabah Sarawak akan keluar Malaysia?

Lepas ubah Perlembagaan, apa jadi? Menurut Ketua Menteri Sabah – Sabah dan Sarawak akan ditukar tarafnya daripada ‘negeri’ menjadi ‘wilayah’. Sabah sudahpun mengalami pindaan tersebut pada 1984, iaitu apabila salah satu daerah di Sabah, Labuan telah dimaktubkan sebagai Wilayah Persekutuan.

Setakat ni, kita hanya masih boleh berteka-teki mengenai kebarangkalian status ini mendapat sokongan 2/3 ahli Parlimen. Shafie Apdal agak optimis mengenai pindaan Perlembagaan tersebut manakala dalam peringkat DUN Sabah, belum lagi ada yang dilaporkan mengkritik usaha rundingan Perjanjian Malaysia dengan Dr. Mahathir.

Kalau benarlah pindaan Perlembagaan ini berjaya dilakukan, ini boleh mengubah persepsi terhadap Pakatan Harapan untuk terus memenangi hati rakyat Borneo. Malah, status ‘wilayah’ yang disebut-sebutkan tidak bermakna status kawasan Borneo ini sama seperti status ‘wilayah Persekutuan’. Kita hanya boleh tunggu dengan sabar setakat ini.

 

Author

Farahani

Follow Me
Other Articles
Previous

Isu PPR Taman Manggis, kerajaan Pulau Pinang dikatakan sezalim zionis?

Next

Game PUBG nak diharamkan? Ini game lain yang patutnya dari dulu diharamkan

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme