Belanjawan 2021 akan dibentang minggu ini, PH dan UMNO nyatakan harapan

F1

Menjelang Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini, fokus akan tertumpu kepada Belanjawan 2021, walaupun belanjawan ini akan dibentangkan pada Jumaat nanti. Ramai yang ingin melihat sejauh mana kerajaan hari ini mampu merangka satu belanjawan yang berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Kali ini kita berhadapan COVID-19 yang datang dengan pelbagai isu yang mendesak – isu kesihatan, ekonomi, pengangguran, dan pelbagai lagi masalah yang melanda Malaysia.

728 X 90

Kita juga akan lihat sejauh mana kerajaan hari ini yang pernah didakwa tidak lagi mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen. Adakah akan ada ‘drama’ yang akan berlaku dengan belanjawan kali ini? Semua ini cukup mendebarkan. Apa-apa pun, Pakatan Harapan dan UMNO ada menyatakan pandangan dan harapan mereka terhadap belanjawan kali ini.

Pakatan Harapan kata Belanjawan 2021 harus fokus untuk memenuhi keperluan ekonomi rakyat Malaysia

Semalam Pakatan Harapan (PH) kemukakan enam cadangan utama dalam pertemuannya dengan Menteri Kewangan berhubung Belanjawan 2021. Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kata pihaknya ada cadangkan supaya peruntukan Kementerian Kesihatan untuk COVID-19 dan penyakit tak berjangkit ditingkatkan.

https://www.youtube.com/watch?v=zRleX7lsJGw

Diorang jugak cadangkan supaya diperkasakan perlindungan sosial, jaringan keselamatan dan pembayaran kebajikan kepada golongan berisiko dan penganggur dengan meningkatkan bantuan kebajikan kepada RM1,000 sebagaimana dijanjikan Perdana Menteri sehingga akhir krisis COVID-19.

“Kita juga mencadangkan perlanjutan moratorium pinjaman sehingga 31 Mac 2021. Selain itu, subsidi upah diteruskan sehingga 31 Mac 2021 dan mewujudkan 600,000 pekerjaan seperti program Malaysia@Kerja yang menyediakan insentif untuk tempoh dua tahun kepada majikan dan pekerja berharga RM13 bilion. Peningkatan perbelanjaan pendidikan dan terakhir, perbelanjaan pembangunan untuk dua projek utama iaitu Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) serta menaik taraf infrastruktur air untuk Selangor, Kelantan dan Pahang,” – Saifuddin Nasution, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Dia kata macam tu kepada pemberita selepas selesai adakan pertemuan selama dua jam dengan Menteri Kewangan. Turut hadir dalam pertemuan itu adalah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu.

71604225729 Tbpakatanharapan
Via Astro Awani

PH memandang belanjawan tahunan negara sebagai tugas utama Ahli Parlimen, bukan sekadar nak pastikan perkhidmatan awam ada sumber yang cukup untuk memerangi COVID-19 secara berkesan. Katanya, dalam suasana COVID-19 pada hari ini, ekonomi Malaysia berada di dalam krisis yang mencabar kelangsungan perniagaan kecil, pekerjaan, masa depan dan keadaan kewangan rakyat Malaysia.

Diorang kata – penting bagi kerajaan dan pembangkang bersama untuk hasilkan Belanjawan Perpaduan yang khusus untuk membantu rakyat Malaysia mengatasi dan bertahan dalam kegawatan COVID-19.

“Belanjawan 2021 harus fokus untuk memenuhi keperluan ekonomi rakyat Malaysia, dengan mewujudkan dan memelihara pekerjaan rakyat, dan memastikan perniagaan dibantu untuk mereka terus bertahan. Secara asasnya, kami mendesak kerajaan untuk menerapkan dasar fiskal yang mengembang dengan tujuan utama untuk meringankan cabaran aliran tunai rakyat dan syarikat,” – Saifuddin Nasution, seperti yang dilaporkan Berita Harian

UMNO tekankan cadangan pengeluaran dari Akaun 1 caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Selain daripada PH, UMNO pulak cadangkan pengeluaran dari Akaun 1 caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan meneruskan pemberian moratorium pembayaran pinjaman secara bersasar dalam Belanjawan 2021. Cadangan tu sebahagian daripada 130 syor dalam Memorandum Suara Rakyat oleh parti berkenaan kepada Menteri Kewangan.

https://www.youtube.com/watch?v=_F1Ily6O-IQ

Benda ni disampaikan empat wakil UMNO, diketuai Setiausaha Agungnya Datuk Seri Ahmad Maslan serta Ahli Majlis Kerja Tertinggi parti itu,Tan Sri Noh Omar dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Ketua Pemuda, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Kementerian Kewangan, di sini hari ini.

Ahmad berkata, jumlah pengeluaran caruman Akaun 1 boleh ditentukan oleh KWSP dan tidak semestinya RM10,000 seperti yang dicadangkan sebelum ini.

“Rakyat juga mahu bank melanjutkan tempoh pemberian moratorium secara automatik atau bersasar. Pada pandangan saya, secara bersasar lebih sesuai,” – Ahmad Maslan, seperti yang dilaporkan Berita Harian

71604225729 Tbpakatanharapan
Via MG

Mengenai moratorium bayaran balik pinjaman, katanya beliau berpandangan ia lebih sesuai diberikan secara bersasar berbanding secara automatik memandangkan negara ini terdiri daripada tiga kumpulan pendapatan iaitu golongan berpendapatan tinggi T20, sederhana M40 dan rendah B40.

Ahmad Maslan turut dibangkitkan isu pengangguran dan inisiatif bagi mewujudkan peluang pekerjaan baru yang perlu diberi keutamaan dalam Belanjawan 2020. Katanya ketika ini terdapat 740,000 penganggur di negara ini dengan kadar pengangguran meningkat daripada kira-kira tiga peratus kepada 5.4 peratus akibat penularan wabak COVID-19.

“Ini bererti ada 240,000 penganggur baru sejak COVID-19, jadi inisiatif untuk membantu mereka yang kehilangan kerja adalah amat penting selain membuka peluang pekerjaan baharu. Seramai 240,000 penganggur baharu ini amat tertekan kehidupan mereka,” – Ahmad Maslan, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Asyraf Wajdi pulak ada buat hantaran di laman Facebooknya dengan senaraikan 10 cadangan utama UMNO antaranya yuran percuma kepada pelajar universiti awam dan bayaran khas sekurang-kurangnya RM500 kepada ibu bapa bagi meringankan perbelanjaan sesi persekolahan tahun 2021. Turut dicadangkan ialah melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hingga Disember 2021.

Persidangan Parlimen kali ini akan menjawab dua hal – sokongan kerajaan hari ini, dan Belanjawan 2021

Seperti yang kami katakan dalam artikel semalam, Belanjawan 2021 ni umpama belanjawan hidup dan mati rakyat. Pertama sekali, kerajaan hari ini perlu memastikan diorang sebenarnya masih ada mandat lagi dalam menjadi kerajaan – kalau betul-betul diorang dah takde mandat, adalah baiknya pimpinan yang ada pada hari ini berundur secara terhormat. Kalau masih ada sokongan – teruslah jadi kerajaan yang baik.

Keduanya, pastikan Belanjawan 2021 ini akan memberikan peruntukan yang kritikal terhadap isu kesihatan dan survival ekonomi rakyat. Sekarang ni ramai gila orang hilang kerja atau kehilangan sumber pendapatan, agaknya apa kerajaan nak buat dengan isu ni?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *