Dalam menghadapi pandemik Covid-19, ini kumpulan terpinggir yang sukar dapat bantuan

F1

Dah nak sampai penghujung akhir bulan April ni, rakyat masih tertunggu tiga benda: Ramadan, bantuan kewangan dan keputusan sama ada nak sambung PKP atau tak. Bila kami sebut ‘rakyat’, ni termasuklah mereka yang tergolong dalam kelompok miskin yang terpinggir.

Budak Miskin
Via Says.com

Kelompok miskin yang terpinggir ni memang tak dapat bantuan kerajaan pun. Kalau ada, tak semua yang dapat atau layak dapat disebabkan mereka tak terdaftar hingga tak wujud dalam sistem pengagihan bantuan pun. Disebabkan tu, kami rasa ada perlunya kita gesa penyelesaian yang terbaik untuk mereka terutamanya masa COVID-19 ni.

Komuniti Orang Asli banyak menyumbang tapi masih tak semua layak terima bantuan

Bila cakap pasal Orang Asli, ramai ingatkan mereka ni hanya duduk je dalam penempatan mereka dan tak menyumbang pada negara. Duduk kat hutan je kan…

Tak kurang pulak, ramai ingat mereka boleh hidup berbekalkan hasil hutan je. Petik sayur dari hutan, minum air sungai yang segar tu. Ye lah, secara teorinya begitu. Tapi siapa je yang boleh hidup dalam hutan kalau ekosistem hutan sendiri semakin tak terjaga?

Orang Asli Malaysia
Via Illuminasi.com

Selain tu, mereka pun tetap melangsungkan ekonomi tempatan dengan meraih hasil hutan dan turut membeli produk lain kat bandar. Pandai jugak cari barang keperluan macam kita yang duduk di bandar.

Ketika kerajaan negeri Selangor cuba nak jual hutan simpan dulu, Orang Asli antara yang terkedepan halang penjualan tersebut. Ketika kerajaan negeri Sarawak cuba meneroka hutan simpan untuk aktiviti pembalakan, orang Penan jugaklah yang cuba lindungi hutan-hutan tersebut.

Penan Pembalakan Sarawak
Kaum Penan diugut bunuh, diculik dan dirogol oleh para pembalak. Kerajaan negeri buat tak tau je. Via Says.com

Menurut laporan The Malaysian Insight pada 4 April 2020;

“Maklumat yang kami terima adalah mereka (para pembalak) sudah tebang dan bakar hampir 1.2 hektar hutan untuk penanaman (di hutan simpan Bukit Larut). Mereka juga buat pagar elektrik di sekeliling kawasan itu. Mereka buat semua ini ketika perhatian semua orang tertumpu kepada wabak koronavirus,”- Meor Razak Meor Abdul Rahman, aktivis Sahabat Alam Malaysia

Jelaslah bahawa kalau bukan kerana orang Asli, hutan kita dah habis ditarah secara haram dan secara diam-diam. Mereka setia meronda dan ‘berkhidmat’ pada masyarakat dengan menjaga alam sekitar serta menjual hasil hutan.

Penan Sarawak
Via FOE Malaysia

Namun begitu, tak semua orang Asli dapat terima bantuan kerajaan. Ini disebabkan data mengenai mereka tak cukup lengkap dan ada sebahagian daripadanya masih tak dapat dokumen pengenalan rasmi.

Terdapat 198,000 orang Asli di Semenanjung Malaysia, dengan tambahan 126 kampung yang belum lagi didaftarkan dengan kira-kira lebih 30,000 orang lagi. 92 peratus daripada mereka boleh dikelompokkan sebagai miskin. Di Klang Valley je, ada 74 buah kampung lagi dengan kira-kira 20,000 orang yang tertumpu di Kuala Langat dan Hulu Selangor.

Orang Asli Kelantan
Orang Asli di Kelantan berjuang halang pembalakan. Via Malay Mail

Setakat artikel ni ditulis, bantuan makanan dikatakan diagihkan kepada 49,670 ketua isi rumah di 853 perkampungan pada fasa pertama dan sedikit penambahan kepada 55,000 ketua isi rumah. Hanya penambahan sebanyak 5,530 ketua isi rumah je. Memang tak sampai kepada semua lah nampaknya selagi takde fasa seterusnya…

Tiada keadilan buat pekerja asing, masih kelaparan dan bingung dengan nasib mereka

Satu lagi kelompok terpinggir yang harus disebut adalah pekerja asing. Menurut SUHAKAM, kebanyakan pekerja asing ni terlibat dalam sektor pembinaan, pertanian, perkhidmatan dan pembuatan.

Buruh Asing
Via Astro Awani

Biasanya mereka ni diberi tempat tinggal yang kotor dan sempit, jadi perkara ni secara tak langsung buatkan penjarakkan sosial tu agak mustahil untuk diamalkan.

Lantaran wabak ni jugak, mereka telah diberhentikan kerja dan tak dibayar gaji. Kebajikan mereka terabai dan ditinggalkan oleh majikan mereka tanpa sebarang bantuan pun. Nak bayar rawatan kesihatan pun takde duit, ni kan lagi nak beli makanan runcit untuk keperluan harian mereka.

Pekerja Terima Bantuan
Kebanyakan bantuan hanya datang dari ihsan masyarakat je..Via FMT

Jika dilihat, pakej rangsangan kita lebih tumpukan pada kebajikan rakyat warganegara je. Bukannya kelompok pekerja asing. Terdapat beberapa kes dimana Kedutaan pun lepas tangan je dengan nasib pekerja asing ni, sehinggakan mereka pulak yang minta NGO uruskan rakyat mereka kat sini.

Kita kena berlaku adil pada semua orang, tak kiralah kepada menteri hinggalah kepada pekerja asing yang menjadi tulang belakang kepada pencakar-pencakar langit di Malaysia sekarang ni. Dalam masa kesengsaraan ni lah, kita patut bantu mereka yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan kewarganegaraan.

Dalam Perlembagaan pun, tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya termasuk keperluan untuk meneruskan kehidupan seperti makanan, pekerjaan dan kesihatan. Buat masa ni, kita hanya boleh bantu setakat apa yang kita mampu, iaitu dari segi makanan dan kesihatan.

Ngo Pekerja Asing1
Via Malaysiakini

Tu belum kira lagi pekerja asing tanpa dokumen. Walaupun kita dah berusaha kekang aliran masuk pekerja tak sah ni, kita masih perlu ada tanggungjawab sosial sesama manusia untuk bantu mereka yang perlukan makanan pada waktu sakit seperti ni.

Ada jugak komuniti pelarian yang tak dapat perhatian kerajaan dan Kedutaan pun. Takde siapa nak tolong, tambah lagi bila mereka sendiri kehilangan kerja akibat penutupan operasi syarikat. Misalnya, komuniti pelarian seperti dari Rohingya dan kumpulan minoriti Myanmar lain, termasuklah dari Timur Tengah tetap tak terjamin kebajikannya di negara kita.

Rohingya Bot
Beberapa bot pelarian Rohingnya ditolak dan dihalang masuk oleh Malaysia ketika mereka lari dari wabak…Via The Jakarta Post

Komuniti tanpa warganegara, warga terapung jugak terkesan dan perlu bantuan sewajarnya

Mungkin tak ramai yang faham macam manalah komuniti tanpa warganegara ni boleh wujud. Ingatkan semua orang kat dunia ni, mestilah ada kewarganegaraan tersendiri.

Haa.. tu betul, kalau mereka lahir atas darat. Dah kalau lahir hingga mendewasa tu lebih banyak di atas perahu; itu digelar warga terapung.

Bajau Laut
Ada yang jadikan perahu tu sebagai rumah mereka… Via Wikipedia

Dekat Sabah misalnya, kedua-dua jenis komuniti ni memang wujud. Cuma jarang yang sedar, dan selalu beranggapan bahawa mereka yang takde kad pengenalan merupakan pendatang tanpa izin semata-mata.

Kami dah pernah sebut pasal NGO Borneo Komrad, iaitu salah satu gerakan sukarelawan yang banyak bantu perjuang nasib keluarga tanpa negara ni. Festival Pandang ke Borneo baru-baru ni secara tak langsung buatkan ramai lebih faham situasi masyarakat kat Sabah.

Menerusi perkongsian-perkongsian dengan rakan sukarelawan dari Borneo Komrad di media sosial, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri gagal memberi bantuan yang sepatutnya kepada komuniti tersebut. Setakat ni, bantuan sukarelawan dan agihan makanan hanya datang dari sumbangan masyarakat – bukannya kerajaan.

Kalau betul ni kerajaan yang kita perlu, beri bantuan dan baiki kelompangan sistem terdahulu adalah caranya…

Satu benda kami suka nak ingatkan adalah politik dan pentadbiran sepatutnya dipisahkan jadi dua perkara yang berasingan. Begitu jugaklah dengan kritikan-kritikan kami ke atas satu pihak. Ia tak bermakna kami sokong pula pihak satu lagi.

Tengok betapa cemerlangnya penjawat-penjawat awam kita yang takde kepentingan peribadi dan politik; kebajikan rakyat sentiasa diutamakan. Kenapa Menteri tak boleh buat macam tu?

Top Doctor
via https://news.cgtn.com/

Dulu Perdana Menteri Dato Seri Muhyiddin kata PN adalah kerajaan yang kita perlu, maka ni lah masanya untuk buktikan kenyataan tersebut. Buktikan kewibawaan ‘kerajaan atap’ ni dengan memberikan perhatian meluas kepada kegagalan sistem tadbir urus terdahulu dan memperbaikinya supaya takde orang ‘tertinggal’ lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *