Suatu masa lalu, ramai orang takut dengan perkataan ‘demonstrasi’ atau tunjuk perasaan. Ramai ingat, ini suatu aksi yang bahaya, menyalahi undang-undang dan tak wajar dilakukan kalau sayang negara. Namun begitu, kebangkitan rakyat pada 2016 menyaksikan lebih ramai rakyat Malaysia yang semakin berani untuk turun ke jalanan. Diorang semakin faham tentang perlunya diadakan perhimpunan aman, dan kerajaan tak perlu lagi ditakuti. Sebaliknya, rakyatlah yang perlu ditakuti kerana rakyatlah yang akan menentukan siapa yang jadi kerajaan di masa depan. Gelombang kebangkitan pada 2016 disempurnakan 3 tahun selepas tu, apabila kerajaan Pakatan Harapan naik jadi kerajaan Persekutuan. Ini menunjukkan UMNO-BN tak lagi boleh rasa terlalu selesa dan mesti fikirkan cara terbaik untuk bantu rakyat.
Akibat pandemik, kita terpaksa berhadapan dengan lebih banyak cabaran. Mulanya, kita berdepan dengan cabaran nak kawal penularan Covid-19 dan peningkatan kes setiap hari. Lepas tu, kita kena berdepan lagi dengan cabaran nak capai populasi 90% dah vaksin. Sekarang ni, kita berdepan lagi dengan isu sosioekonomi rakyat. Harga barang naik. gaji menteri pun naik. Subsidi ditarik. Bekalan makanan kejap dilaporkan ada, kejap takde. Rakyat dah muak bising kat media sosial, jadi diorang nak turun ke jalan bagi menyuarakan pandangan diorang. Ini lima perkara yang diorang tuntut…dan reaksi para menteri seputar tuntutan tersebut.
1. Rakyat minta potong gaji menteri, anggota Jihad Tangani Inflasi tak setuju
Kadar inflasi dah naik. Kadar OPR pun naik jugak. Semua naik. Gaji minimum kita pun naik. Gaji menteri pun naik jugak. Bagi sebahagian besar rakyat, gaji menteri ni dah terlalu besar sebenarnya. Kalaulah menteri bersetuju untuk potong gaji, dan gunakan lebihan tersebut untuk membantu rakyat… itu langkah yang dilihat lebih baik.
Dalam bulan yang sama bermulanya subsidi minyak ditarik, ada sesetengah kerajaan negeri luluskan usul naik gaji Ketua Menteri dan para ADUN. KM Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor kata, tak dinafikan wujud persepsi bila DUN ambil keputusan untuk menimbangkan kenaikan emolumen atau gaji ADUN Sabah.
“Tetapi seperti yang saya katakan tadi, yang penting kerajaan mempunyai satu usaha atau dasar yang baik untuk memastikan bahawa rakyat kita terutama daripada golongan kurang berkemampuan dibantu, kita ada dasar yang baik dan dengan adanya emolumen atau gaji ini juga adalah digunakan oleh wakil rakyat untuk membantu rakyat.
Inilah budaya kita di Sabah sekarang ini setiap hari wakil rakyat akan dikunjungi oleh rakyat mereka. Saya setuju setengahnya mungkin gaji yang diterima ini, emolumen ini tidak cukup untuk membantu rakyat,”- Hajiji Mohd Noor, Sinar Harian
Bukan setakat tu je, salah sorang anggota Jihad Tangani Inflasi siap persoalkan adakah potong gaji menteri ni berjaya turunkan inflasi. Pengerusi Pasukan Khas, Annuar Musa dan merangkap Menteri Komunikasi dan Multimedia kata kepada pemberita di Parlimen:
“Bolehkah anda namakan satu negara yang berjaya turunkan inflasi dengan (menteri) potong gaji? Kedua, katakan anda potong RM10,000 dari setiap menteri, gandakan dengan 36 (jumlah menteri dalam kabinet), berapa yang anda dapat?
Bolehkah anda beri jaminan kepada saya yang inflasi akan selesai (dengan cara ini)? Harga barang tak (akan) naik? Tolonglah, jangan main politik,”- Annuar Musa, seperti yang dilaporkan Malaysiakini
2. Subsidi harus dikekalkan, Tengku Zafrul kata mekanisme subsidi tak baik untuk jangka masa panjang
Salah satu tuntutan demonstrasi #Turun pada Sabtu lalu adalah subsidi harus dikekalkan. Subsidi minyak masak adalah salah satu perkara yang amat dirasai seluruh rakyat, dan boleh jadi lebih banyak subsidi lagi akan dihentikan jika melihat dari gerak-geri Tengku Zafrul selaku Menteri Kewangan. Bagaimanapun, Annuar Musa cuba menjelaskan subsidi rakyat ni tak ‘mansuh’, sebaliknya pemberian wang kepada rakyat pula akan ditambah nanti. Wang dalam subsidi tu ditukarkan dalam bentuk pemberian wang pulak.
🇲🇾 Malaysia – Kuala Lumpur [Jul 23, 2022]
Demonstration against the government , rising food prices & costs of living.#Turun #inflation #StopAgenda2030 pic.twitter.com/dlToGpCNNl
— 🏛️ BMedia 🇳🇱 (@BananaMediaQ) July 23, 2022
Dengan perbelanjaan subsidi dijangka meningkat kepada RM77.7 bil berbanding peruntukan sebanyak RM31 bilion dalam Bajet 2022, Zafrul berkata, hasil cukai tambahan susulan peningkatan harga minyak mentah dan sawit tidak mencukupi untuk menampung peningkatan subsidi itu. Walaupun begitu, kerajaan dilaporkan rancang akan perkenalkan subsidi baharu yang tak termasuk dalam Bajet 2022.
Ia melibatkan subsidi ayam dan telur serta elektrik bagi melindungi rakyat daripada kesan penuh kenaikan harga makanan dan komoditi dunia,”- Tengku Zafrul dalam jawapan bertulis di Parlimen, seperti yang dilaporkan dalam FMT
3. Salurkan bantuan bermaruah dan bukan sekadar ada, kurang dibincangkan pulak
Dalam banyak tuntutan yang dibawa, tuntutan ketiga ni agak jarang dibincangkan. Bahkan, ia tak sejelas tuntutan-tuntutan lain yang disifatkan lebih tampak. Sebenarnya ‘bantuan bermaruah’ ni boleh jadi bermacam-macam benda, sama ada dari segi kualiti bantuan tu sendiri, bentuknya hinggalah kepada siapa ia disasarkan. Jika kami teliti beberapa komen mengenai bantuan bermaruah ni, rata-rata penyokong #Turun kata bantuan bermaruah mestilah diagihkan kepada segenap lapisan masyarakat. Menurut Presiden Kesatuan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Aliff Naif;
“Kami juga menuntut agar bantuan bermaruah dapat diberikan kepada semua lapisan masyarakat. Bantuan sedia ada jelas tidak mencukupi dan tidak dapat mengurangkan beban rakyat akibat kenaikan harga barang,”- seperti dilaporkan Malaysiakini
-mahasiswa adalah seperti berikut:
1. Pemotongan gaji menteri
2. Mengekalkan subsidi sedia ada dan tidak mengurangkan sebarang bentuk subsidi yang lain
3. Bantuan yang bermaruah kepada semua lapisan masyarakat
4. Kawalan harga barangan
5. Menyelesaikan masalah jaminan makanan— Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (@kmum1905) July 25, 2022
Bantuan bermaruah tu mestilah sesuatu yang benar-benar boleh digunakan oleh kumpulan sasar yang nak dibantu tu. Misalnya, kalau kumpulan sasar tu perlu makanan berkhasiat… tak bolehlah beri makanan ringan kat diorang. Gitu jugak bila kita nak bantu para pelajar dan mahasiswa – berilah diorang bantuan elektronik yang benar-benar berkualiti dan tak perlu diorang ambil risiko dari ‘meletup’ kat tangan semasa belajar ‘online’.
"Sekali pun ada risiko, kita tidak gentar. Mahasiswa bersama masyarakat." – @aliffnaif_ #TURUN pic.twitter.com/x2L6mQ94wq
— Adam Adli (@AdamAdli) July 23, 2022
4. Kawal harga barang, sekali lagi kerajaan diselar gagal tangani harga barang
Kembali lagi kepada isu barang dan harganya yang semakin tinggi… kerajaan masih dilihat gagal tangani isu tersebut. Topik yang sama terus berulang-ulang dari 2021: kerajaan perlu kawal kenaikan harga barang. Menurut Timbalan Presiden Persatuan Pengguna Kelantan Darulnaim, Khazuni Datuk Othman, pihaknya dah banyak terima keluhan daripada masyarakat mengenai kenaikan harga barang terutamanya barangan basah.
“Sejak awal November lalu, memang ramai datang mengadu dengan kami. Harga ayam, telur, sayur naik lebih daripada biasa. Rata-rata tinjauan pihak kami mendapati memang benar ada kenaikan harga berlaku,”- Seperti yang dilaporkan Sinar Harian
Ikut soal selidik diorang yang melibatkan beberapa peniaga di sekitar kawasan Kota Bharu, diorang terpaksa naikkan harga barang susulan peningkatan harga yang dikenakan oleh pemborong. Jadi kerajaan kena letak garis panduan khusus bagi memastikan kenaikan harga barang dapat dikawal sebaik mungkin. Hal ini diburukkan dengan khabar-khabar angin yang meramalkan berlakunya kenaikan harga barang selepas ni. Malangnya, ramalan tu benar. Ia tak dapat dibendung lagi apabila kita menyaksikan harga ayam, telur dan minyak masak naik.
Semangat demonstrasi #Turun kali ni banyak berkisar pada tekanan untuk kerajaan fikirkan semula cara untuk menurunkan harga barang atau sekurangnya, kawal harga barang.
5. Dulu kata kurangnya bekalan makanan, namun ada pulak kata dah terlebih
Masalah kurangnya bekalan makanan merupakan salah satu alasan yang agak popular sebelum kenaikan harga ayam, telur dan minyak masak ni. Ada orang kata, ni semua salah kartel. Kerajaan pulak tak habis salahkan peniaga yang sembunyikan bekalan. Tunggu naik harga baru jual dengan harga baru.
Telur tetiba banyak
Ayam tetiba gemok
Minyak botol tetiba banyak
Minyak pakej x ada stokAlhamdulillah.
Group2 yg melawan nampak benda ni x betul.#TURUN— #EnFaidhi (@faidhirahim) July 2, 2022
Ada jugak yang benar-benar yakin bahawa isu bekalan makanan global turut memberi kesan kepada rantaian bekalan tanah air. Yang dapat kita pastikan, ada kebenaran dalam setiap fakta ni. Boleh jadi, situasi ni berlaku dalam industri setempat. Faktor-faktor ini menyumbang kepada masalah bekalan makanan negara, khususnya dengan hakikat kurangnya jaminan makanan (food security) yang dapat dihasilkan negara ni.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah kata bekalan ayam kini dah mencukupi dengan harga yang stabil. Malahan, bekalan dari penternak dah berlebihan. Ada yang dijual melebihi 40 hari, menyebabkan saiz dan beratnya lebih besar dari ayam standard. Biasanya ayam dalam 34 hari tu dah cukup untuk dipasarkan.
“Sejak awal November lalu, memang ramai datang mengadu dengan kami. Harga ayam, telur, sayur naik lebih daripada biasa. Rata-rata tinjauan pihak kami mendapati memang benar ada kenaikan harga berlaku. Ada yang lebih 40 hari baru dijual, tetapi jangan bimbang ia tidak menimbulkan apa-apa masalah,”- seperti yang dilaporkan Berita Harian
Dulu sibuk pulak kata ayam tak cukup, akibat makanan untuk ternakan ayam yang perlu diimport. Misalnya pada April lalu, kerajaan nak perkenalkan pelan tindakan Pembangunan Industri Jagung Bijian bagi menangani harga dedak mahal.
Dapatlah kita simpulkan di sini, andainya kita terus bergantung dengan pasaran import khususnya bahan-bahan makanan untuk ternakan… kita lebih mudah terjejas dengan isu politik antarabangsa yang dapat mengugat bekalan import kita. Perkara ni memang perlu difikirkan dan dirangka sebaiknya oleh pihak kerajaan.