Kerajaan Perak perlu beri pelajar telefon pintar, bukan bom. Ini kisahnya

f2

Di kala zaman pandemik yang dah mendesak untuk kita segera menyambut cara pembelajaran atas talian, sebarang bantuan elektronik amatlah diperlukan khususnya untuk para pelajar dari keluarga kurang berkemampuan. Kerajaan sendiri berjanji nak edarkan bantuan elektronik seperti Bantuan Komputer Riba sejak tahun lalu. Lepas tu, program Jaringan Prihatin yang baru-baru ni diperkenalkan nampaknya mendapat perhatian ramai. Tentulah bila ada sebarang bantuan ni, kita haruslah bersyukur dan cuba memanfaatkan program tersebut sebaik mungkin.

728 X 90

Namun begitu, isu pemberian telefon pintar kat Perak mengundang bermacam reaksi dari orang ramai. Rata-rata mengecam MB Perak dan syarikat yang memberikan bantuan tu. Kami rasa, lebih ramai sebenarnya yang tak puas hati dengan kenyataan MB Perak berbanding nak marah pasal syarikat yang edarkan bantuan tu. Ni cerita penuh isu tersebut, dan apa pengajaran di sebaliknya…

umno perak saarani yes
Via UMNO Online

Kerajaan negeri Perak bangga dapat edarkan 20,000 telefon pintar, kualiti nampaknya tak penting

Pada 14 Jun lalu, media-media akhbar melaporkan kerajaan negeri Perak dah edarkan 20,000 telefon pintar kepada pelajar dari keluarga B40 bagi program Tuisyen Cikgu Saarani (TCS). Untuk pengetahuan korang, program TCS ni di bawah tanggungjawab kerajaan negeri, dan dinamakan sempena MB Peraknya Datuk Saarani Mohammad.

Ia dilancarkan pada Februari lalu, dan sasaran utamanya adalah untuk calon SPM. Ni bermaksud kerajaan negeri Perak berbangga bahawa diorang dah berjaya edarkan puluhan ribu telefon pintar kepada sebahagian daripada lebih 200,000 pelajar berdafar dalam program diorang sendiri.

210614 tuisyen cikgu saarani majlis pemberian hero
Via Soyacincau

Memandangkan takde laporan rasmi dari media yang sebut jenama dan model telefon pintar tu secara jelas, tetapi apa yang menarik adalah kenyataan pihak kerajaan negeri terhadap pemberian telefon pintar tersebut. Diorang mengakui telefon pintar tu bukanlah berkualiti tinggi, dan ia dipilih kerana diharapkan untuk tujuan pembelajaran semata-mata. Telefon tersebut dah dipasangkan aplikasi Frog Play, iaitu sebuah aplikasi yang mudahkan kuiz ulangkaji matapelajaran teras daripada Tahun Satu hingga TIngkatan Enam.

“Tetapi sekiranya pelajar merungut telefon diberikan ini perlahan atau kualitinya tidak baik, saya percaya mungkin pelajar menggunakannya untuk bermain game dalam talian dan sebagainya memandangkan prestasi peranti ini sememangnya akan terjejas jika dipasang dengan aplikasi berat seperti ‘game’.

Justeru saya sarankan agar pelajar serta ibu bapa yang menerima pakej rangsangan telefon pintar TCS ini supaya menggunakannya sebaik mungkin khusus untuk PdPR dan tuisyen dalam talian (menggunakan aplikasi FrogPlay),”- Ahmad Saidi Mohamad Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia, seperti yang dilaporkan Harian Metro

Niat dah betul. Tapi cara tak berapa betul. Kenyataan Pengerusi tu seolah membayangkan para pelajar ni tak layak terima telefon pintar yang lebih berkualiti sikit. Kalau diorang merungut, ertinya para pelajar memang main permainan video kat sana. Hal ni cuba diselidik oleh Malaymail, dan diorang mendapati bahawa telefon tersebut adalah sebuah telefon pintar yang ‘asas’ je iaitu Yes Altitude 3. Ia diedarkan oleh syarikat komunikasi YTL.

Kumpulan wartawan Malaymail menyimpulkan telefon pintar tu kurang membantu, apatah lagi apabila para pelajar nak gunakannya lebih baik untuk pasang aplikasi-aplikasi yang lebih perlukan spesifikasi teknologi yang lebih baik. Sekarang ni, para pelajar perlukan lebih dari satu aplikasi untuk belajar. Tetapi apa faedahnya memberikan telefon pintar asas yang tak mampu sangat pun nak mudahkan para pelajar?

perak free phone b40specs soyacincau 14062021
Spesikasi telefon kurang sesuai untuk pembelajaran yang optimum.. -Via Soyacincau

MB Perak sokong pemberian telefon kurang berkualiti, jangan minta lebih-lebih

Susulan kritikan ramai terhadap kualiti telefon pintar dan bagaimana ia kurang membantu kepada para pelajar; MB Perak tampil sokong pemberian telefon tersebut. Ketika nilah, baru kita jelas bahawa pemberian telefon tu bukanlah daripada dana awam sebaliknya merupakan sumbangan dari Yayasan YTL. Tak cukup buruk lagi dah kenyataan awal daripada pihak kerajaan negeri, MB Perak menambah pedih atas luka rakyat apabila dia sendiri ‘tegur’ supaya jangan minta lebih-lebih. Dia kata;

Bila kita susah, orang nak sedekah kita terima. Tak adalah demand-demand kan? Kalau masa kita tengah susah ni, orang bagi ikan sardin, ikan sardinlah kita makan. Tak ada kita (minta) nak makan ayam pula.

Itulah ceritanya. Jadi nak gambarkan bahawa telefon pintar itu diberi secara percuma dan kami menerimanya dan kami telah pun mengedarkan kepada pelajar-pelajar.”- seperti yang dilaporkan Lobak Merah

Di samping tu, memang banyak rungutan dan keluhan para penggunanya bahawa telefon yang diberikan tu cepat panas dan mudah rosak walaupun masih baru diterima. Lebih teruk, ada jugak yang laporkan telefon pintar tu terbakar semasa menjalani kelas dalam talian. Sekiranya dah sampai macam tu… apa yang harus dilakukan oleh kerajaan negeri? Kami rasa, antara perkara paling baik adalah dengan memperbaiki atau menggantikan lagi telefon pintar tersebut dengan model yang lebih berkualiti dan menepati keperluan teknologi zaman ni.

Malangnya, tu tak terlintas di fikiran MB Perak. Bila ditanya adakah kerajaan negeri bercadang untuk menaik taraf telefon pintar tersebut agar lebih sesuai digunakan, Saarani mengatakan, “lebih baik ada daripada tiada”. Sambungnya lagi, dia tak bimbang dengan insiden telefon pintar tu terbakar sebab takde kaitan dengan program kerajaan negeri Perak walaupun gunakan model yang sama.

“Lebih baik ada daripada tiada. Kalau tidak ada sumbangan Yayasan YTL ini, bermakna ribuan anak-anak B40 tidak ada satu peranti pun untuk mereka ikuti PdPR….

Daripada 100,000 telefon yang diedarkan di seluruh Malaysia, hanya satu yang terbakar. Takkan kita nak jadikan sebagai satu punca untuk kita membuat siasatan. Di rumah saya pun saya beli banyak bulb lampu. Kalau terbakar takkan saya nak marah syarikat itu.”-seperti yang dilaporkan Lobak Merah

https://youtu.be/I74llC0sp-o?t=12

Ye lah… bulb lampu tu kita tak pegang kat tangan, tak rapat kat muka. Telefon pintar ni berbeza kegunaan dan ‘keakraban’ dia dengan para pelajar. Para pelajar perlu pegang dan melihat skrin, jadi tentulah lebih bahaya apatah lagi andainya ia berisiko mencederakan anggota tubuh para pelajar sekiranya ia meletup.

Saarani disokong Bersatu Perak, bekas MB Perak kata mengkritik Saarani adalah usaha tak beretika

Bekas MB Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pun turut sokong kenyataan Saarani. Dia kata, tindakan menyindir atau memperkecilkan usaha Saarani adalah suatu yang tak beretika dan mengecewakan.

“Bersatu Perak mengecam penuh dan menyatakan rasa tidak bersetuju atas tindakan segelintir pengamal media dan netizen yang mengambil peluang untuk mengeruhkan keadaan dengan melontarkan tohmahan kepada para pemimpin yang sedang dalam usaha membantu meringankan beban rakyat.

Bersatu Perak berharap agar kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang. Bersamalah kita berganding bahu dalam memerangi musuh utama negara iaitu wabak Covid-19,”-seperti yang dilaporkan Malaysiakini

screenshot twitter telefon murah
Beberapa komen warganet.. -Via Lobak Merah

Pemesongan naratif sebegini amat biasa dilakukan oleh orang politik agar salah diorang boleh dilupakan esok hari. Isu yang cuba kita suarakan tu selalu ditenggelamkan dengan kenyataan rasmi, sedangkan hal tu adalah sebahagian daripada kegusaran dan keprihatinan kita terhadap satu sama lain. Kita cakap pasal telefon pintar dan keperluan pemberian telefon pintar yang lebih baik. Kita tak kata kita tak jelas dengan situasi pandemik hari ni. Kami jugak tak melihat kaitan usaha memerangi COVID-19 dengan isu telefon pintar kurang berkualiti di Perak.

Dengan kegoyahan keyakinan rakyat terhadap kerajaan kini dan prestasinya, perkara ni haruslah diambil sebagai teladan. Rakyat perlukan pemimpin yang berjiwa rakyat dan berbahasa rakyat. Sekadar berniat nak tolong, tapi tegur rakyat jangan minta,kritik lebih-lebih dan keluarkan lagi kenyataan rasmi daripada seluruh parti supaya tak bincangkan lagi isu tersebut… tu bukan ‘berjiwa rakyat’.

Ditambah lagi, kenyataan pertama yang keluar dari pihak kerajaan negeri sendiri dah berbaur prasangka bahawa rakyat (khususnya pelajar) tak mampu fikir apa yang terbaik untuk mereka. Kalau beri lebih-lebih, diorang takkan gunakan untuk tujuan baik. Bila kita fikir semula… pihak kerajaan negeri tentunya takkan memberikan telefon pintar kualiti rendah untuk pembelajaran anaknya di rumah. Namun mengapa diorang setuju jugak nak berikan telefon berkualiti rendah tersebut kepada anak-anak B40? Walaupun selepas banyak aduan diterima, kerajaan negeri tak bercadang menukarkannya semula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *