Di Sabah, anda akan menjadi monyet apabila membuang sampah merata

Harimau meninggalkan tapak kakinya apabila melewati sesuatu kawasan, manusia pula meninggalkan apa? Rasanya korang dah tahu kot – kehadiran sampah secara tiba-tiba di sesuatu tempat menunjukkan kehadiran manusia. Rakyat Malaysia terkenal dengan tabiat suka buang sampah merata – terutamanya apabila ada acara yang libatkan orang ramai. Sikap macam ni dah buat banyak orang pening, termasuklah kerajaan tempatan – akhirnya di Semporna, Sabah mereka ada solusi tersendiri untuk settlekan masalah ni.

Cara diorang nak elakkan orang buang sampah cukup unik – siapa yang buang sampah akan jadi monyet. Maksud jadi monyet di sini bukanlah orang tu akan jadi monyet macam Monkey King, tapi mereka akan diarahkan untuk gunakan vest yang tertera tulisan MONYET.

Apasal pula aku yang kena? Via Giphy

Ramai yang rela jadi monyet dari bayar denda

Benda ni dilaksanakan pada 1 Januari lalu,  setakat ni seramai 31 orang termasuk seorang pelancong wanita didapati membuang sampah merata tempat di pekan daerah ini dengan 19 membayar kompaun RM30 hingga RM500 manakala 12 tak nak jelaskan bayaran dan rela dikenakan hukuman memakai vest hijau tertulis perkataan ‘monyet’.

Hukuman tu dapat reaksi berbeza beberapa pihak termasuk ada yang menyifatkan ia seolah-olah merendahkan martabat individu kerana menyamakannya dengan haiwan.

Sementara tu, penduduk Semporna okay je kalau nak hukum pesalah yang buang sampah sesuka hati dengan dikenakan kompaun atau didenda melakukan kerja amal mengutip sampah, termasuk pemakaian vest monyet tu.

Apa yang paling best, tinjauan mendapati sejak lebih seminggu hukuman itu dilaksanakan, perubahan ketara dapat dilihat pada tahap kebersihan Pekan Semporna apabila tiada lagi sampah bertaburan di jalan raya dan kawasan tumpuan seperti taman awam, restoran dan premis perniagaan semakin bersih.

Monyet. Via Geng Joyah

“Isu pemakaian vest tertera gambar dan perkataan monyet tidak timbul, sebaliknya kesedaran terhadap masalah kebersihan yang berpunca daripada sikap individu itu sendiri lebih penting,” – Noraina Mad Noor, penduduk Semporna

Setiap hari anggota akan memulakan operasi rondaan bermula 8 hingga 11 pagi sebelum disambung semula 3 hingga 6 petang. Selain Majlis Daerah Semporna, turut dilibatkan dalam operasi ni adalah  polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan RELA.

Masalah sampah di Semporna dah teruk berhabis

Di Semporna, masalah sampah amat kritikal, malah jika diibaratkan seperti penyakit kanser, masalah sampah di daerah ini sudah mencapai tahap empat, kritikal. Oleh kerana masalah dah teruk berhabis, ia memerlukan jalan penyelesaian yang unik dan drastik. Kami tidak akan berganjak daripada usaha ini, walaupun ada badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan hak asasi manusia membantah.

Sesetengah orang bantah kaedah macam ni. Via Giphy

“Apa yang penting, kami mencapai objektif iaitu bebaskan Semporna daripada masalah sampah sarap. Ini sejajar sasaran jawatankuasa untuk Semporna bebas sampah pada 1 April, jika tidak tercapai, usaha ini akan tetap diteruskan,” – Bianus Kontong, Pegawai Daerah Semporna

Macam biasalah bila ada satu-satu benda dilaksanakan, mestilah akan ada yang sokong dan tentang. Jadi macam tulah juga dengan langkah gunakan vest monyet ni. Cuma fikir elok-elok kalau benda ni dilaksanakan di tempat kalian, agak-agak berani tak buang sampah merata? Benda ni akan menjadi perbincangan hangat – adakah dengan cara memulakan diri akan menjadi satu-satunya cara berkesan untuk mendidik rakyat Malaysia? Kalian rasa macam mana?

Mereka tak gunakan perkataan monyet dah, tapi masih guna gambar haiwan tu

Tulisan ‘monyet’ pada vest tak lagi digunakan, sebaliknya diganti dengan gambar haiwan berkenaan. So kalau satu hari nanti kalian pergi ke Semporna, hati-hatilah ya kalau nak buang sampah, tak pasal-pasal jadi monyet nanti. Sebagai manusia yang bertanggungjawab, menjaga alam adalah tanggungjawab kita semua, buanglah sampah di tempat yang betul. Sayangi sungai kita, sayangi alam kita, sayangi ORANGKATA.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *