Doktor perubatan khuatir budaya cakap bahasa Mandarin di hospital

Lepasan universiti masa kini banyak merungut, katanya peluang pekerjaan semakin berkurang. Ya, kita tak dapat nafikan memang semakin susah nak dapatkan kerja zaman ini. Ada yang katakan budak-budak ‘millennial’ yang banyak memilih, tapi… betul ke tuduhan tu? Sekarang ini banyak pula peluang pekerjaan dalam sektor swasta yang hanya akan mempertimbangkan calon yang boleh berbahasa Mandarin. Dengan kata lain, seumpama pekerjaan itu pula yang memilih kita sebelum kita sempat nak memilih.

Muka tengah marah. Via Tenor

Memandangkan aliran sekolah kebangsaan tak menawarkan Bahasa Mandarin sebagai satu subjek, sememangnya kebanyakan anak-anak Malaysia tak boleh cakap Cina, apatah lagi nak fasih untuk melayakkan diri berkomunikasi di peringkat pekerjaan. 

Cubalah pergi tempat cari kerja, memang banyak yang tulis ‘Mandarin speaking’…

Tak percaya bahawa perkara ini satu realiti? Cubalah cari website yang menjadi platform untuk orang mencari kerja, ‘Mandarin speaking’ sering kali tertera di deskripsi kerja yang diiklankan.

 

Via JobStreet

 

Via JobStreet

Benda ni logik bagi syarikat yang mempunyai ibu pejabat di negara yang menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa berkomunikasi, atau syarikat yang majoriti pelanggannya merupakan orang Cina untuk menyatakan keperluan berbahasa tersebut sebagai satu syarat.

Masalahnya – apabila sesuatu peluang pekerjaan itu terhad semata-mata kepada individu yang boleh berbahasa Mandarin, tanpa sebarang justifikasi yang munasabah. Perkara ini langsung menutup pintu rezeki orang lain yang mempunyai kebolehan dan kepakaran dalam bidang tertentu, tapi ada kekurangan dalam aspek kefasihan bahasa.

Bila dah dapat kerja pulak, diskriminasi berlaku di tempat kerja

Di samping itu, diskriminasi dalam bab berbahasa Mandarin dalam kalangan yang sudah bekerja pun wujud! Beberapa doktor menyuarakan perasaan tidak puas hati dan kurang selesa akibat situasi di hospital mereka bertugas.

Menurut satu laporan, doktor-doktor berpendapat bahawa penggunaan bahasa tersebut secara meluas mendatangkan pelbagai keburukan: proses pembelajaran bagi doktor pelatih (houseman) terbantut kerana para individu yang tidak berbahasa Mandarin dikecualikan daripada diskusi. Benda ni menyebabkan keadaan pesakit tidak difahami sepenuhnya, lantas menyebabkan keselamatan pesakit menjadi berisiko.

Kalau doktor ni, tak payah guna bahasa apa-apa. Via Giphy

Baru-baru ini ada satu tweet oleh pengguna @afiatsuardi yang menjadi viral. Pengguna itu, yang dikenali sebagai ‘Sarsi Lannister’, upload gambar nota yang dicatat semasa menghadiri mesyuarat di tempat kerjanya. Katanya, sepanjang meeting tersebut memang rakan sekerja dan bosnya semua cakap Cina, itulah yang notanya pun penuh dengan percubaannya untuk menulis dalam Pinyin (sistem tulisan rumi untuk mewakili bunyi-bunyi dalam bahasa Mandarin).

Dalam reply kepada tweet tersebut, pengguna lain berkata bahawa yang digunakan itu bukanlah Mandarin, tapi sebenarnya Kantonis. Tapi tak kisah lah kan, Mandarin ataupun dialek bahasa Cina yang lain, hakikatnya ialah penggunaan sesuatu bahasa yang tidak difahami semua di tempat kerja merupakan satu bentuk diskriminasi.

Bahasa asing ni, kadang-kadang ada jugak gunanya

Kalau kita dok pikirkan, penguasaan apa-apa bahasa pun membuka peluang lebih luas. Dalam kes Bahasa Mandarin, kita dapat melihat bahawa penguasaan tersebut boleh mendatangkan kebaikan kepada golongan yang mencari kerja secara aktif. Ini kerana ekonomi China kini merupakan kedua terbesar di dunia dan merupakan rakan dagang terbesar Malaysia.

Kita tak payah cakap pasal Bahasa Mandarin je lah, cuba ambil bahasa Jepun sebagai contoh. Penguasaan bahasa tersebut telah memanfaatkan Robert Kuok, individu terkaya di Malaysia, semasa beliau bekerja dengan syarikat Mitsubishi pada zaman pendudukan Jepun.

Via The Coverage

Yang bercita-cita nak jadi diplomat tu, tahu tak penguasaan bahasa asing merupakan satu syarat dan bukannya setakat boleh membantu? Selalunya kita fikir kerja jadi diplomat ni glamour je tanpa mengetahui realitinya. Dalam lima tahun pertama berkhidmat, seorang diplomat perlu menguasai satu bahasa asing. 

Baru-baru ini juga ada gambar tular di media sosial: Agensi Perisikan Pusat (CIA) di Amerika Syarikat yang mengiklankan peluang pekerjaan bagi agen yang mampu berbahasa Melayu kerana kemampuan berbahasa yang merupakan “komponen kritikal misi” CIA.

Nak join CIA? Via FB

Benda boleh belajar kan…

Lagipun, kita bising-bising tak sudah ni, ingatlah: bahasa Mandarin tu benda yang boleh diajar dan belajar. Status, hak dan keistimewaan bumiputera kita enjoy ni, orang bukan bumiputera boleh dapat, boleh beli ke? Mestilah tak.

Tanpa mengira pendirian kita terhadap agenda Bumiputera, ada satu pengajaran yang patut kita semua ambil: berkomunikasi dalam sesuatu bahasa yang tidak difahami semua adalah tidak sopan dan tidak bertimbang rasa. Samada secara casual atau di tempat kerja, ia merupakan etika dan adab berbicara untuk menggunakan bahasa yang boleh difahami semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *