Isu ahli politik potong barisan vaksin, KJ kata jangan sekat kritikan whistleblower

f1

Setahun lalu, kita begitu sayang dengan barisan hadapan. Nak minta orang duduk rumah, boleh guna dah gambar atau nama orang yang berada di barisan hadapan. Para petugas kesihatanlah antara ‘karakter’ yang paling popular untuk pujuk orang ramai supaya tak keluar ke mana-mana dan jaga norma baharu. Kerajaan pun sibuk puji pengorbanan petugas kesihatan, siap nak tambah kuota pengambilan petugas kesihatan untuk menampung keperluan mendadak dulu.

728 X 90

Tu cerita setahun lalu ler… hari ni, dah cerita lain. Perkembangan program vaksin negara memperlihatkan sedikit ‘perubahan’ suara kerajaan berkenaan petugas kesihatan ni. Kami pun terkejut jugak dengan perubahan yang terjadi, dan kami rasa korang pun akan geleng kepala jugak lepas habis baca artikel ni…

emy antara penerima terawal vakisn pfizer
Via Bernama

Berlakunya isu potong giliran terima vaksin oleh orang politik, KJ alu-alukan orang ramai laporkan sebarang maklumat jika ada

Kalau dibandingkan dengan negara-negara Amerika Selatan, kita ni dah ‘baik’ sangat dengan orang politik sehinggakan kami terfikir jugak… negara ni rakyat punya atau ahli politik punya. Rasanya tak perlu dikenang lagi kot bagaimana marahnya kita pada orang politik yang tak segan silu langgar SOP dan tak didakwa langsung walaupun kesalahan tu secara terang dilakukan oleh diorang. Yang penting, ada diskaun menteri gitu.

Kat Amerika Selatan, dah banyak menteri letak jawatan kerana didapati potong giliran terima vaksin. Di sini pulak, macam takpe je pun kalau orang politik didahulukan terima vaksin. Pada awal Februari lalu, tercetus hangat isu potong giliran apabila ada petugas kesihatan dakwa ada pegawai kerajaan Kelantan bertindak ‘meminta’ diberikan laluan untuk cucuk vaksin kepada 200 ahli SUK. Benda ni jadi tular, apatah lagi lepas dikongsikan sendiri oleh Dr. Rafidah.

dr rafidah khairy
Via Malaysia Dateline

Akibatnya, para doktor, barisan hadapan dan jururawat yang sepatutnya terima vaksin pada hari tersebut terpaksa ditangguhkan giliran. Bila petugas kesihatan nak mintak senarai nama, kononnya senarai tersebut akan diberikan pada hari tu. Ni terang-terang dah langgar prosedur dan intipati program vaksin yang mendahulukan barisan hadapan dulu untuk terima vaksin.

Perkara ni mendapat perhatian Khairy Jamaluddin selaku penyelaras program vaksin COVID-19. Dia ucap terima kasih dan pandang serius mengenai isu tersebut, dan alu-alukan sesiapa yang ada maklumat mengenai isu potong barisan ni untuk emel dia je. Sekiranya korang pun ada maklumat mengenai isu potong barisan, korang pun boleh emelkan apa yang korang tau tu secara rahsia dan tanpa nama di [email protected].

screenshot 2021 03 01 at 11.38.06 am censored
Via OhBulan

Walaupun ni suatu inisiatif yang baik untuk mengawal penyalahgunaan kuasa nak potong barisan ni terus berleluasa, ia nampaknya masih tak cukup jugak. Sekarang, dah ada hukuman istimewa menanti sang pemotong barisan ni. Pada awal Mac lalu, Menteri Kesihatan umumkan sesiapa yang didapati potong barisan boleh didenda RM50,000 atau penjara 6 bulan di bawah Ordinan Darurat.

Menteri Kesihatan kata takde laporan rasmi, manakala KKM pulak ‘larang’ petugas kesihatan buat pernyataan awam tanpa kebenaran

Dalam sidang media yang sama pada awal Mac lalu, Menteri Kesihatan kata setakat ni takde lagi laporan rasmi yang diterima berkaitan isu potong barisan. Sehari lepas tu pulak, Astro Awani melaporkan kenyataan KKM yang melarang para petugas kesihatan untuk buat pernyataan awam. Nak buat laporan rasmi, kepada siapa? Perkara ni tak pulak dihebahkan sepertimana yang KJ lakukan dalam ciapannya.

Tambah lagi, kenyataan larangan KKM tu difahamkan merujuk kepada interaksi ciapan Dr. Rafidah Abdullah dengan KJ. Dr. Rafidah ni pakar nefrologi yang rapat dengan masyarakat dan dah berkongsi maklumat kesihatan kepada orang awam. Oleh demikian, interaksi ciapan ni berkemungkinan dilihat ‘memalukan’ KKM. Memetik kenyataan KKM;

“Selaras dengan prinsip perkhidmatan dan peraturan berkaitan tatatertib, setiap penjawat awam ditegah untuk membuat pernyataan yang secara langsung atau tidak langsung menyentuh pelaksanaan apa-apa dasar awam, program dan keputusan Kerajaan tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran.”-kenyataan KKM, seperti yang dipetik dari Astro Awani pada 4 Mac

Ni bermaksud para petugas kesihatan di bawah KKM tak dibenarkan mengkritik, ataupun macam yang Dr. Rafidah Abdullah buat iaitu berkongsi mesej dari whistleblower tanpa nama ni. Segalanya harus melalui “saluran rasmi”, dan perlu mendapat kebenaran KKM sekiranya nak komen pasal apa-apapun berkaitan dengan dasar awam, polisi dan program kerajaan.

Kami rasa takde masalah kalau betullah kerajaan boleh bersifat telus dalam menyiasat laporan whistleblower ni. Malangnya, kredibiliti kerajaan seolah tak mengukuhkan keyakinan ramai apatah lagi para petugas kesihatan nak buat aduan. Tahun lalu saja, isu kekurangan infrastruktur hospital tak dibincang secara terbuka. Nak bawa persoalan tu di Parlimen, orang ramai lebih suka dengar ayat “DG takut mati” berbanding mesej sebenar yang cuba diangkat dalam ucapan sorang ahli Parlimen.

Berkenaan kes Dr. Rafidah tadi, dia dah dipanggil polis untuk siasatan lepas kerajaan negeri Kelantan menafikan diorang ada buat arahan potong barisan macam tu. Menyifatkannya sebagai fitnah, diorang turut buat laporan polis ke atas Dr. Rafidah. Pelik jugaklah kan, sepatutnya kerajaan negeri buatlah siasatan dalaman dulu… bukannya bersifat reaktif seperti ni. Usaha penyusunan semula turut dilaksanakan oleh kerajaan negeri, tapi sekali lagi takde penjelasan terperinci berkaitan langkah tu.

suk kelantan laporan polis
Laju kalau nak lapor polis ye.. Via Malaysiakini

Kit Siang persoalkan tindakan polis, adakah whistleblower boleh dikenakan di bawah Ordinan Darurat lepas ni?

Perkara ni mendapat perhatian pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang. Memetik laporan Bebasnews.my, dia persoalkan kenapa hanya Dr. Rafidah je yang diambil tindakan sedangkan kalau bukan dia yang kongsi, kita pun tak tau wujudnya isu potong barisan untuk terima vaksin. Aduan pegawai yang dikongsikan tu membuka mata orang ramai tentang masalah-masalah yang timbul semasa program vaksinasi dijalankan. Dengan adanya aduan sebegini, kita kena mantapkan prosedur dan proses pemberian vaksin tersebut.

Lepas khabar penafian kerajaan negeri Kelantan dibuat secara terbuka, ia disusuli dengan usaha penyusunan semula senarai nama penerima tu sedikit sebanyak dapat mengesahkan kemungkinan bahawa dakwaan tersebut memang berasas.

“Adakah Dr Rafidah kini bakal berhadapan dengan pendakwaan di bawah Ordinan Darurat mengenai berita palsu, yang berkuat kuasa hari ini, berhadapan dengan kemungkinan didenda sehingga RM100,000 denda, dipenjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali?”- Lim Kit Siang, seperti yang dilaporkan Bebasnews.my pada 12 Mac

Untuk makluman korang, peruntukan Ordinan Darurat mengenai berita palsu antara lain, memperuntukkan denda RM100,000, hukuman penjara tiga tahun atau kedua-duanya bagi penerbitan dan penyebaran “berita palsu” yang berkaitan Covid-19 atau Proklamasi Darurat. Mereka yang menerbitkan “berita palsu” akan diberikan notis 24 jam untuk menarik balik catatan tersebut atau dikenakan denda RM100,000.

Ordinan berkenaan berita palsu ni tentulah suatu hal yang menggembirakan, terutamanya untuk khalayak geng anti-vaksin yang masih cuba ‘mempromosikan’ idea untuk tolak pemberian vaksin. Ada antaranya cuba menakut-nakutkan orang ramai, sesetengahnya turut mencipta kandungan sama ada berbentuk teks artikel ataupun video supaya orang ramai meragui vaksin. Lebih jauh, siap ada yang menidakkan kewujudan COVID-19 ni.

Anti Vaksin Masuk Wad
Ada jugak warganet anti-vaksin ni nak buktikan dirinya kebal dari COVID-19, siap minta masuk wad pesakit… Via AmazingNara

Namun begitu, ia jugak dikhuatiri bakal disalahgunakan untuk menutup mulut pemberi maklumat atau whistleblower yang mempunyai maklumat penting. Ia jugak boleh disalahgunakan oleh kerajaan untuk mengikat suara para pengkritik kerajaan, termasuklah para pembangkang. Sidang Parlimen mungkin sengaja digantung, tapi macam dah tak adil untuk rakyat dan menyalahi prinsip demokrasi sekiranya kita tak mampu bersuara kalau kerajaan buat salah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *