Jepun setuju nak buang sisa air reaktor nuklear Fukushima, ramai khuatir ni boleh jejaskan kesihatan laut

f1

Pada 11 Mac 2011, Jepun digoncang kuat. Tsunami setinggi 15 meter menelan banyak tempat. Nyawa dan harta benda hilang. Namun pada keesokan harinya, lebih ramai yang kehilangan harta dan tempat tinggal – dan tak kembali lagi. Ia tercatat sebagai peristiwa kemalangan nuklear paling teruk sejak Chernobyl pada 1986. Sekitar 18,500 orang mati atau hilang kerana gempa bumi dan tsunami, manakala lebih dari 160,000 terpaksa berpindah keluar dari rumah diorang.

728 X 90

Loji reaktor Fukushima mengalami kerosakan yang teruk, sehinggakan infrastruktur yang sepatutnya lindungi reaktor tu daripada terlebih panas, akhirnya meletup dan melepaskan bahan radioaktif di udara. Ramai terpaksa dipindahkan keluar, manakala ada yang kata haiwan peliharaan terpaksa ditinggalkan oleh tuan empunya kerana tak sempat nak ambil diorang semula. Atas pelbagai halangan, Jepun tak dapat hidupkan mahupun pulihkan semula loji reaktor tersebut. Sekarang ni, Jepun terpaksa lepaskan air untuk sejukkan loji dulu ke laut.

pencemaran nuklear
Pencemaran nuklear di laut yang dikesan dari Fukushima.. -Via NOAA Vlab

Jepun setuju nak buang sisa air reaktor nuklear Fukushima, ramai khuatir ni boleh jejaskan kesihatan laut

10 tahun lepas peristiwa buruk tu, kita tak sangka kita akan dengar lagi timbulnya isu berkaitan dengan loji nuklear Fukushima. Kami ingat lagi, seluruh dunia tergamam dan bersimpati dengan para penduduk di sana. Siap ada orang buat dokumentari beberapa tahun lepas tu tentang haiwan-haiwan peliharaan yang ditinggalkan kat sana.

Bila dah masuk bab kesan nuklear ni, ramai orang sedar bahawa di sebalik kelebihan kuasa yang boleh dijana oleh tenaga nuklear; ia jugak ‘terlalu’ berkuasa hingga memudaratkan kesihatan seseorang. Sebab tu bila ada kerosakan teruk kepada loji nuklear sehinggakan terlepasnya sisa radioaktif tu… penduduk sekitarnya terpaksa berpindah untuk selamat daripada kesan radioaktif.

Loji reaktor tu masih berdiri lepas gempa bumi melanda. Tetapi kerosakan sebenar berlaku lepas tsunami merosakkan lagi sistem penyejukan reaktor. Bila dah terlalu panas, ia meletup lalu melepaskan gas radioaktif. Kerajaan Jepun terpaksa keluarkan penduduk sejauh radius 30 km daripada loji tersebut. Kemudian, zon perpindahan diluaskan seluas 20 km dan dijadikan sebagai kawasan larangan masuk sehingga ke hari ni.

loji pekerja
Para pekerja semasa pembersihan di loji lepas dilanda tsunami.. Via BBC

Pada April 2012, beberapa unit ditutup demi mengawal lebih banyak kerosakan. Hanya pada Disember 2013, pihak pengurusannya memutuskan takde satu unit yang masih baik tu dibenarkan untuk beroperasi lagi. Sekarang pada April 2021, Jepun meluluskan pelepasan air radioaktif daripada loji Fukushima Daiichi dalam tempoh 30 tahun ke Lautan Pasifik. Maksudnya, Jepun tak buang sekaligus – dia buang perlahan-lahan. Pelepasan ni disebabkan tangki air tu dijangka akan penuh menjelang 2022 nanti.

Pelepasan ni bukanlah kali pertama dilakukan oleh Jepun. Pada April 2011 dulu, pihak pengurusannya dah buang 11,500 ton air radioaktif tak terawat ke Lautan Pasifik untuk memberi ruang baharu untuk air yang lebih tinggi radioaktifnya. Pada Mei tahun yang sama, 300,000 ton lagi dilepaskan ke laut. Tetapi lepas tu, Jepun takde lepaskan lagi air. Di tangki diorang sekarang, sekurangnya 1.25 juta ton air tersimpan dalam 1,061 tangki yang diorang ada di darat. Air yang dilepaskan sebelum 2013 adalah air yang tak dirawat. Rawatan air tu hanya bermula pada 2013, bertujuan nak buang radionuklid (atom yang ada lebihan sisa tenaga nuklear), tapi gagal buang tritium (isotop hydrogen).

jepun tangki nuklear
Cukup nak bagi makan Godzilla ni.. -Via Egypt Independent

Antara cadangan awal yang diberikan kepada kerajaan Jepun adalah bina lebih banyak tangki baharu di tanah sekitar kawasan loji tersebut, memandangkan takde orang boleh hidup jugak di sana. Kerajaan Jepun walau bagaimanapun tak terima cadangan tersebut, dan meluluskan pelepasan air tu ke laut dalam masa 30 tahun dengan syarat bahawa air yang dilepaskan tu perlu dirawat terlebih dahulu sehingga capai standard boleh minum. Walaupun begitu, masa PM Jepun Yoshihide Suga taknak jugak teguk air yang diberikan kepadanya semasa dia datang lawat loji tersebut tahun lalu.

Idea tak dipersetujui ramai, manakala Amerika Syarikat setuju sebab diorang pun buat benda yang sama

Sementara Jepun rasa diorang buat benda yang betul, China dan Korea Selatan rasa sebaliknya. Bukan tu je, industri perikanan yang menjadi sumber rezeki nelayan tempatan pun tak setuju dengan keputusan Jepun. Dari segi reaksi tempatan, banyak jugak yang risau dengan tindakan Jepun. Misalnya, sekumpulan profesor dalam bidang pembentukan polisi melihat kerajaan Jepun seolah tak tulus nak terima apa-apa cadangan alternatif pun selain dari buang air radioaktif dalam laut.

Begitu jugak dengan sebuah tinjauan pendapat yang dilakukan oleh Asahi Shimbun, sebuah syarikat media akhbar awam di sana. Diorang mendapati daripada 2,126 responden; 55% bantah cadangan lepaskan air ke laut dan 86% lagi risau dengan penerimaan antarabangsa tentang cadangan tu. Hal ni turut ditambah lagi apabila Ketua Pengarah TEPCO bernama Hirose Naomi (pihak pengurusan loji nuklear Fukushima) dah awal-awal janji takkan lepaskan air tu selagi tak minta nasihat Gabungan Perikanan Fukushima. Dia tak tunaikan janjinya, lalu buatkan Gabungan rasa teraniaya sebab tu.

fukushima suga air
PM Suga tengah pegang air yang ditapis daripada tangki di Fukushima.. Via Wikimedia

Konflik luar pun sama hangatnya. Taiwan, Rusia dan Filipina turut gusar dengan tindakan ni. Greenpeace dan PBB jugak menentang cadangan Jepun untuk lepaskan air radioaktif tersebut. Pakar nuklear Jepun sendiri pun, Michiaki Kai tak menafikan risiko kemudaratan tu takde, meskipun dilihat secara sainsnya, ia boleh dikira “selamat”.

Ada jugak melihat sisa tritium (sisa yang gagal ditapis) tu ada je dilepaskan oleh negara-negara lain dalam pelbagai industri. Mesti Jepun fikir; kalau diorang boleh, kenapa Jepun tak? Misalnya kat Romania, fasiliti nuklear diorang pun ada lepaskan tritium ke sumber air terdekatnya iaitu Laut Hitam. Korea Selatan pun ada; dua fasilitinya lepaskan tritium ke Laut Jepun. China dan Taiwan pun lepaskan tritium berdekat selat masing-masing. Kami rasa satu-satunya yang selamat ni adalah air semulajadi yang takde sisa radioaktif je lah…

Setakat ni, hanya Amerika Syarikat je yang sokong Jepun. Amerika Syarikat takde beza banyak mana pun, sebab dia sendiri lepaskan tritium kat Lautan Pasifik iaitu daripada Diablo Canyon Power Plant. Selain tu, Amerika Syarikat jugak didakwa buat ujian nuklear di Pulau Marshall, meninggalkan debris radioaktif dan paras air laut di sana meningkat. Perkara ni dibawa ke perhatian umum dan Kongres Amerika Syarikat dah tuntut agar penyiasatan dibuat ke atas dakwaan ni. Agaknya kalau Jepun boleh menang, adakah ia boleh dijadikan suatu alasan baharu untuk Amerika Syarikat?

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *