Kenapa Azam Baki masih belum ditangkap? Kami huraikan perkembangan kisah dakwaan rasuahnya

fmtdemo

Sebelum ni, kami dah kongsikan pasal Azam Baki dan bagaimana satu pihak ni yang dinamakan Edisi Siasat cuba ‘pecah’kan rahsia rasuah negara. Dari situ, kisah pasal Azam Baki semakin mendapat perhatian ramai. Ye lah, ketua agensi penguatkuasaan rasuah ni pulaklah yang kaki rasuah dan dikatakan banyak tahu rahsia-rahsia kerajaan termasuklah rahsia kerabat diraja.

Respon kerajaan jugak mengelirukan rakyat. Di awal dakwaan tu mulai berlegar di ruang maya, kerajaan memang ada ura-ura nak gantung dahulu Azam Baki. Akan tetapi, ia tak berlaku. Malah penjelasan Azam Baki yang dirasakan oleh rakyat sebagai tak logik tu pulak diterima ramai oleh pihak penyiasat dalaman. Susulan tu, himpunan aman dah dijalankan – dengan hampir seluruh KL ditutup atas alasan keselamatan awam. Nampaknya besar sangat dah kes ni…

azambakirasuah
Via The Vibes

Azam Baki kata adik guna akaunnya untuk beli saham, ramai sokong kata penjelasan tersebut dah cukup

Pada awal Januari lalu, Azam Baki merangkap Ketua Pesuruhjaya SRPM didakwa memiliki antara 1.9 juta hingga 2.9 juta saham dalam Gets Global Bhd. pada 2016. Selain tu, dia jugak dikatakan memiliki 2.15 juta waran dalam Excel Force MSC. Bhd. Khabar pemilikan jutaan saham ni menggemparkan seluruh negara dan Azam Baki perlu jelaskan hal ni di hadapan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR).

Pengerusi LPPR, Tan Sri Abu Zahar Ujang berpuas hati bahawa pemilikan saham yang dipertikaikan tu sebenarnya adalah milik adik Azam Baki iaitu Nasir Baki.

Walaupun begitu, kenyataan tersebut ditentang oleh enam ahli LPRR lain seperti Tan Sri Ismail Omar, Datuk Seri Azman Ujang, Datuk Seri Akhbar Satar, Datuk Hamzah Kassim, Datuk David Chua Kok Tee dan Profesor Datuk Mohammad Agus Yusoff.

“LPPR telah mengadakan satu mesyuarat khas pada 24 November lalu bagi mendapatkan penjelasan Tan Sri Azam berhubung perkara tersebut. Semua wakil LPPR telah mengambil bahagian untuk mengetahui keadaan sebenar daripada beliau.

Dalam pertemuan itu, beliau telah menjelaskan kedudukan sebenar kepada saya dan ahli-ahli LPPR yang lain bahawa akaun saham beliau ketika itu digunakan oleh adiknya, Nasir Baki untuk membeli saham-saham berkaitan pada tahun 2015, yang mana beliau tidak mempunyai sebarang kepentingan ‘pecuniary’ atau ‘benefisial’ bagi pembelian mahupun pemilikan saham-saham berkenaan.

Pada masa sama, pembelian saham-saham tersebut dibuat di pasaran saham terbuka (open market) dan tiada sebarang percanggahan kepentingan bagi pembelian saham-saham berkenaan pada tahun 2015,”- Tan Sri Abu Zahar Ujang, Pengerusi LPPR, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

lppr ahli
Via My TV Online

Diorang tegaskan kenyataan Abu Zahar tu adalah pendapat peribadi semata-mata, dan hasilnya, situasi ni membangkitkan lebih banyak persoalan dan persepsi negatif tanpa ada jawapan yang pasti. Ahli Parlimen pembangkang sifatkan penjelasan tersebut pulak lemah dan jelas langgar seksyen 25 (4) Akta Industri Sekuriti (Depositori Pusat) 1991.

Pendedahan Azam Baki ni disokong oleh Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim. Dia kata pembelian saham oleh pihak ketiga guna akaun peribadi adalah suatu yang normal dan tak jadi kesalahan ikut undang-undang sekuriti. Berpandangan sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuan Jaafar rasa isu pemilikan saham tu pun takde masalah. Tambah-tambah lagi, saham tu dianggap mampu milik pada harga RM330,000.

“Berdasarkan harga awal, ia bukanlah satu saham yang mahal untuk diperoleh. Saya percaya ia mampu dimiliki oleh kebanyakan daripada kita.

Dan bagi mereka yang merupakan peniaga pasaran saham yang aktif, adalah perkara biasa untuk meningkatkan pegangan saham anda secara beransur-ansur dari semasa ke semasa, terutamanya apabila anda melihat potensinya,”- seperti yang dilaporkan Malaysiakini

Ini berbeza pulak dengan hujah ramai, yang mana boleh jadi berlakunya percanggahan konflik (conflict of interest) antara kedudukannya sebagai KP SPRM dan kedudukannya sebagai pelabur atau pemegang saham. Suruhanjaya Sekuriti (SC) pulak kata takde kes terhadap Azam Baki. Susulan keputusan ni, Ismail Sabri kata keputusan SC tu perlu diterima dan terus menjadi panduan.

“Hari ini SC juga sudah mengeluarkan kenyataan mengatakan tidak ada kes terhadapnya (Azam), jadi kita terimalah keputusan SC. Jangan kita minta dia disiasat, apabila dia disiasat, keputusan dibuat kita masih tidak berpuas hati.

Kalau pembangkang rasa mesti ikut kehendak pembangkang, tidak boleh… dia kena terimalah keputusan daripada badan profesional seperti SC contohnya. Jadi, kalau ada apa-apa nak tanya mengenai keputusan SC, pergi tanya SC,”- seperti yang dilaporkan Berita Harian

Himpunan aman Tangkap Azam Baki dilancarkan, ramai warganet tak puas hati KL ditutup demi sorang penjawat awam

Meskipun dengan pelbagai kenyataan dan keputusan yang dinyatakan kerajaan bagi membersihkan nama Azam Baki, ramai jugak masih lagi tak puas hati dengan keputusan tersebut serta beranggapan keputusan itu lebih menguntungkan pihak kerajaan. Edisi Siasat, pihak awal yang jadi ‘whistleblower’ ni kerapkali mendakwa keputusan tersebut dilakukan atas niat nak lindungi Azam Baki ni je.

Oleh demikian, himpunan Tangkap Azam Baki dilancarkan untuk menyuarakan tuntutan menyiasat semula Azam Baki ni. Ia dirancangkan berlangsung pada 22 Januari 2022, namun beberapa hari sebelum 22hb, tularlah satu notis makluman dari Rapidkl tentang perkhidmatan pengangkutan awam monorel, LRT dan MRT akan terjejas sepanjang hari yang sama himpunan tu berlaku. Sudah tentu, hal ini langsung dikaitkan dengan rancangan himpunan awam yang sedang sohor kini di Twitter.

Malaysiakini antara pihak yang melaporkan kronologi sepanjang himpunan tersebut. Bermula dari LRT Bangsar, ramai polis dan pihak pemerhati berada di sana. Perniagaan dalam radius 1km dari Dataran Merdeka ditutup atas perintah mahkamah atas permohonan polis. Perintah mahkamah tujuh hari tu melarang bantahan di Dataran Merdeka, pusat beli-belah Sogo dan Masjid Jamek di KL. Akibatnya, ramai pekerja dikatakan tak dapat turun kerja selain perniagaan turut terjejas sama.

Sorang peserta himpunan yang memperkenalkan dirinya sebagai Moori kata keputusannya untuk sertai protes tersebut adalah untuk menuntut keadilan.

“Jika ada keadilan, kami tidak akan berada di sini, dan ia adalah masa yang sangat salah kerana keadaan wabak. Jika ada pilihan saya pasti akan memilih untuk tidak keluar. Saya di sini hanya kerana saya sedih dan bimbang dengan hala tuju negara kita. Ini (rasuah) perlu dihentikan,” – seperti yang dilaporkan Malaysiakini

azambaki 1
Via Twitter

Golongan muda disertai oleh golongan muda, namun terdapat juga warga emas. Diorang dihalang berarak menuju ke Brickfields, dan diminta untuk duduk sebagai tanda protes selama 15 minit sebelum merancang untuk patah balik ke Jalan Bangsar. Polis bersama FRU bersedia memantau keadaaan, selain marshal himpunan yang ingatkan peserta bahawa polis telah tetapkan waktu bersurai pada jam 12.15 tengah hari.

Ramai warganet turut suarakan pandangan diorang, dan ramai jugak sokong wujudnya himpunan ni. Contohnya, satu ciapan Twitter kata kerana sorang penjawat awam, KL ditutup… ada jugak yang buat tanda pagar #sayangazambaki demi ‘meraikan’ korupsi yang sedang berleluasa di negara ni.

Apapun, kami berharap tuntutan demonstrasi ni dipertimbangkan oleh pihak kerajaan. Demonstrasi jugak suatu bukti bahawa ruang demokrasi masih lagi wujud di Malaysia.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *