Kisah pemimpin muda dari negara lain

2121

“Anak muda sekarang suka berhibur. Anak muda sekarang manja. Anak muda sekarang suka fikir jalan mudah. Anak muda sekarang tak sayangkan negaranya.”

Kenyataan-kenyataan macam ni sebenarnya jauh menyimpang dari hakikat sebenar bagaimana generasi anak muda sekarang. Ramai je anak muda pada zaman sekarang memiliki sikap bertanggungjawab, berani, matang dan berdaya mendepani cabaran-cabaran masa kini. Contohnya ada di depan mata kita, dan ia ada di luar sana.

Kali ni, kami nak kongsikan kisah 5 pemimpin muda di seluruh dunia mengharungi cabaran-cabaran kat negara diorang sendiri. Kisah-kisah ini adalah satu bukti hidup bahawa kebangkitan anak muda bukanlah suatu fenomena yang pelik dalam sejarah dan wajar diraikan seluruh dunia. Generasi anak muda tak pernah berhenti menyumbangkan tenaga diorang untuk membina dunia yang lebih baik.

1. Bangkit melawan pemerintahan tentera, gadis ni masih berani bersuara

Pada 22 Mei 2014, pemerintahan Thailand bertukar tangan apabila golongan tentera berjaya ambil alih kerajaan. Chonthicha Jaengraew merupakan antara aktivis mahasiswa yang berani bersuara melawan pemerintahan tentera, khususnya apabila golongan tentera yang ambil alih kerajaan Thailand ni buat pulak hari ulangtahun pertukaran tersebut pada 22 Mei 2015. Dia merupakan antara 14 orang yang ditahan dan didakwa kerana bertindak lawan pemerintahan junta Thai.

chonthicha protester politics web
Via Thai PBS World

Lahir pada 1995, Choncthicha ni boleh dikatakan sorang ‘gadis besi’ yang tetap memperjuangkan demokrasi di Thailand. Secara terbuka, dia kritik perangai dan sikap junta Thai yang sewenangnya guna kuasa diorang tanpa ada batasan. Diorang buat perhimpunan demi perhimpunan aman untuk tunjuk kat junta Thai bahawa tiba masanya untuk mengakhiri pemerintahan junta.

Junta Thai kemudiannya ambil peluang ni untuk memanggil dan menyiasat para demonstran yang turun ke jalanan termasuklah Choncthica. Gerakan-gerakan mahasiswa turut hadir dalam perhimpunan-perhimpunan yang dijalankan. Walaupun setelah diberi amaran oleh junta Thai, diorang tetap turun pada hari sambutan pertukaran kerajaan Thailand. Diorang dipukul, ditendang, ditampar oleh pihak berkuasa ketika tu.

chonthicha protest
Via Reuters

Choncthicha dilepaskan selepas 12 hari ditahan oleh pihak polis gara-gara perhimpunan aman 25 Mei tu. Dia masih lagi berhadapan dengan beberapa dakwaan, antaranya didakwa kerana mengugat kesejahteraan awam. Dia ditahan sekali lagi pada 2018 kerana terlibat dalam kepimpinan Gerakan Demokrasi Baru selepas diorang protes nakkan pilihan raya umum dilaksanakan. Sekarang ni dia dijangka akan diletakkan sebagai calon pilihan raya Thailand oleh parti Move Forward.

2. Baru 16 tahun, Joshua Wong melakar sejarah belia di Hong Kong menentang pengaruh Beijing

Di Hong Kong dan Taiwan, kedua-dua wilayah ni bergelut untuk ‘menyelamatkan diri’ diorang dari cengkaman pengaruh Beijing yang semakin kuat. Atas faktor geopolitik, perjuangan rakyat di kedua-dua wilayah ni menjadi suatu isu yang sensitif di mata dunia.

joshuawong
Via TRT World

Namun begitu, Joshua Wong tak gentar pada tekanan tersebut – pada usianya 15 tahun dia dan rakannya Ivan Lam Long-yin dah berjaya himpunkan kumpulan aktivis pro-demokrasi bernama Scholarism. Diorang bermula dengan protes kecil-kecilan, edarkan risalah yang mengkritik pengenalan kurikulum pendidikan moral dan kebangsaan yang berteraskan budaya Cina. Kumpulan ni berkembang sehingga hanya setahun lepas tu, berjaya laksanakan himpunan aman yang dihadiri lebih 100,000 orang

Bagi Joshua, dia sokong jenis sistem satu negara, dua sistem dan mahu menghantar mesej jelas pro-demokrasi kepada Beijing. Dia taknak Hong Kong menjadi satu lagi China – dia nak kekalkan identiti Hong Kong sebagai wilayah yang boleh menentukan pilihannya ikut keputusan rakyat Hong Kong sendiri.

joshua wong 2017 e1495426501953
Via Quartz

Joshua ditahan atas prinsipnya tu, dan turut difitnah sebagai tali barut oleh akhbar pro-Beijing Wen Wei Po. Diorang kata Joshua ada hubungan dengan Central Intelligence Agency (CIA) Amerika Syarikat. Dia turut pernah dihalang masuk ke Malaysia pada 26 Mei 2015 atas dasar “ancaman terhadap hubungan Malaysia dan China”, sebab prinsipnya dianggap anti-China. Bagi Joshua, dia sebenarnya tak anti-China, cuma dia nak Hong Kong bebas dari tekanan China.

3. Ahli Parlimen termuda di New Zealand, Chloe Swarbrick cetuskan minat belia masuk politik

Tak semua anak muda menyumbangkan tenaga diorang dari jalanan. Ada jugak belia yang diberi peluang berbakti di Parlimen, macam Chloe Swarbrick. Dilahirkan pada 1994, dia dah jadi ahli Parlimen ketika berumur 23 tahun dan jadi calon Parti Hijau kedua yang menang kerusi parlimen. Kemenangan dirinya pada 2016 buatkan ramai belia mulai berminat terlibat dalam politik.

chloeswarbick
Via WCHS Insight

Fenomena ni pernah disebut kat New Zealand sebagai ‘kesan Swarbrick’, lantaran kemenangannya tu dikatakan membangkitkan semangat belia di negaranya. Salah satu punca kebangkitan ni ada kena-mengena dengan krisis perubahan iklim dan pembangunan yang ada kat New Zealand.

Pada tahun 2019, kempen ‘School Strike 4 Climate’ dilaksanakan secara besar-besaran di beberapa negara termasuklah New Zealand sendiri. Kempen tersebut dilaksanakan supaya ramai mulai sedar dengan bahaya darurat iklim dan nak minta kerajaan tangani isu tu. Kalau kerajaan sekarang taknak buat, diorang yang nak peluang untuk buat sesuatu dengan memasuki bidang politik.

ss4c nz
Para pelajar sekolah sanggup bersama-sama berarak dari sekolah ke jalanan demi menuntut tindakan selamatkan alam.. -Via Stuff.co.nz

Bila ada wakil belia macam Swarbrick, ramai mula membayangkan peluang baharu untuk diorang melibatkan diri dalam proses pembuatan polisi di New Zealand.

Selain tu, Swarbick turut bersikap tegas terutamanya blia dia diganggu oleh ahli parlimen yang lebih tua darinya semasa membentangkan usulnya berkenaan darurat iklim. Tular klip videonya membalas ‘OK Boomer’ kat ahli parlimen tersebut.

4. Pernah jadi menteri paling muda di Botswana, Bogolo banyak perjuangkan hak wanita & kanak-kanak

Lahir pada 1987, Bogolo Kenewendo merupakan graduan ekonomi dari Universiti Sussex yang bersemangat tinggi menyelesaikan isu-isu ekonomi dan sosial di Botswana. Sebelum dia terjun ke bidang politik, dia bekerja sebagai ahli ekonomi perdagangan di Kementerian Perdagangan dan Industri Ghana. Dia turut pernah berkhidmat sebagai konsultan eknomi di Econsult Botswana, sebuah institusi badan fikir di sana.

bogolo
Via African Feminism

Pada tahun 2016, pengalaman Bogolo melayakkan dirinya dicalonkan masuk ke dalam Parlimen Botswana oleh mantan Presiden Botswana, Ian Khama. Pada 4 April 2018, presiden baharunya Mokgweetsi Masisi kemudian lantik Bogolo sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri yang baharu.

Sepanjang perjalanan kerjayanya sebagai Menteri, banyak perkara baharu yang dia perkenalkan bagi merancakkan ekonomi Botswana. Usianya baru 29 tahun masa tu, menjadikannya menteri paling muda dalam sejarah politik Botswana. Dalam tempoh penggalnya, beberapa usul sosial yang turut berjaya lulus termasuklah akta perlindungan hak kanak-kanak, bina pangkalan maklumat pendaftaran pelaku amang seksual dan turut merangka program mentor untuk para wanita.

5. OKU bukan alasan tak mampu perjuangkan hak hidup selesa, jadi idola belia negaranya

Kekurangan upaya bukanlah satu halangan bagi Jordon Steele-John. Baginya, kekurangan yang dimilikinya menguatkan dirinya untuk terus berjuang mendapatkan kehidupan yang selesa buat para OKU di Australia. Lahir pada 1994, pemuda ni adalah wakil Australia Barat dan mencatat sejarah senator paling muda dalam sejarah Australia.

jordon steele john
Via Every Australian Counts

Pertama kali dinobat sebagai wakil senat pada usia 23 tahun, dia turut merekod sejarah ahli parlimen termuda selain jadi senator termuda di Australia. Dia dipilih semula ke dalam Senat pada pilihan raya persekutuan 2019 atas kelantangannya memperjuangkan isu perubahan iklim, kebajikan para OKU dan arah masa depan anak muda Australia.

Sepanjang perkhidmatannya sebagai senator, dia banyak bersuara tentang kekurangan kemudahan untuk warga OKU khususnya di Parlimen. Untuk pengetahuan korang, Jordon sendiri pengguna kerusi roda dan amat dekat pada cabaran-cabaran fizikal yang harus ditempuhi seseorang OKU.

Selain tu, dia turut memperjuangkan akta yang menurunkan usia layak mengundi kepada 16 tahun. Hujahnya, langkah ni selari dengan negara-negara lain seperti di Austria, Argentina, Brazil dan Scotland. Pada 2018, usul tu ditolak oleh parlimen. Boleh jadi pada masa akan datang, usul tu boleh diterima semula agar membolehkan kerajaan peka dengan keperluan generasi akan datang.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *