Konsesi import BERNAS tamat pada 2021, ada gesaan untuk hentikan dominasi mereka

F1

Kewujudan sesebuah syarikat yang mendominasi pasaran selalunya akan menyebabkan syarikat-syarikat yang kecil sukar nak bersaing, dan banyak yang terus menemui ajalnya. Kalau difikirkan, syarikat-syarikat yang mendominasi di Malaysia selalunya akan mengawal “harga” dan memberikan produk yang kurang berkualiti. Sebabnya apa? Mereka tahu yang mereka pegang market dan persaingan tak berlaku sangat. Kalau berlaku pun, syarikat kecil tak akan mampu untuk kalahkan sumber yang dimiliki oleh syarikat besar.

Contoh paling mudah; Bernas yang pegang konsesi lesen import tunggal kat Malaysia. Situasi ni dah sebabkan pemain industri dah mula bising dan persoalkan kenapa Bernas diberi keistimewaan ni?

Banyak pemain industri padi dan beras tak dapat bertahan, disebabkan kita cuma ada pengimport beras tunggal

Penggiat industri padi dan beras negara menggesa kerajaan untuk hapuskan monopoli pengimport yang dipegang oleh Padiberas Nasional Bhd (Bernas) selepas konsesi pemegang lesen import tunggal beras negara diorang tamat pada awal 2021. Pengerusi Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia (PPBMM), Tarmizi Yob kata, jika monopoli tu dipecahkan kepada pemain industri yang lain, ia boleh bantu bangunkan industri padi dan beras negara secara sihat.

Macam yang kami katalah, kalau dapat dibuka sikit “market share” untuk pemain industri beras yang lain untuk import beras, mesti akan jadi lebih elok.

Unnamed
Via BERNAS

“Bila kita tengok industri lain, mereka buka permit import (AP) kepada semua. Barulah kita nampak industri sihat sebab bila ada satu-satu pihak yang monopoli, ia jadikan industri ini tidak sihat. Sebagai pengilang padi kami langsung tak dapat apa-apa keistimewaan daripada kerajaan. Jika padi tak cukup isi, padi rosak atau tak capai kualiti sepatutnya, kilang yang tanggung rugi. Petani dapat harga sama. Banyak kilang padi terpaksa gulung tikar sebab inilah, tetapi langsung tidak diambil peduli oleh kerajaan,” – Tarmizi Yob, seperti yang dilaporkan FMT

Benda ni berbeza dengan situasi yang dialami Bernas. Tarmizi kata, Bernas boleh tampung kerugian yang dialami dengan adanya pemilikan tunggal AP. Pengilang beras yang lain harapkan musim padi je untuk jual beli beras. Sekurang-kurangnya bila AP dipecahkan, syarikat yang lain berkemungkinan untuk bertahan. Oleh sebab tu diorang syorkan pemberian AP dikhususkan kepada peserta industri yang ada keupayaan dan sokongan sepenuhnya dalam rantaian pengeluaran beras dan padi.

Unnamed
Nak beli beras ke tu? Via Berita Harian

Tarmizi dedahkan sebelum ini pihaknya ada cadangkan kerajaan buka 30% kuota AP beras kepada syarikat Bumiputera, namun ia tergantung selepas pertukaran kerajaan bertukar. Diorang ada jumpa menteri sebelum ini (Salahuddin Ayub) dan ia masih dalam perbincangan.

“Monopoli Bernas perlu dirungkai demi persaingan dan kesetaraan. Kembalikan koperasi kilang yang dipacu petani sendiri supaya mereka dapat bertahan,” – Tarmizi Yob, seperti yang dilaporkan FMT.

Saifuddin Nasution persoalkan status cadangan untuk tamatkan dominasi Bernas sebagai pengimport beras

Dewan Rakyat kecoh minggu ni apabila Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Ronald Kiandee tak jawab soalan yang dikemukakan bekas menteri perdagangan dalam negeri, Saifuddin Nasution tentang pendirian kerajaan Perikatan Nasional (PN) sama ada akan lanjutkan rancangan Pakatan Harapan (PH) sebelum ni untuk tamatkan monopoli pengimport beras yang dipegang Bernas. Bagi yang tak tahu, konsesi import Bernas akan berakhir pada awal 2021.

Pengeluaran beras tempatan hanya dapat tampung 70% permintaan dalam negeri, sementara 30% lagi diimport, yang haknya dipegang oleh Bernas. Benda inilah yang ada pihak nak pecahkan, diorang nak lebih banyak syarikat diberi peluang untuk import beras. Sedikit sebanyak, benda ni akan bantu kita untuk miliki bekalan beras yang mencukupi jugak. Lebih banyak syarikat yang import beras, benda tu kan akan jadi lebih baik.

Bagi koordinator Badan Bertindak Selamatkan Industri Padi dan Beras Negara (Padi Rescue), Nur Fitri Amir pulak kata, hak import beras tunggal oleh Bernas perlu ditamatkan dan dikawal sepenuhnya oleh Lembaga Padi dan Beras (LPN) sebagai agensi kerajaan yang tak berkepentingan.

“Tidak seperti komoditi pertanian yang lain seperti cili atau sayur-sayuran, industri ini mesti diuruskan oleh agensi kerajaan atas sebab ia adalah barangan kawalan demi kepentingan pesawah dan pengguna pada waktu normal dan juga waktu krisis. Pihak swasta seperti Bernas tidak boleh menguruskan industri kerana mereka mempunyai konflik kepentingan, iaitu mendapat keuntungan yang banyak daripada beras import dan dalam masa sama membeli padi tempatan,” – Nur Fitri Amir, seperti yang dilaporkan FMT

Via Giphy

Dia kata, selagi kerajaan pertahankan kedudukan Bernas sebagai pengimport tunggal, maka sasaran 100% tahap sara diri (SSL) tak akan tercapai. Monopoli Bernas ni dikatakan dah bunuh industri tu sendiri. Fitri kata, setakat ini takde sebarang perjumpaan atau tindakan lanjut yang dilakukan oleh kerajaan untuk merungkai pertikaian yang berlarutan sejak sekian lama.

Persaingan yang sihat dalam pengimport beras akan berikan pengguna kualiti beras yang lebih baik

Sejak Covid-19 melanda dunia, banyak syarikat, terutamanya syarikat kecil dan sederhana (IKS) menghadapi kesukaran untuk terus bertahan. Berbeza dengan syarikat yang mendominasi sesuatu industri, syarikat-syarikat IKS tak ada sumber yang kukuh untuk meneruskan operasi diorang. Oleh sebab itu, masuk akal kalau permintaan supaya 30% dari beras import ke negara kita diberi peluang kepada pemain industri yang lain. Oleh sebab tu, menteri patut bagi jawapan yang jelas tentang status cadangan ni; adakah kerajaan akan pecahkan dominasi Bernas atau ia akan diteruskan?

 

Ikuti laporan asal artikel ini di Free Malaysian Today.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *