Najib dijatuhkan hukuman penjara, ini TIGA HERO tak didendang dalam beri tekanan

F1

Semalam kita dapat tahu yang Najib Razak bersalah terhadap tujuh pertuduhan yang dikenakan terhadap dirinya. Kami rasa, tak perlu pun kita ulas panjang-panjang pasal kes Najib ni, sebab kebanyakan korang sudah tentu dah baca bagaimana bekas PM dikenakan hukuman 12 tahun dan didenda 210 juta. Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, ia adalah sebuah kejayaan membawa seorang koruptor ke penjara. Yalah, perjuangan untuk menuntut kebenaran terhadap tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada Najib ni memerlukan banyak pengorbanan dan air mata.

81595687758 Kuching
Najib Razak. Via Sinar Harian

Walaupun kami akui; ada je dalam kalangan penyokong Najib Razak yang tak berpuas hati dengan penghakiman ni, tapi rata-rata rakyat Malaysia gembira dengan keadilan yang rakyat terima – setelah bertahun-tahun tertanya-tanya tentang status tuduhan terhadap Najib Razak. Disebalik sesuatu kejayaan sudah tentu ada orang-orang yang akan disebut sebagai hero yang tak dikenang. Kami akan tulis sedikit tentang mereka.

Kita mengakui tekanan yang diberikan oleh Pakatan Harapan, atau sebelum ini Pakatan Rakyat, telah banyak memberi pendedahan terhadap sikap rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku di pejabat Najib Razak. Dalam artikel ini kami tak akan sebut tokoh-tokoh utama dari pembangkang. Sebabnya, kita boleh argue yang diorang buat benda-benda ni semata-mata nak dapat kuasa politik, walaupun tak semuanya macam tu. Kami nak sebut beberapa individu atau kumpulan yang tak dapat apa-apa untung dari segi material/jawatan dengan menentang Najib Razak.

1. Rafizi Ramli yang berhadapan hukuman penjara 18 tahun kerana cuba membongkar kes korupsi

Pada tahun 2016, Ahli Parlimen Pandan ketika itu, Mohd Rafizi Ramli dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah memiliki dan mendedahkan laporan pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Mac lepas. Masa tu, Hakim Zulqarnain Hassan jatuhkan hukuman penjara 18 bulan bagi setiap pertuduhan terhadap Mohd Rafizi yang menghadapi dua pertuduhan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 dan memerintahkan hukuman itu berjalan serentak. Cuma Rafizi lakukan rayuan.

Cuma, pada tahun 2018, Rafizi dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan cagaran RM10,000 oleh Mahkamah Rayuan kerana kesalahan dedahkan kandungan Laporan Pengauditan 1MDB. Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Ahmadi Asnawi buat keputusan itu selepas mengetepikan hukuman 18 bulan penjara yang dikenakan terhadapnya atas kesalahan itu sebelum ini.

“Kami bersetuju dengan hujah pihak perayu (Rafizi) dan mengetepikan hukuman penjara sebelum ini yang dikenakan Mahkamah Sesyen serta dan Mahkamah Tinggi dan digantikan dengan bon berkelakuan baik untuk dua tahun dengan cagaran RM10,000 serta seorang penjamin,”- Ahmadi Asnawi, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Mbysubwx6lxxjris09icntzsajxmybv8vua Yda Ecc
Rafizi digari. Via Cempedak Cheese

Kami sebut Rafizi sebagai salah seorang hero yang tak didendang kerana kami merasakan dia merupakan individu yang konsisten dalam bongkar kes-kes rasuah yang ada dalam negara ni. Kalau setakat gebang tak suka Najib tu, biasa je, banyak je orang yang boleh buat. Cuma, untuk seseorang sanggup dipenjara demi memastikan keadilan terus terbela, dan sanggup meletakkan “lehernya” adalah sesuatu yang bagi kami patut dihargai. Kami letakkan dia dalam senarai ni sebab ketika Pakatan Harapan memerintah, dia tak dapat apa-apa jawatan atau ghanimah dari PH. Dia relaks je dengan INVOKE dan tak berapa ambik port pasal politik.

2. Pasukan media, sanggup berhadapan risiko untuk melaporkan dakwaan terhadap perdana menteri

Apabila kita bercakap tentang Perdana Menteri Malaysia, kita tengah bercakap tentang orang yang paling berkuasa di Malaysia. Walaupun rakyat dilindungi oleh undang-undang, tapi tetap je ada risiko; sekiranya dia vokal untuk melontarkan kritikan terhadap orang yang berkuasa tu. Satu benda yang sukar nak dilihat pada syarikat media tempatan adalah – kritikan terbuka kepada perdana menteri semasa.

Mbysubwx6lxxjris09icntzsajxmybv8vua Yda Ecc
Wartawan. Via Astro Awani

Benda ni boleh berlaku kerana beberapa sebab. Pertama diorang takut jika syarikat media mereka diganggu oleh kerajaan. Keduanya, mereka juga boleh berhadapan dengan “serangan” orang-orang yang jadi pengikut kepada orang yang berpengaruh ni. Mungkin perdana menteri semasa tak jahat, tapi takde jaminan orang-orang di sekelilingnya tak akan buat benda gila kalau reputasi perdana menteri dikritik.

Via Giphy

Oleh sebab itu kami letakkan petugas media yang berani lakukan kritikan terhadap Najib Razak semasa dia berkuasa adalah hero yang tak didendang. Kalau diikutkan, mereka jugak tak dapat apa-apa keistimewaan atau ghanimah ketika Pakatan Harapan berkuasa. Mereka mengambil risiko untuk melaporkan berita yang dirasakan benar, dan menjadi penyampai maklumat kepada rakyat, dan akhirnya memberi kesedaran kepada rakyat.

3. Mahasiswa yang berhadapan risiko dibuang universiti kerana mahu “orang berkuasa” dibicara

Mahasiswa yang kami maksudkan bukanlah mahasiswa yang datang dari parti politik, sebab itu kami fahamlah kenapa diorang kritik kerajaan, sebab itu merupakan arahan dari pimpinan mereka. Apa yang kami maksudkan adalah mahasiswa yang takde kepentingan politik tapi berani ambik risiko kerana merasakan ia adalah tanggungjawab mahasiswa untuk menuntut kebenaran dari kerajaan. Dalam siri demonstrasi menuntut Malaysian Offical One untuk dibicarakan, ramai mahasiswa yang dikenakan AUKU.

Sudah tentu sukar untuk kita membayangkan sekumpulan anak muda meletakkan status “mahasiswa” mereka dalam risiko semata-mata untuk mendapatkan kebenaran. Tambahan lagi, kumpulan mahasiswa ini sering dapat intimidasi di universiti dan sesekali didiskriminasi kerana bersifat vokal dalam isu negara. Cuma, kalau difikir-fikir pun, memang diorang patut vokal, memandangkan ia adalah masa hadapan mereka.

Semasa zaman PH, mahasiswa-mahasiswa ini pun terus bebas dan mengkritik kerajaan semasa. Sukar untuk kita melihat mereka diberikan apa-apa jawatan atau ghanimah. Di atas sebab itu, kami letakkan mereka sebagai hero yang tak didendang. Kumpulan yang berani, dan tidak menerima apa-apa balasa material; sesuatu yang sukar untuk dicari.

Kemenangan sebenar datang dari rakyat, jutaan rakyat berkorban untuk keadilan

Dalam kita meraihkan “kejayaan” menuntut keadilan ni, jangan kita lupa kejayaan sebenar adalah rakyat. Mereka turun ke jalanan dan menjadi “pembesar suara” di media sosial. Apa yang paling penting, mereka berani menukar kerajaan semasa PRU14. Kami percaya, sekiranya kita tidak menukar kerajaan pada PRU14, sudah tentu perbicaraan hari ini tidak berlaku.  Marilah kita nantikan apa episod yang seterusnya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *