Nampaknya drama politik ni dah nak habis, pasukan Azmin paling rugi…

F1

Sejak beberapa hari kebelakangan ni, rakyat Malaysia susah nak duduk diam. Selain daripada isu seorang ustazah diminta untuk merangkak oleh ibu pelajar yang tak bertanggungjawab – isu politik tetap berada di carta tertinggi. Kita siang dan malam berbincang tentangnya; benda positif kita mula melihat Perlembagaan untuk lihat apa fungsi monarki di Malaysia apabila benda ni berlaku.

Cuma, seperti yang kami selalu tulis – kalau politik di Malaysia tak stabil, orang yang paling rugi adalah rakyat. Kerajaan yang tak stabil akan membawa keraguan pada pelabur dan akhirnya menyebabkan rakyat jadi panik. Cuma, krisis politik ni nampaknya semakin menemui jalan akhirnya. Kami akan cuba rungkaikan apa yang mungkin akan berlaku…

PAS dan UMNO ambik keputusan untuk tarik sokongan kepada Tun Mahathir kerana tak puas hati

Umno dan PAS tarik semula sokongan diorang terhadap Dr Mahathir Mohamad untuk terus jadi perdana menteri. Pendirian Umno dan PAS semalam tu susulan desas-desus Mahathir akan tubuhkan “kerajaan perpaduan” dengan syarat yang mereka tak persetujui.

“Ia bertentangan dengan perjanjian bahawa pembentukan sebuah kerajaan mesti mengambil kira parti secara keseluruhan, bukan individu. Cadangan (yang dikatakan) untuk membentuk kerajaan perpaduan melibatkan perdana menteri menjemput individu untuk membentuk kabinet,” – Annuar Musa, seperti yang dilaporkan oleh MalaysiaKini

Annuar kata asas rundingan dengan Mahathir ialah Umno dan PAS akan berikan sokongan untuk bentuk gabungan alternatif tanpa DAP. Kata Annuar, akuan berkanun (SD) yang dibuat oleh Ahli Parlimen Umno dan PAS untuk sokong Mahathir sebagai perdana menteri tak sah, sebab ia bersyarat.

S1
Muafakat Nasional naik bas ke istana. Via Sabahkini2

Apabila ada hal yang bercanggah dengan pendirian parti diorang maka dengan itu (ahli parlimen) yang menghadap Agong terpaksa kita tarik balik SD yang dipersembahkan kepada Agong untuk beri sokongan kepada Tun (Mahathir) dan sebaliknya mintak agar dibubarkan Parlimen.

Kata brother ni, usaha kerajaan pintu belakang tu adalah menyamun mandat rakyat

Kami tertarik dengan tulisan Horward Lee yang disiarkan di The Malaysian Insight. Dia kata kenyataan Azmin Ali dalam menggesa agar tak dilengahkan pembentukan kerajaan baru melalui “pintu belakang” dengan bergabung bersama Umno dan PAS adalah pembohongan, pengkhianatan dan tindakan menyamun mandat rakyat!

S1
Horward Lee. Via RocketKini

Umno tempoh hari dakwa ada majoriti, dan nak berjumpa dengan Yang di-Pertuan Agong untuk bentuk kerajaan “pintu belakang” dengan PAS. Sekarang ini, nampaknya diorang dah tak cukup bilangan, tak cukup sokongan, dan kemudian mahu nak desak pilihan raya, seperti yang kami kata tadi.

Niat nak bentuk kerajaan “pintu belakang” seperti dengan kerajaan terdahulu adalah satu penyelewengan terhadap keluhuran Perlembagaan dan prinsip demokrasi berparlimen. Katanya Pakatan Harapan akan tetap teguh berpegang kepada prinsip demokrasi dan mandat yang diberikan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14.

S1
Keputusan PRU14 dua tahun lepas. Via Evozi

Rakyat jadi saksi dan akan jadi hakim kepada nasib negara. Di akhir ketidaktentuan politik ni, keadilan dan suara rakyat akan tetap menang.

Dalam game ni, pasukan Azmin yang akan alami kerugian yang paling tinggi

Ada banyak andaian yang kita boleh lakukan terhadap situasi yang tengah jadi sekarang. Lebih-lebih lagi apabila UMNO dan PAS tarik diri dari usaha kerajaan pintu belakang ni. Pertama, memang benar Tun Mahathir tak merestui percubaan kerajaan pintu belakang. Perkumpulan Ahli Parlimen (AP) ketika makan malam itu diketuai oleh Azmin. Barangkali dia gunakan nama Tun Mahathir, lagilah Tun Mahathir akan marah.

S1
Via MalaysiaKini

Akibat tindakan ni, Tun Mahathir berang. Setelah mengadakan perbincangan semula, Tun Mahathir tawarkan kerajaan perpaduan yang melibatkan DAP. Macam dalam kenyataan ketika sidang media diorang, mustahil untuk diorang jadi kerajaan dengan DAP.

Reaksi kebanyakan orang hari ni. Via Giphy

Kedua, mungkin Muafakat Nasional dapat maklumat yang salah dari Azmin. Diorang fikir kombinasi serpihan PKR, Bersatu, Muafakat Nasional dan restu salah satu GPS/Warisan mampu membentuk kerajaan. Apabila perancangan ini gagal – diorang segera tarik diri kerana tahu mereka tak mampu membentuk kerajaan. Akhirnya pasukan Azmin dibiarkan sendiri, pasukan yang dia pimpin sekarang ni berada dalam dilema.

Melihat situasi politik sekarang, kita mungkin boleh katakan kerajaan pintu belakang takkan terhasil

Sejak beberapa hari ni, kita dapat membaca banyak analisis untuk meramal apa yang berlaku sekarang ni. Seperti apa yang kami tulis ni, semua tu cuma analisis je. Dalam politik, macam-macam benda yang boleh berlaku. Cuma, apa yang pasti, nampaknya kerajaan pihak pintu belakang yang nak diusahakan ni – gagal sebelum ia bermula.

Ia satu hal yang baik untuk kesihatan demokrasi kita, biarlah rakyat yang memilih kerajaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *