Sempena Hari Keputeraan YDPA, kami bawakan semula artikel ni

F1
Sempena Hari Keputeraan YDPA, kami bawakan semula artikel ni

ARTIKEL INI PADA ASALNYA DITERBITKAN PADA 24 FEBRUARI 2020. KAMI MENERBITKANNYA SEMULA SEMPENA HARI KEPUTERAAN YANG DI-PERTUAN AGONG HARI INI (8 JUN 2020).

Sejak dari malam tadi, berita kemelut politik nasional amat mengejutkan rakyat dan sudah pasti, betul-betul buatkan kami sendiri terperanjat. Apa yang pasti adalah jalan kerajaan pintu belakang bukanlah suatu perkara yang molek dan ‘sihat’ untuk politik negara. Apa guna ada PRU kalau pemimpin politik parti suka hati je nak buat benda besar begini, betul tak?

Kls32 171219 Pm
Via Bernama

Tun Mahathir letak jawatan, dipercayai enggan bekerjasama dengan UMNO…

Jika korang tertinggal kisah drama politik yang berlaku baru-baru ni, secara mudahnya ada suatu pakatan sulit yang berlaku membabitkan serpihan PKR yang dipimpin oleh Datuk Seri Mohammed Azmin Ali, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), UMNO-PAS, GPS dan Warisan. Mereka dikatakan berkumpul di Hotel Sheraton dan ada pulak media laporkan bahawa ada 130 kerusi yang cukup untuk buat ‘pensejajaran semula’ kerajaan.

Hotel Sheraton Pakatan Nasional Azmin
Via Malaysian Gazette

Benda ni lantas buatkan rakyat terperanjat dan mulai mempersoal apa sebenarnya agenda Mahathir untuk buat rancangan nak ‘pensejajaran semula’ kabinet. Lagi-lagi bila dah ramai tau mengenai pakatan Azmin-UMNO-PAS-Bersatu-GPS-Warisan; kami turut pertikai langkah Mahathir nak bersama semula dengan UMNO…

Namun begitu, lain pulak yang jadi. Tun Mahathir telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Bersatu kerana dikatakan enggan bekerjasama dengan UMNO. Hal ni dikuatkan dengan pendapat beberapa pemimpin yang turut menyebut perkataan ‘pencatur kuasa’. Dari sinilah banyak dah mulai berspekulasi, siapa sebenarnya yang dimaksudkan tu?

Syed Saddiq Rakyat
Via Twitter

Begitu jugak dengan Mujahid Yusof Rawa yang dilihat dah ‘panas hati’ dengan sedutan drama politik pada malam 23 Februari lalu, dengan menyebut lagi ‘geng pintu belakang’.

Mujahid Rawa Pintu Belakang
Via Twitter

Bila kita tengok kembali pun, kerjasama UMNO dan PAS memang dah lama sejak PH mulai memerintah. Kita boleh tengok sendiri dengan wujudnya Muafakat Nasional, kemudian ada pulak ura-ura PAS nak cadang bentuk kerajaan baharu dengan Mahathir, lepas tu kes Azmin yang dilihat dah tak sehaluan dengan PKR. Lokman Adam pun sampai kena buang disebabkan tak setuju dengan Zahid Hamidi nak UMNO tubuh kerajaan pintu belakang.

PH hilang majoriti, adakah Pakatan Nasional mampu muncul jadi tenaga kerajaan baharu?

Kini terpulanglah pada YDP Agong mengenai bagaimana nak selesaikan drama politik ni. Bila nak kira semula tenaga Pakatan Nasional, secara langsung dah cukup sebenarnya untuk tukar kerajaan baharu. Haa… kalau korang tak tau lagi, idea Pakatan Nasional ni dah pernah dikemukakan.

Via Giphy

Pada 19 Februari lalu, Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid menyatakan sokongan terhadap gesaan supaya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjalinkan kerjasama dengan PAS dan UMNO menerusi Pakatan Nasional. Walaupun Tun Mahathir tak cakap nak setuju ke tak dalam perlaksanaan idea ni, nampaknya kesenyapan Tun Mahathir tu seolah beri isyarat bahawa Tun Mahathir ni terbuka hati nak buat Pakatan Nasional pulak.

Pakatan Harapan kini hilang majoriti untuk membentuk Kerajaan Pusat susulan keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan 11 Ahli Parlimen PKR keluar gagasan itu.

Malay Mail Pakatan Kerajaan
Via Malay Mail.

Sebelum ni, PH miliki 139 kerusi termasuklah Parti Warisan serta UPKO pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei 2018. Kini, mereka hanya mempunyai 102 kerusi. Kini terpulang pada Warisan dan UPKO sama ada nak teruskan dalam PH atau dalam Pakatan Nasional. Jikalaulah Warisan dan UPKO nak masuk Pakatan Nasional, maka kerusi untuk PH hanyalah 92 je.

Dah takde Perdana Menteri, kini semuanya di tangan Agong…

Pakar perlembagaan, Prof Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod kata Perdana Menteri sepatutnya nasihatkan YDP Agong untuk bubarkan Parlimen sebelum letak jawatan, namun jika takde nasihat sebegitu diberikan kepada Agong serta tak tertulis pun kat Perlembagaan, maka Agong kena selesaikan ikut siapa yang ada majoriti di Parlimen.

“Dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tinggalkan Pakatan Harapan, gabungan tersebut sudah hilang majoriti. Kemudian, blok baharu boleh menghadap Agong dan tunjukkan bahawa mereka miliki majoriti serta memohon untuk melantik Perdana Menteri baharu… Namun, jika Agong tidak melihat wujudnya majoriti mudah, maka Agong hendaklah bubarkan Parlimen.”

Via Giphy

Ketika artikel ni ditulis, beberapa parti dah suarakan kepercayaan mereka terhadap Dr Mahathir seperti Amanah, DAP dan Warisan. Malah, Tun Mahathir dah selesai menghadap YDP Agong yang memakan masa selama 90 minit dan dijangka membuat sidang media di halaman rumahnya di Sri Kembangan. Banyak benda yang boleh terjadi, dan sejarah dah tunjukkan bahawa Tun M pernah letak jawatan (dalam parti) lalu menariknya semula pada 2002.

Setakat ni – Tun Mahathir akan pegang jawatan sebagai Perdana Menteri interim sementara menunggu PM baru. Nanti kami akan update benda-benda baru…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top