Sekarang tengah kecoh video rakaman Ketua Pengarah YaPEIM, Dato Abibullah Samsudin berucap di retreat YEC Yapeim sblm PRU mengecam PH. Dia melabel DAP sebagai anti-Islam, evangelist Kristian. Bagi mereka yang tertanya-tanya YAPEIM ni apa sebenarnya; Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) ialah sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan pada 13 Oktober 1976 dan diperbadankan di bawah Trustee (Incorporation) Act 1952.
Bagi menggerakkan potensi dan meluaskan peranannya, YaPEIM telah disusun dan dilancarkan semula pada 20 Julai 1984 oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu dan sekarang, Tun Mahathir Mohamad.
Apa yang menarik dalam video ucapan Ketua Pengarah YaPEIM tu
Selain daripada menggelarkan DAP sebagai anti-Islam, dia juga mengatakan Parti Amanah Negara parti serpihan, ‘nyamuk’ dan tidak akan wujud selepas pilihan raya. Dia sempat kata Amanah sebenarnya dikawal DAP. Jangan risau, semua parti dalam Pakatan Harapan akan dapat bahagian masing-masing. Untuk PKR pulak, Selain tu, ia dikatakan sebagai parti yang majoriti bukan Melayu, dia juga kata jika PH menang negara akan diperintah oleh Cina dan Melayu jatuh ke kelas kedua.
1. EKSKLUSIF: Ketua Pengarah @YaPEIM_Official, Dato Abibullah Samsudin berucap di retreat YEC Yapeim sblm PRU mengecam PH. Melabel @dapmalaysia sebagai anti-Islam, evangelist kristian. Dulu dah viral video dia berkempen utk BN. Ni lebih teruk. Apa kata DAP @syahredzan? pic.twitter.com/jJnH1gZeZZ
— bawangst (@bawangst) July 23, 2018
Calon Perdana Menteri PH masa tu, Tun Mahathir dikatakan terlalu tua untuk jadi PM. Tun Mahathir disamakan dengan Gus Dur, yang dikatakan terlalu teruk di Indonesia sampai tak ada pemimpin yang celik terpaksa pilih yang buta disebabkan rakyat tak celik mata dan hati. Apa yang paling tak boleh diterima, dia siap ugut semua kakitangan YaPEIM yang dia akan periksa dengan SPR untuk tengok siapa undi Pakatan Harapan. Dia kata siapa yang mengundi PH, tak layak kerja dengan YaPEIM.
Selain tu, Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) pernah dakwa YaPEIM telah membelanjakan sebanyak RM290,000 dana anak yatim untuk program “Simposium Perdana Paris: Isu Perkahwinan, Kekeluargaan, Keusahawanan dan Pengurusan selama 14 hari pada hujung Disember 2014 dan awal Januari 2015.
Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada waktu tu, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki kata program itu adalah sebahagian daripada aktiviti yayasan untuk membendung LGBT di Malaysia. Sebabnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini terdapat banyak kritikan yang mendakwa bahawa tiada apa yang dilakukan bagi menangani isu-isu seperti budaya LGBT, sampai ke satu tahap kita melihat ada pelajar-pelajar kita di UK memuatkan (upload) gambar lelaki mencium satu sama lain di bibir.
Masalah salah guna kuasa ni diakui sendiri oleh YaPEIM
YaPEIM mengakui wujud kemungkinan salah laku dan kecuaian terhadap pihak pengurusan yayasan tu sejak beberapa tahun yang lepas. Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah (LPA) Yapeim yang baru Dr Mohd Daud Bakar kata pandangan itu diperoleh selepas meneliti laporan audit luar oleh firma PwC.
“Berdasarkan laporan kepada firma PwC dan juga dapatan daripada inisiatif pihak LPA sendiri yang melakukan pemantauan dan interaksi dengan pihak pengurusan secara berterusan sejak Nov 2018. Pihak LPA Yapeim mengenal pasti beberapa kemungkinan salah laku dan kecuaian pentadbiran oleh pihak pengurusan Yapeim sejaka beberapa tahun yang lepas,” kata Mohd Daud seperti yang dilaporkan Malaysiakini
Isnin lalu, portal The Malaysia Insight melaporkan YaPEIM alami kerugian RM12 juta menerusi skim gadaian emasnya Ar-Rahnu yang melibatkan 1,000 pelanggan. Selain tu, portal itu memetik dokumen sulit kerajaan yang menunjukkan kerugian berlaku apabila YaPEIM gagal membuat lelongan ke atas barang kemas tidak ditebus sebanyak 300 kg dengan nilai RM80 juta, dari 2012 hingga 2014.
Mohd Daud yang baru dilantik ke jawatan LPA YaPEIM November tahun lalu mengakui agak bimbang dengan semua dapatan daripada juruaudit berkenaan namun gembira kerana urusan itu dapat diselesaikan mengikut cara yang profesional.
Semoga YaPEIM akan kembali berfungsi dengan sepatutnya
Kami bukanlah nak jatuhkan Dato Abibullah Samsudin tu, takda masa kami nak main jatuhkan orang time bulan Ramadan ni. Tapi apa yang dia lakukan tu agak keterlaluan, lebih-lebih lagi apabila dia ugut pekerja YaPEIM untuk tak mengundi PH. Dalam sesebuah negara demokrasi, undi adalah pilihan masing-masing.
Sejak PRU14, YaPEIM dah tukar Lembaga Pengarah dan lantik PwC untuk lakukan audit terhadap YaPEIM. Moga usaha-usaha ni boleh bantu YaPEIM kembali kepada fungsi asalnya, dan dakwa mereka yang dah pecah amanah.