Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
Alam SekitarIsu Semasa

Pencemaran toksik sungai, rupa-rupanya JOHOR ada 28 sungai tercemar

By Team Editorial
March 15, 2019 3 Min Read
Comments Off on Pencemaran toksik sungai, rupa-rupanya JOHOR ada 28 sungai tercemar

Pencemaran yang berlaku di Sungai Kim Kim memang mengejutkan seluruh rakyat Malaysia. Siapa sangka pencemaran sungai boleh menyebabkan keadaan bagitu teruk, kalau tengok video-video yang tular dah macam cerita Hollywood.

Dalam keadaan macam ni selain dari kita mengecam kilang-kilang yang menjadi penyebab pencemaran tu dan kapitalis yang tak kisah langsung pasal persekitaran dan kesihatan, kita juga hargai pasukan-pasukan penyelamat, bomba, jururawat dan doktor, dan yang lain-lain. Mereka ni memang hero, menggadaikan kesihatan sendiri untuk selamatkan orang.

Related image
Kita perlukan Captain Planet Via. gyfcat

Siap ada seorang pegawai bomba ni yang jatuh sakit kerana dia sendiri berusaha menyelamatkan lebih 30 orang. Salute!

Selain Sungai Kim Kim, ada 50 sungai lain yang tercemar di Malaysia

Sebenarnya Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebelum ni pernah dedahkan senarai sungai tercemar berdasarkan Laporan Kualiti Alam Sekeliling 2017. Sungai Kim Kim ni antara sungai yang telah dikenalpasti dalam kelas sungai yang boleh dikategorikan sebagai tercemar.

Terdapat enam kelas sungai dikategorikan JAS iaitu Kelas 1 (Dalam keadaan semulajadi), Kelas 2A (Air memerlukan rawatan konvensional), Kelas 2B (Air boleh digunakan untuk rekreasi), Kelas 3 (Air memerlukan rawatan intensif), Kelas 4 (Hanya untuk tujuan pengairan dan Kelas 5 (Air yang tercemar teruk).

Kalau ikutkan laporan tu, jumlah sungai yang bersih tak sampai separuh pun di Malaysia ni, 219 sungai je daripada 477 sungai yang diawasi telah menunjukkan indeks kualiti air bersih (46%), 207 sederhana tercemar (43%) dan 51 adalah tercemar (11%).

Daripada 51 yang tercemar ni ada 24 sungai yang berada pada Kelas Tiga, 26 sungai Kelas Empat, dan sebatang sungai Kelas Lima. Sungai Kim Kim yang menjadi penyebab krisis di Pasir Gudang ditetapkan pada Kelas Keempat, dan kemungkinannya menjadi lebih teruk dengan pembuangan sisa baru.

Senarai sungai tercemar mengikut indeks kualiti air

Kalau ikutkan senarai yang diberikan oleh JAS ni, Johor boleh dikatakan mempunyai jumlah sungai tercemar terbanyak di Malaysia dengan 28 daripada 51 sungai tercemar.

Nampaknya kualiti air di Malaysia semakin menurun

Daripada tahun 2008 sehingga 2017, trend kualiti air dilihat semakin menurun daripada 58% sungai yang bersih kepada hanya sekitar 46%. Pada masa yang sama sungai yang tercemar meningkat kepada 11% pada tahun 2017 daripada 8% pada tahun 2008, walaupun jumlah sungai sendiri menurun hampir 100 daripada 579 sungai kepada 477.

Laporan Kualiti Alam Sekeliling 2017, Jabatan Alam Sekitar

Antara sebab menyebabkan sungai tercemar adalah akibat sisa industri, pelepasan air sisa kumbahan manusia dan haiwan, penternakan, aktiviti komersil dan domestik dan sikap membuang sampah masyarakat.

Perlu kawalan lebih ketat, ubah budaya membuang

Lepas terjadi isu pencemaran toksik di Pasir Gudang ni, mungkin baru ramai yang akan sedar betapa pentingnya jaga persekitaran ni tak kira la kerajaan ke, orang ramai ataupun pihak industri. Di Malaysia ni biasa macam tu la, bila dah tergigit cili baru rasa pedas.

Sebabkan Johor yang paling banyak sungai tercemar, Pengarah JAS Negeri, Dr Mohammad Ezani Mat Salleh dah kata nak perketatkan lagi syarat pelepasan effluen industri kepada Standard Pelepasan A mulai Januari depan dan melipat gandakan penguatkuasaan ke atas industri yang melepaskan effluen.

Kami teringin juga nak tanya, trend dah lama menurun sampai kerajaan pun dah berubah, kenapa baru nak buat Standard A (sebelum ni apa? B?) dan kenapa mula tahun depan? Tapi kami bukan pakar, jadi kami serahkan pada pakarlah.

Related image

Yang penting, kita sebagai rakyat ni kena ada kesedaran juga. Benda kecil macam buang lampin, bekas nasi lemak atau botol air merata dalam sungai ni, kalau setiap hari ratus-ratus orang buat lama-lama bertimbun juga. Harap boleh berubahlah budaya buang-membuang sampah/sisa toksik ni, takkan kita nak tengok satu lagi kes macam Pasir Gudang?

Author

Team Editorial

Follow Me
Other Articles
Previous

Sisters in Islam ni dikatakan kafir, rupanya ada mufti pergi program diorang

Next

Insiden tembakan New Zealand, selebriti muslim ni tak terkejut. Ini sebabnya

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme