Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
f1
Isu Semasa

Perdana Menteri cukup 10 tahun? Kena banyak berbincang

By Subeditor
April 26, 2025 4 Min Read
Comments Off on Perdana Menteri cukup 10 tahun? Kena banyak berbincang

Kerajaan akan merujuk parti-parti politik untuk memperincikan cadangan bagi mengehadkan tempoh khidmat Perdana Menteri kepada 10 tahun. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata pertemuan itu dibuat memandangkan kajian bagi mengehadkan tempoh itu kemungkinan turut membabitkan jawatan Ketua Menteri dan Menteri Besar.

“Sistem penggal Perdana Menteri kita kena bawa kepada parti politik dulu sebab parti politik yang kita mahu bawa (untuk kemukakan cadangan mereka). Kita mahu mengkaji dari segi dua penggal Perdana Menteri, dia mungkin kena terpakai di peringkat negeri. Negeri juga ada Ketua Menteri dan Menteri Besar,” katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Santunan Mesra Aidilfitri anjuran Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri.

Mac lalu, Anwar bersetuju supaya kerajaannya melaksana agenda reformasi termasuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun. Anwar menegaskan, proses itu perlu dilaksana dengan rapi dan memerlukan konsensus semua parti serta dua pertiga Ahli Parlimen.

Mengulas lanjut, Azalina berkata, ketika ini pertemuan dengan parti politik, hanya merujuk berkenaan perbincangan bagi penggubalan Akta Pendanaan Politik.

“(Akta) pendanaan pun sama. Dia tak boleh pendanaan politik di peringkat persekutuan saja. Dia pun kena bagi kesan kepada peringkat negeri. Kalau ada Pilihan Raya Negeri (PRN), itu juga perlu menjadi kajian. Tapi pejabat saya sudah berhubung dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Agensi seperti SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan SPR mereka memang menggalakkan pendanaan politik, tapi dalam bentuk bagaimana? mungkin fasa demi fasa,” katanya.

Azalina berkata, di Malaysia ketika ini, terdapat lebih 60 parti politik berdaftar dan libat urus bagi menjayakan penggubalan Akta Pendanaan Politik akan memerlukan tempoh yang panjang, termasuk membabitkan badan bukan kerajaan (NGO), universiti, dan masyarakat awam.

“Kita mahu kaji banyak aspek. Dari segi jumlah, konsep pendanaan, definisi pendanaan, penggunaan pendanaan, sama ada dia individu, parti ke memang kita kena kaji,” katanya.

Sanusi berpandangan apa yang penting adalah kualiti perkhidmatan, bukan tempoh

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan pelantikan Menteri Besar tidak tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan, sebaliknya mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri masing-masing.

Beliau berkata, kerajaan negeri mempunyai kuasa autonomi dan tidak tertakluk secara automatik kepada sebarang akta atau keputusan yang dibuat di peringkat Persekutuan.

Menurutnya, jawatan Menteri Besar Kedah dilantik berdasarkan kepada Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah dan tiada kaitan secara langsung antara kuasa negeri dan Persekutuan dalam hal tersebut.

“Menteri Besar Kedah dilantik berlandaskan kepada Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah bukan Perlembagaan Persekutuan. Prestasi dan keupayaan seseorang pemimpin lebih penting berbanding tempoh masa,” katanya ketika sidang akhbar

Muhammad Sanusi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said yang dilaporkan berkata, kajian bagi mengehadkan tempoh Perdana Menteri kepada 10 tahun berkemungkinan turut membabitkan jawatan Ketua Menteri dan Menteri Besar.

xr:d:dafiuednlxs:51,j:36813555485,t:22100109
Sanusi. Imej dari MakanBola

Muhammad Sanusi berkata, sekiranya Kerajaan Persekutuan mahu mana-mana akta diterima pakai oleh kerajaan negeri, ia perlu dibawa ke sidang DUN untuk diluluskan terlebih dahulu.

“Kalau Perdana Menteri yang ada sekarang dalam setahun pun sudah merapu, tak perlu tunggu dua penggal, lebih baik undur awal. Ia bukan soal tempoh, tetapi prestasi. Kalau Perdana Menteri bagus, tapi kita hadkan dua penggal, kita yang rugi. Kalau tak bagus, tapi kita benarkan dua penggal juga rugi. Jadi, kenapa perlu hadkan? Saya sendiri pun kalau rasa tak mampu tadbir lagi, saya akan undur sendiri. Tak payah lah buat undang-undang, ia bergantung kepada pemimpin itu,” ulasnya.

Menurutnya lagi, tindakan mengehadkan penggal mungkin berpunca daripada perebutan kuasa dalam kalangan parti tertentu, namun tidak wajar dikenakan secara menyeluruh kepada semua pihak.

Kerajaan terbuka dalam menerima cadangan reformasi institusi

Kerajaan terbuka untuk menerima cadangan daripada mana-mana pihak termasuklah mengenai had kuasa Perdana Menteri dalam membuat lantikan bagi jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, ia selaras dengan usaha kerajaan yang membawa agenda reformasi institusi.

“Kerajaan terbuka menerima pandangan pelbagai pihak untuk menambah baik, sama ada dari segi perundangan atau proses,” katanya dalam sidang akhbar mingguan pasca mesyuarat Kabinet

Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa isu lanjutan tempoh perkhidmatan Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet tersebut. Pada 4 April lalu, laporan Bloomberg yang memetik sumber menyatakan bahawa Azam akan menerima lanjutan perkhidmatan selama enam bulan.

3029828
Azam Baki. Via Sinar Harian

Namun, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dua kali melanjutkan tempoh perkhidmatan Azam sejak menjadi Perdana Menteri pada November 2022 berkata, belum ada keputusan dibuat untuk lanjutan kali ketiga. Sebelum ini, Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) berkata, tamatnya tempoh perkhidmatan Azam memberi peluang kepada kerajaan untuk mendemokrasikan proses pelantikan untuk jawatan itu.

Kata C4, walaupun proses meminda undang-undang berhubung perkara itu akan mengambil masa, kerajaan boleh mengambil langkah awal dalam mendemokrasikan proses pelantikan, misalnya menerusi langkah panggilan terbuka untuk calon dan menimbang pandangan daripada pembangkang dan pertubuhan masyarakat sivil.

Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
f1
Previous

Pemerkasaan wanita dalam politik Malaysia diperlukan

f1
Next

Pemilihan Cabang Keadilan 2025 yang menjadi perbincangan hangat

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme