Pesakit Covid-19 kena balik rumah walaupun masih positif? Ini sebabnya

F1

Baru-baru ni ramai yang kecoh disebabkan berita yang mengatakan mereka yang positif Covid-19, kalau takde simptom boleh balik rumah. Benda ni kalau tak difahami dengan betul boleh timbulkan banyak salah faham. Ada sebab tertentu mengapa keputusan seperti ini dah diumumkan oleh kerajaan, dan boleh menyebabkan kekecohan. Oleh sebab tu korang kena baca artikel ni dan jelaskan kepada orang lain.

Dia macam ni, apabila dah 14 hari tapi takde gejala, kadar jangkitan hampir sifar

Mereka yang dijangkiti Covid-19 yang dah terima rawatan dalam tempoh 14 hari akan dibenarkan pulang walaupun masih positif virus tu, benda ni adalah protokol baru yang akan dilaksanakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam rawatan Covid-19 di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah kata, protokol baharu itu selaras dengan dapatan terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta kajian Korea Selatan dan Taiwan. Kajian yang disebutkan ni mendapati kebolehjangkitan Covid-19 hampir sifar selepas 14 hari pesakit terima rawatan.

“Laporan terkini WHO sebut pesakit boleh didiscaj sekiranya sudah menerima rawatan melebihi 14 hari. Apa yang penting sekarang ini mengikut WHO, mungkin ujian positif itu dikesan dalam ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) pada hari ke-13 yang masih positif, iaitu peluruhan virus (virus shedding), ia adalah positif lemah yang tidak menjangkiti atau kebolehjangkitan kurang atau hampir sifar.

Persoalannya adakah mereka ini masih boleh menjangkiti? Kebolehanjangkitan itu masih ada tetapi mengikut laporan WHO, kalau mereka sudah melepasi tempoh 14 hari, kebolehjangkitan adalah sifar,” – Dr Noor Hisham, seperti yang dilaporkan AWANI

Via Giphy

Dia kata macam tu dalam sidang media harian perkembangan terkini Covid-19. Dr Noor Hisham kata, protokol sebelum ni menetapkan pesakit hanya dibenarkan pulang selepas ujian yang dijalankan terhadap mereka pada hari ke-13 dan dalam tempoh 24 jam selepas ujian tu menunjukkan keputusan negatif.

Selepas benda ni diubah, kita perlukan hanya satu keputusan negatif untuk discaj pesakit. Sekarang ni, maklumat yang kita terima dari WHO dan kajian dari negara lain menunjukkan bahawa kebolehjangkitan dah kurang selepas tempoh 14 hari. Dia kata, pihaknya akan lihat semula laporan untuk prosedur operasi standard (SOP) baru bagi merawat pesakit Covid-19 termasuk kemungkinan tak perlu lagi gunakan ujian PCR.

Screenshot 2020 05 15 At 123500 Pm Fkb9
Kaedah ujian yang selalu digunakan untuk kesan Covid-19. Kaedah PCR lebih popular. Via FT

Benda ni dah dimaklumkan kepada semua pakar di hospital dan kita hanya akan rawat kes positif untuk tempoh 14 hari je. Sebabnya, macam yang dikatakan Dr Noor Hisham, walaupun mereka masih positif selepas tempoh 14 hari, tapi kebolehjangkitan tu hampir sifar. Selepas dibenarkan pulang pesakit masih dinasihatkan untuk jalani kuarantin selama dua minggu di rumah.

Dengan pengumuman ni, sudah tentu ada pesakit yang masih tak nak balik rumah

Untuk pesakit Covid-19 yang tak nak pulang ke rumah selepas disahkan positif walaupun dah jalani rawatan selama 14 hari, diorang akan ditempatkan di pusat kuarantin. Dr Noor Hisham kata pesakit tu akan dipindahkan dari hospital ke tempat lain, seperti institut latihan yang dijadikan pusat kuarantin.

123
Via Medium

“Sebelum ini ada pesakit Covid-19 yang dirawat sampai 56 hari atau 2 bulan. Jika mereka tak nak balik, kita akan lihat bagaimana kita boleh tempatkan mereka. Bukan di hospital lagi, mungkin di institut latihan atau tempat lain,” – Dr Noor Hisham, seperti yang dilaporkan AWANI

Hisham kata, Kementerian Kesihatan akan pantau pesakit yang positif Covid-19 selepas 14 hari rawatan sehingga diorang dah takde gejala. Dia nasihatkan orang ramai supaya patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) KKM dalam usaha untuk elakkan gelombang baru Covid-19.

Baiklah, kami menurut perintah. Via Giphy

Satu benda lagi yang nak sebut, kalau ada bekas pesakit Covid-19 yang dah pulih, diorang tak sepatutnya didiskriminasi atau dihindari. Yalah, kami tahu je; ada pesakit yang mungkin takut nak kembali kepada masyarakat disebabkan penerimaan masyarakat kepada diorang tak berapa baik. Covid-19 ni bukan penyakit kekal, setelah pulih, diorang sepatutnya dilayan seperti biasa.

Sebab itulah penting kita memahami isu sebelum mengulas sesuatu perkara

Masalah kebanyakan pengguna Internet, diorang ni cakap main lepas je. Kalau korang perhatikan komen-komen netizen, kadang-kadang korang rasa diorang macam dah pakar gila-gila dalam sesuatu bidang tu, tapi hakikatnya tin kosong je. Sama macam kes SOP pesakit Covid-19 yang dibenarkan pulang kalau takde gejala selepas 14 hari.

Ada yang gatal tangan pergi taip kata pesakit yang dibiarkan pulang ni boleh jangkiti orang lain sebab masih positif Covid-19. Padahal keputusan ni diambil dari pemerhatian dan kajian rapi WHO dan beberapa negara; pengguna Internet yang kecam benda ni pulak? Buat kajian dekat bilik dia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *