PU Abu jadi ustaz yang paling dikecam, mengalahkan ustaz Hamadi

Kecoh PU Abu nak ceraikan isterinya yang sarat mengandung. PU Abu, oh PU Abu, kenapalah dikau buat seperti itu. Pencetus Ummah ataupun PU ni merupakan sebuah program realiti islamik yang mencari pendakwah berkebolehan dan versatile dalam menyampaikan dakwah kepada para penonton dan masyarakat. Program ini akan disertai oleh 12 orang peserta lelaki Muslim dari seluruh pelusuk negara yang mempunyai pelbagai latar belakang yang berbeza.

Tapi, dalam banyak-banyak yang kecam PU Abu ni ada seorang rakan yang datang untuk “backup” dia.

Backup member, bro? Via Twitter

PU Abu ni, masa ada kes cerai macam ni baru orang kenal

Muhammad Abu Sufiyan atau lebih mesra dengan nama PU Abu dilahirkan di Kuala Lumpur dan merupakan salah seorang peserta dalam program Pencetus Ummah 2015 yang terkenal dengan taglinenya “sado-sado juga, ilmu biar berado!”. Dia telah pun berjaya sampai sehingga ke peringkat separuh akhir dalam program PU 2015 sebelum tersingkir bersama-sama PU Adek.

PU Abu. Via HMetro

Dia mengakui yang Dia pada asalnya merupakan seorang yang nakal dan tidak mempunyai latar belakang pendidikan agama yang banyak.

“Dulu saya juga bergaul dengan mereka dari golongan yang nakal. Tetapi selepas menyertai program PU ini, saya telah bergaul dengan golongan ustaz dan rakan-rakan seperjuangan yang mempunyai latar belakang agama yang tinggi. Jadi saya tahu titik tengah antara dua golongan ini.” – Katanya

Dikatakan dia cerai isteri yang sedang mengandung kerana perempuan lain

Bekas isteri PU Abu yang lebih dikenali sebagai Ain Afini telah meluahkan perasaan hibanya di media sosial apabila diceraikan talak satu, meskipun sedang mengandung tujuh bulan namun PU Abu lebih memilih untuk bernikah dengan seorang janda anak satu bernama Hana Azra yang merupakan seorang pengasas produk kecantikan yang menjual krim pemutih dan serum anti jerawat.

Ain Afini berkata sebelum diceraikan, PU Abu pernah memintanya bersetuju untuk berpoligami, namun dia tidak bersetuju berikutan pada ketika itu usia perkahwinan mereka baru dua bulan. Saya telah meminta dia sama ada memilih isteri dan anak atau wanita tersebut tetapi PU Abu lebih memilih untuk meninggalkan saya dan anak yang tengah saya kandungkan ketika ini.

Via MStar

Dia juga menyatakan bahawa dia cuba untuk tidak menghebahkan perkara ini kepada orang lain tetapi bekas suami Dia iaitu PU Abu sendiri telah memuat naik gambarnya bersama dengan isteri barunya itu. Fuhh! Kalau korang kat tempat Ain, korang rasa apa yang akan korang buat?

Bolehkah ceraikan isteri masa dia tengah mengandung?

 

Dalam kehangatan isu tentang PU Abu yang menceraikan isteri dia, Da’i Wan telah tampil memberikan pendapat dia tentang hukum melafazkan cerai ketika isteri sedang mengandung.

Dia kata bahawa hukum melafazkan cerai ketika isteri sedang mengandung mengikut mazhab adalah ‘HARUS’. Di sisi mazhab kita, Al Imam Muhammad Ibn Idris As Syafi’e, menjadi kesepakatan para ulama Syafi’eyyah, menghukumkan ‘HARUS’ bagi talak yang dilafazkan pada isteri yang sedang mengandung. Maka kalau cukup rukun talak, ia dikira sah.

Via Selongkar

Selain itu, dia turut memberitahu bahawa terdapat ramai imam-imam besar yang berpegang dengan pendapat mengatakan ‘HARUS’ hukumnya bagi talak yang dilafazkan pada isteri yang sedang mengandung antaranya ialah Al Imam Ibnu Ruslan, Al Imam Syamsul Asbahani, Al Imam An Nawai, Al Imam Al Mawardi, Al Imam Ibnu Hajar Asqalani dan banyak lagi.

Ceraikan isteri ketika mengandung

Walaupun di alam Melayu kebanyakan kita berpegang pada pandangan ‘harus’ ceraikan isteri ketika mengandung, tapi kami fikir benda tu kurang bermoral. Isteri tengah sarat mengandung weh, gilakah nak ceraikan dia sebab nak kahwin lain? Tunggu dia beranak dululah, kalau iya pun nak kahwin lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *