Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
Rpk 1
Isu Semasa

Raja Petra Kamarudin persoalkan ORANGKATA, sah dia salah faham…

By Team Editorial
September 25, 2019 4 Min Read
Comments Off on Raja Petra Kamarudin persoalkan ORANGKATA, sah dia salah faham…

ORANGKATA sebagai sebuah portal media baru je bertapak dalam dunia laman web pada bulan Januari tahun ni. Kami nak bawak idea baru ke arah pengolahan isu semasa secara santai dan berinformasi, kami tak menyangka akan dapat respon yang menggalakkan dalam sembilan bulan pertama ni.

Pada 21 September The Star telah terbitkan satu artikel setelah lepak dengan kami untuk bincangkan misi dan visi ORANGKATA.

Img 20190921 182624 01 Resized 20190925 114437363
via The Star, 21 Sept 2019

Susulan daripada temu ramah tu, macam-macam respon yang kami dapat. Kebanyakannya positif dan buat hati kami berbunga. Tapi, mestilah ada juga yang negatif. Tapi tak apa, benda ni perkara biasa.

RPK beri jangkaan bahawa ORANGKATA dipengaruhi oleh sekumpulan orang bukan Melayu…

Sebenarnya apa yang berlaku selepas artikel tu diterbitkan sangat menarik sebab respons yang negatif memberi gambaran, sedikit sebanyak, tentang permasalahan utama di Malaysia. Satunya, orang kita masih tak nak cuba membaca dan memahami konteks. Keduanya kita mempunyai masalah kepercayaan antara satu sama lain. Ketiga, kita masih suka melabel, dan bukan mendengar.

Dari sudut respons juga menarik kerana apabila kami disebutkan sebagai ‘Progressive Malays’ atau Melayu progresif (ayat The Star, bukan kami), ia memberi gambaran yang sangat berbeza daripada dua pihak.

Rpk
Via malaysia-today.net

Raja Petra Kamaruddin melalui laman portalnya Malaysia-Today terus label Melayu progresif sebagai ‘liberal’, yang diolahkan sebagai Melayu yang berlawanan dengan Melayu konservatif. Bukan tu je, RPK juga kata:

I suspect this is merely a ploy by the non-Malays to shame the Malays who refuse to follow the lifestyle of the non-Malays.

Bermakna dia memberi jangkaan bahawa ORANGKATA dipengaruhi oleh sekumpulan orang bukan Melayu. Kemudian meletakkan persoalan tentang label seperti progresif, liberal, konservatif, tidak progresif, Taliban dan sebagainya.

Via Giphy

Tapi, ini respon satu pihak yang kami boleh katakan datang dari sudut Melayu haluan kanan. RPK mempunyai sejarah sebagai seseorang yang pernah cuba menaikkan sentimen perkauman dalam macam-macam insiden yang berlaku di tanah air, jadi biasalah tu.

Pada masa yang sama, kami tak terkejut yang label ‘Melayu progresif’ itu juga memberi reaksi yang negatif daripada satu lagi pihak yang bertentangan dengan orang seperti RPK.

Lowyatt
via forum.lowyatt.net

Dalam satu pihak melabel kami sebagai helah sesuatu kaum, satu pihak yang bertentangan pula tak percaya kewujudan Melayu progresif. Jadi dengan dua-dua pihak bertentangan kami dihentam.

Negara kita dalam keadaan yang seakan-akan tak bersatu sebab semua tak nak cuba memahami satu sama lain…

Sebenarnya kami tak meletakkan diri kami dengan mana-mana pihak, kami duduk di tengah-tengah. Matlamat kami bukan untuk melagakan, malah untuk menyatukan. Kalau baca temu ramah dan tulisan The Star tu, kami jelaskan:

What’s ailing the country is Malaysians are not united..People not understanding another person’s view. People want to raise their voice and put out their sentiment instead of listening to others

Via FMT

Negara kita dalam keadaan yang seakan-akan tak bersatu sebab semua tak nak cuba memahami satu sama lain. Semua nak bersuara, tapi tak ramai yang nak mendengar. Matlamat ORANGKATA adalah untuk mengubah budaya ni. Kami tulis secara santai supaya mudah difahami. Kami ambil topik berat tapi beri gambaran yang sederhana. Kami juga memberi pandangan semua pihak, bukannya satu.

Kami rasakan jika RPK dan mereka di forum lowyatt benar-benar baca isi artikel di ORANGKATA, mungkin mereka akan lebih memahami apa yang kami maksudkan dalam temu ramah The Star tu. Tapi, apa yang lebih mudah untuk memenuhi agenda dan perspektif masing-masing adalah untuk fokus kepada label.

https://www.facebook.com/orangkata.my/videos/2362004060516881/

Jadi apa maksud progresif, dan kenapa ia jadi isu di sini? Masa bagi pandangan tentang ni, kami maksudkan progresif dari segi pandangan sosio-politik. Bila bincang tentang progresif tak bermakna kami menyatakan semua mereka yang tak bersetuju dengan pandangan kami kolot, atau regresif.

Kami melihat progresif sebagai satu pandangan ke hadapan, yang melihatkan penyatuan dan perpaduan berasaskan persefahaman semua pihak. Sama ada liberal, konservatif, progresif, kita semua sebenarnya mempunyai titik persamaan iaitu kita semua orang Malaysia.

Via Giphy

Kami sentiasa cuba bagi pandangan daripada pelbagai sudut dan tak berpihak…

Bagi mereka yang sentiasa ikut perbincangan kat ORANGKATA pasti tahu yang kami tak berpihak mana-mana. Ada yang kami bersetuju, ada yang kami tak bersetuju. Sama ada BN, PAS, PKR, DAP semuanya kami kritik dan puji mengikut tempatnya. Bila bincangkan agama kami serta nas dan pandangan tokoh. Bila bincang sejarah kami tak tertinggal untuk melihat sudut pandangan semua pihak.

Misi kami masih untuk melihat Malaysia yang aman damai dan bersepadu. Masyarakat Malaysia yang boleh berfikir secara matang, dan berbincang dengan baik. Memang akan ada pihak yang menentang, tapi biar tentangan berlaku dengan hujah dan fakta. Itulah matlamat ORANGKATA.

Author

Team Editorial

Follow Me
Other Articles
Sdsdss
Previous

Rupanya Sultan Mizan pernah murka dengan isu melibatkan Najib…

Rakan Sekerja
Next

Kes tetak rakan sekerja, dakwaan hina nabi sebenarnya tak benar…

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme