займ срочно

Keadaan Malaysia semakin tenat, ‘bakar mayat’ perlukan bantuan orang ramai

f1
Keadaan Malaysia semakin tenat, ‘bakar mayat’ perlukan bantuan orang ramai

Mendengar khabar pemergian seseorang tak pernah menjadi suatu perkara yang mudah, tak kiralah kita pernah kenal seseorang yang dah pergi tu dengan rapat atau tak kenal langsung. Kita bersama-sama boleh tumpang simpati kesedihan keluarga dan rakan-rakan yang mengenalinya, dan berdoa untuknya. Setiap hari, ada je khabar kematian dikongsikan oleh ahli keluarga yang berduka… ditambah lagi dengan situasi Covid-19 sekarang.

728 X 90

Baru-baru ni, para pembuat keranda mengakui diorang dah mulai menghadapi masalah kekurangan kayu untuk buat keranda baharu setiap hari. Pihak krematorium turut kata diorang perlu bantuan kewangan untuk beli krematorium baharu. Khabar ni tentunya menggusarkan; adakah ia seteruk sebagaimana yang kita bayangkan?

mati covid malaysia
Via Beritasatu.com

Kekurangan kayu untuk buat keranda baharu, Covid-19 salah satu puncanya

Di Georgetown, para pembuat keranda berhadapan dengan kekurangan bekalan kayu untuk buat keranda. Ni mengakibatkan diorang terpaksa kurangkan pembuatan keranda daripada jumlah biasa. Begitulah kata Lim Sze Yan, pengarah salah sorang pembuat keranda di Malaysia. Sambungnya lagi, diorang dah kekurangan kayu dan dijangkakan hanya cukup untuk dua bulan lagi. Jika dalam jumlah biasa, diorang boleh hasilkan 1,500 keranda sebulan. Tetapi sekarang, diorang hanya boleh hasilkan kira-kira 1,000 keranda je.

Sebenarnya banyak jugak punca yang menyumbang kepada kekurangan kayu untuk pembuatan keranda ni. Salah satunya adalah disebabkan larangan pembalakan, had tenaga kerja yang dibenarkan untuk beroperasi, kematian akibat Covid-19 dan hal-hal kematian yang tak berkaitan dengan Covid-19. Berikutan larangan pembalakan, diorang tak cukup kayu. Had tenaga kerja pulak dibenarkan hanya 60% je, menyebabkan proses penghasilan keranda lebih lambat daripada kadar biasa.

covid 19 burial 050621 fmt 2
Via FMT

Manakala sorang lagi pengurus perkhidmatan pengurusan jenazah, Lim Siew Hoon di Pulau Pinang kata dia perasan jugak lebih banyak kematian dah berlaku secara amnya. Dua tahun lalu, dia sendiri tak menerima tempahan sebanyak kini setiap bulan. Biasanya syarikatnya ni akan uruskan 16 hingga 18 urusan pengebumian. Sebelum pandemik, hanya kira-kira 10 urusan pengebumian je dia kena uruskan setiap bulan.

Sekiranya si mati tu meninggal dunia kerana Covid-19 pulak, pihak perkhidmatan pengurusan jenazah perlu sediakan PPE untuk uruskan si mati. Namun biasanya, para pemandu diorang akan bawa keranda tu ke hospital, dimana para petugas kesihatan akan uruskan mayat tersebut. Kemudian, diorang akan hantar keranda tersebut ke krematorium bersama para petugas kesihatan yang uruskan keranda tu.

covid 1keranda malaysia non muslim
Via AP News

Isu kekurangan bekalan kayu untuk keranda ni turut berlaku di banyak tempat termasuklah luar negara. Tetapi apabila kita dah sedar kita jugak mengalami isu ni, barulah kita faham betapa mustahaknya bekalan kayu terhadap syarikat pembuat keranda. Apakah kerajaan akan buat pengecualian kepada syarikat-syarikat ni untuk mendapatkan lebih banyak kayu? Setakat ni, kita belum jelas lagi tentang solusi kerajaan mengenai isu tersebut.

Krematorium mohon dana untuk tambah lebih banyak mesin pembakar untuk urusan mayat, turut uruskan proses bakar mayat korban Covid-19

Melihat situasi Covid-19 dan bertambahnya jumlah kematian, sebuah suruhanjaya yang kendalikan krematorium Hindu di Buntong, Perak kini menggesa pihak berkuasa untuk layan permohonan dana diorang. Menurut presiden Ipoh Hindu Devasthana Paripalana Sabah, M. Vivekanda, diorang gunakan krematorium moden yang bebas pencemaran bernilai RM1.3 juta sejak 2014. Krematorium ni walau bagaimanapun, hanya memiliki dua mesin pembakar mayat setakat ni. Dia menjelaskan, dulu memang ada peruntukkan untuk penambahan dua lagi mesin pembakar mayat, tetapi sehingga kini suruhanjaya tersebut masih lagi tunggu kelulusan dan dana daripada Kementerian Perpaduan Negara.

krematorium
Via Time

Vivekanda kata dia dah hantar kertas kerja pada bulan Disember tahun lalu, namun sampai sekarang… takde berita daripada Kementerian. Dalam sebuah temuramah:

“Sejak Januari, kami telah kendalikan proses pembakaran mayat untuk 16 kematian Covid-19, selain mereka yang telah meninggal dunia akibat punca lain. Dalam sehari, hanya empat tubuh badan sahaja boleh dibakar kerana kami tidak mahu relau untuk menjadi terllau panas. Jika salah sebuah pembakar ini rosak, kami mungkin akan berhadapan dengan kesukaran.

Untuk anak yatim, orang miskin dan jasad si mati yang tak dituntut, perkhidmatan krematorium akan diberikan secara percuma termasuklah mereka yang meninggal dunia akibat Covid-19. Kami harap kementerian akan mempertimbangkan permohonan kami secepat mungkin dan sediakan dana agar kami boleh tambah dua lagi mesin pembakar. Saya risau kami tidak boleh tangani permintaan jika lebih banyak kematian Covid-19”- seperti yang dilaporkan The Star

Kami rasa permintaan pihak krematorium ni ada asasnya. Dengan kadar kematian kini sama ada akibat Covid-19 ataupun tak, beban pihak pengurusan pengebumian dah bertambah. Ada jugak yang dibatasi oleh larangan dan sekatan kerajaan sendiri ke atas perniagaan dan sektor lain ketika ni.

Kementerian Perpaduan Negara dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan umumkan akan berikan bantuan sebanyak RM 1 juta untuk pengurusan pengebumian mayat bukan Islam di Pusat Sehenti Sementara Hospital Kuala Lumpur (PUSARA HKL). Pada Julai lalu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa umumkan akan tubuhkan Pusat Sehenti Pengurusan Jenazah bagi menguruskan lambakan mayat di Hospital Kuala Lumpur.

RM500,000 diperuntukkan di bawah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), dan baki lagi di bawah Program Pembangunan Kampung Baru untuk urusan pengebumian mayat masyarakat Cina dan bukan Islam yang lain. Difahamkan bantuan ni adalah untuk ringankan beban keluarga si mati yang datang daripada kalangan B40. Kalangan B40 dilaporkan sukar untuk membayar urusan pengebumian ahli keluarga mereka yang telah meninggal dunia sehingga tertangguhnya urusan pengebumian si mati. Kami harap bantuan ni juga diperluaskan kepada negeri-negeri lain, khususnya kepada syarikat perkhidmatan pengurusan jenazah.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top