Sabah benarkan rakyat Malaysia untuk memasuki negerinya, masjid pula dibenarkan tambah jemaah

F1
Sabah benarkan rakyat Malaysia untuk memasuki negerinya, masjid pula dibenarkan tambah jemaah

Sudah agak lama jugak kami tak tulis artikel pasal Borneo, artikel kami pasal Taib Mahmud hari tu memang laku keras. Sebelum korang pergi lebih jauh, jangan salah faham dengan tajuk artikel ni. Maksud “orang Malaysia” dibenarkan masuk ke Sabah adalah – kita semua boleh masuk Sabah, bukan bermaksud Sabah tu bukanlah sebahagian dari Malaysia. Sebabnya, sebelum ni, Sabah tak benarkan warganya atau mana-mana rakyat Malaysia pergi ke Sabah sebagai langkah berjaga-jaga. Sabah jugak nampaknya dah beransur-ansur buka ekonomi dan kegiatan agama diorang.

Sabah dah benarkan rakyat memasuki negerinya, memandangkan kes di sana mendekati angka sifar

Benda ni mungkin berlaku kerana hanya tinggal 12 kes Covid-19 yang sedang dirawat di enam hospital pakar seluruh Sabah, pada awal bulan ni. Perkara ni disahkan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi. Dia kata, jumlah itu adalah daripada 347 kes Covid-19 direkodkan di Sabah, manakala selebihnya dah sembuh. Sabah catatkan lima kes kematian akibat Covid-19.

Wq
Via Utusan Borneo

“JKNS menggesa orang ramai untuk terus mengamalkan normal baharu tidak kira sama ada di rumah, kedai atau di mana sahaja. Dengan hanya satu kes, jika kita leka dan tidak memandang serius perkara ini, tidak mustahil jangkitan Covid-19 boleh menular semula,” – Dr Christina, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Dalam masa yang sama, Dr Christina kata, jangkitan Covid-19 dalam kalangan individu merokok akan akibatkan komplikasi lebih teruk berbanding golongan yang tak merokok. Oleh sebab tu, JKNS harap wabak Covid-19 dapat beri permulaan baru untuk semua perokok, serta kesedaran kepada generasi muda untuk jauhi sebarang bentuk amalan merokok demi kesihatan diri dan keluarga.

Via Giphy

Dengan kes yang semakin hampiri angka sifar ni, Sabah dah benarkan kemasukan ke negeri itu menerusi semua laluan. Cuma, logiknya, kalau korang dari Semenanjung Malaysia, kena lalu guna kapal terbanglah, kalau guna laluan air atau darat, entah macam mana nak sampai. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kata, kebenaran itu sah untuk penjawat awam, pekerja sektor swasta, warga Malaysia termasuk rakyat Sabah yang berada di Semenanjung, Sarawak dan Labuan.

Sabah turut setuju untuk kecualikan mereka yang pulang untuk jalani kuarantin apabila diorang tiba di Sabah dengan syarat diorang dah lakukan ujian Covid-19 di tempat atau negeri masing-masing dalam tempoh tiga hari sebelum masuk ke Sabah. Cuma diorang kenalah disahkan negatif. Kalau positif kenalah dapatkan rawatan, kan?

Wq
Wahai warga Sabah, adakah anda bersedia untuk pulang? Via FMT

“Malah surat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hendaklah dikemukakan setiba sahaja di negeri ini,” – Shafie, seperti yang dilaporkan oleh AWANI

Tambah Shafie, diorang turut mengalu-alukan semua warganegara Malaysia dari Semenanjung, Sarawak dan Labuan ke Sabah untuk menginap di hotel-hotel yang telah beroperasi sejak 10 Mei lalu.

Bilangan jemaah untuk solat harian dan Jumaat telah ditambah, tapi kena patuh pada SOP

Selain daripada kebenaran untuk memasuki Sabah, Majlis Fatwa Sabah memutuskan untuk menambah jumlah ahli jemaah solat Jumaat dan solat lima waktu di masjid-masjid di Sabah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kata, penambahan jumlah ahli jemaah tu diambil dengan beberapa ketetapan tertentu.

“Bilangan ahli jemaah solat Jumaat yang dibenarkan di masjid terpilih dipertingkatkan jumlah menjadi 40 orang, manakala bilangan ahli jemaah solat lima waktu ditambah kepada 12 orang mulai 5 Jun ini. Bilangan ahli jemaah solat jumaat ini termasuk ahli jawatankuasa masjid, imam dan khatib, manakala kebenaran solat berjemaah lima waktu terdiri daripada jawatankuasa dan petugas masjid atau surau serta orang awam. Selain itu, pihak berwajib dan ahli jawatankuasa masjid hendaklah menentukan ahli jumaat yang ditetapkan terlebih dahulu bagi mengelakkan kekeliruan,” – Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Sabah, seperti yang dilaporkan Harian Metro

Dalam kenyataan media tu, dia turut perincikan langkah keselamatan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ahli jemaah yang berusia lebih 70 tahun tak dibenarkan untuk hadir solat Jumaat, setiap jemaah hendaklah buat pengesanan suhu badan, dan amalkan sanitasi tangan dan rekodkan kehadiran di dalam buku kehadiran.

Via Giphy

Untuk mereka yang ada gejala sakit seperti demam, batuk dan sebagainya tak dibenarkan hadir dan perlu amalkan penjarakan sosial termasuk semasa solat tidak kurang satu meter, mengelakkan bersalaman dan pakai pelitup muka termasuk ketika menunaikan solat.

Dengan pengumuman ni, moga keadaan ekonomi di Sabah akan jadi lebih baik

Dengan kebenaran ini, dah tentu kerajaan Sabah harap untuk mula pulihkan ekonomi diorang, sebab Sabah sebagai negeri yang terkenal sebagai pusat pelancongan, Sabah terjejas teruk sejak pandemik Covid-19 melanda dunia. Keadaan ini menyebabkan kebanyakan syarikat berkaitan pelancongan harus mencari sumber pendapatan lain, dan bagi yang tak bernasib baik, diorang terpaksa gulung tikar.

Untuk aktiviti keagamaan pulak, kami nasihatkan korang patuhi arahan yang akan dikeluarkan oleh negeri masing-masing. Memang betul, ada orang yang rindu nak berjemaah atau buat aktiviti keagamaan macam dulu, tapi kita sedang lakukan “normal baharu” supaya kita boleh beramal dengan lebih lama dan aman pada masa hadapan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top