Sebenarnya “idea” Dasar Pandang ke Timur dah ada sebelum era Mahathir, ini ceritanya

F1
Sebenarnya “idea” Dasar Pandang ke Timur dah ada sebelum era Mahathir, ini ceritanya

Dasar Pandang ke Timur merupakan salah satu dasar yang diharapkan dapat mengubah budaya kerja serta polisi ekonomi kita ni agar lebih berdaya saing dengan kerjasama dari peringkat antarabangsa. Biasanya bila orang sebut pasal dasar ni, ramai akan teringat Tun Mahathir yang gagaskan benda ni.

Dari mana sebenarnya datangnya idea ni? Adakah Tun Mahathir yang terfikir benda ni lebih awal? Haa.. Sebenarnya idea dasar pandang ke Timur ni dah wujud di minda Tun Hussein Onn lagi. Jom kita telusuri hubungan awal kita dengan Jepun lepas merdeka.

Tun Abdul Razak Dato Hussein Kakuei Tanaka 1974
PM Jepun, Kakuei Tanaka sambut salam dari Tun Razak dan diiringi oleh Tun Hussein Onn pada 1974… Via Cilisos

Hubungan diplomatik Malaysia dengan pelbagai negara baik hingga takde masalah nak tarik pelabur luar termasuklah Jepun

Tak ramai yang perasan bahawa kita sebenarnya mempunyai pertalian kerjasama yang erat dengan Jepun sejak 60-an lagi. Mengikut kajian jurnal dari Uqbah Muhammad Iqbal dan Nordin Hussin (2017) dari Universiti Malaya, ekonomi kita banyak bergantung dengan pelaburan dari negara Asia Timur seperti Jepun.

Pada masa tu, Malaysia sebagai negara baharu melihat cara nak maju dengan pantas adalah dengan wujudkan persekitaran rantau yang sihat dan aman. Untuk mengecapi kestabilan rantau Asia Tenggara lagi-lagi dalam situasi politik dunia yang sedang dalam ‘Perang Dingin’, maka kerjasama dengan negara ASEAN amatlah berharga untuk memastikan perkembangan negara kita tak tergugat sama.

Perang Dingin Rusia Us
Popular betul tema Perang Dingin ni, sampai sekarang diperkatakan lagi… Via Imgbin

Kekuatan Jepun daripada negara yang hancur ranap selepas pengeboman kotanya Hiroshima dan Nagasaki sejak Perang Dunia kedua terserlah apabila dalam beberapa dekad je, Jepun membina dirinya sendiri menjadi negara berteknologi dan berkepakaran tinggi.

Hubungan baik kita dijaga rapi menerusi kerjasama politik dengan pertubuhan antarabangsa seperti ASEAN, Komanwel, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Selain tu, kita jugak mempunyai kerjasama ekonomi dengan negara-negara dunia ketiga dengan negara Afro-Asia.

Oic Flag Malaysia
Bendera Malaysia berkibar megah bersama bendera negara OIC lain… Via Khyber News

Atas hubungan kita yang amat baik dengan pelbagai negara, kita tak banyak masalah nak tarik pelabur asing. Sebaliknya, Malaysia dan negara ASEAN lain kekurangan teknologi dan kepakaran untuk memajukan industri. Jepun pulak ada kepakaran tersebut, namun mereka perlukan pasaran dan sumber bahan mentah untuk majukan ekonomi mereka pulak. Sudah pastilah negara kita adalah destinasi pasaran yang amat baik untuk mereka.

Jepun amat percaya dengan kita sehinggakan sanggup bagi pinjaman dan bantuan kewangan untuk bangunkan negara

Pada 1977, The Associated Malay Chambers of Commerce (AMCC) jemput Jepun untuk bangunkan industri petroleum tempatan. Macam yang kami cakap tadilah, kita kekurangan teknologi dan kepakaran untuk bangunkan industri kita termasuklah dalam sektor petroleum ni.

Seven Sisters Company Oil
Dikenali sebagai “Seven Sisters”, Petronas Malaysia akhirnya muncul dan menjadi salah sebuah syarikat yang pecahkan monopoli industri minyak ni… Via Wikipedia

Jepun tambah berminat dengan Malaysia apabila Perdana Menterinya, Takeo Fukuda melawat Malaysia pada Ogos 1977 dan kunjungan balas Malaysia kemudiannya pada September 1977. Ni menambah baik imej Jepun di Malaysia, khususnya lepas Perang Dunia kedua dulu.

Tak cukup dengan tu, Doktrin Fukuda yang diperkenalkan Jepun pada 1977 dulu diharapkan dapat memenangi hati dunia. Di bawah doktrin ni, Jepun komited untuk tak muncul lagi sebagai kuasa ketenteraan dan akan berusaha untuk membantu mencapai keamanan.

Fukuda Doctrine
Batu memperingati pengenalan Doktrin Fukuda di Manila.. -Via Philippine Association of the Japanese Government Scholars

Untuk buktikan komitmen mereka untuk menjenamakan semula negara mereka di persada ASEAN, Jepun banyak bantu memberi pinjaman kepada Malaysia untuk menjayakan rancangan-rancangan ekonomi kita. Misalnya lepas hasil perbincangan Tun Hussein Onn dengan Perdana Menteri Jepun dulu, Jepun beri pinjaman sebanyak RM 21 billion khusus untuk perlaksanaan Rancangan Malaysia Ketiga.

Hubungan kita dengan Jepun tambah erat lepas 1978, iaitu lepas pengenalan Dasar Ekonomi Baru dengan kejadian pencerobohan tentera Vietnam di Kemboja. Pada 1979, menteri-menteri ASEAN yang menyertai Persidangan ASEAN telah bersetuju bahawa hubungan Jepun dan ASEAN haruslah diteruskan dan Jepun jugak digesa untuk memperkemas strategi baru pembangunan ASEAN untuk 1980-an.

Forum Asean Jepun
Kerjasama ASEAN dan Jepun kukuh bertahan sampai sekarang.. -Via Asean.org

Jepun alu-alukan pelajar dari Malaysia untuk belajar kepakaran teknikal dan vokasional

Selain dari hubungan perdagangan dan perniagaan kita dengan Jepun, kita turut menghantar ramai anak muda kita untuk belajar di Jepun. Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan melalui latihan teknikal dan vokasional kepada generasi muda zaman tu, sesuailah dengan keperluan industri masa tu.

Dalam lingkungan tahun 1956 hingga 1980, Jepun telah hantar 852 orang pakar ke Malaysia dan kita pulak telah hantar seramai 1,392 orang pelatih ke Jepun. Tambahan lagi, lebih dari 300 orang dari Japan Overseas Cooperation Volunteer telah dihantar untuk bekerja bersama rakyat Malaysia.
Kerjasama Teknikal Jepun Malaysia
Via Ministry of Foreign Affairs, Japan
Sehingga kini, kita masih rancak memelihara kerjasama pendidikan teknikal dengan Jepun. Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTi) telah dibuka sepenuhnya pada tahun 2000 dulu, dan dah banyak melahirkan graduan-graduan teknikal yang berupaya membangunkan industri kemahiran kita.
Kita pun rajin jugak hantar pelajar kita ke Jepun untuk menimba ilmu, dan takde masalah pun kalau ada orang Jepun yang nak belajar kat universiti kita. Kalau kita perhati betul-betul, banyak jugak ilmu kemahiran lain yang kita berkongsi antara satu sama lain.
Ums Jepun 2016
UMS pun ada kerjasama penyelidikan pertanian dengan institut Jepun.. -Via Kindai.co.jp

Idea “Pandang ke Timur” diaplikasikan menjadi satu budaya kerja baharu, jadi amalan sehingga kini

Hubungan kita dengan Jepun banyak berlegar dalam ruang ekonomi dan bantuan kewangan, di samping perkongsian ilmu pengetahuan serta teknologi. Tun Dr. Mahathir kemudiannya menerapkan lagi ciri-ciri budaya etika kerja Asia Timur dalam budaya kerja orang Malaysia seperti kerajinan, disiplin bekerja, kesetiaan kepada negara serta kepada syarikat.

Di bawah Dasar Pandang ke Timur yang diperkenalkan pada 1982 oleh Tun Dr. Mahathir, polisi hubungan politik kita dengan negara lain pun turut berubah. Daripada polisi berkecuali dan berbaik kepada semua negara, akhirnya kita dilihat lebih mesra kepada beberapa blok dunia je. Tun Mahathir pernah buat kempen Buy British Last, menunjukkan reaksi agresif kepada blok Barat khususnya kepada British.

Walau bagaimanapun, ni cuma sejarah polisi dan dasar kita je. Melangkah ke dekad 2020 ni, budaya dan prinsip kita harus diteguhkan agar lebih bersesuaian dengan kehendak zaman. Nak bangkitkan polisi lama pun boleh je, yang penting kenalah dikaji semula sama ada masih bagus ke tak untuk generasi akan datang.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top